Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 7, 2017

Crispy waffles

 pertama kali mencuba membuat crispy waffle ni... bila tak de acuan ni bukan main lagi rasa nak membuat tu sangatlah tinggi... tapi bila dah dapat, terbiar jer menda tu dalam kotak... seru kerajinan untuk datang nak membuatnya. dan ini lah dia cubaan kali pertama... sememeh sana sini dan tak se crispy macam tuan punya resepi tu... dimana silapnya pun tak tahu... over beat ker, kurang cecair ke sebab nampak pekat bancuhan batter tu... ke agaknya terlebih tepung... ishhh!!!! nak kena try banyak kali kot... tapi ade ke kerajinan tu nanti... resepi kak rose amik dari blog Secubit Garam. mekasih ya Nor... teruja tengok tayangan amal kat blog Nor tu... resepi asal kat sini.


CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.

Wednesday, December 6, 2017

Asik yg tuuuu je!

 macam2 jem ada....
 
tetap jugak dengan yg ni je!

Tuesday, December 5, 2017

Sawi putih masak lemak

 bila lama tak masak nasik, maka lauk2 pun dah lama jugak lah tak masak kan... sayur sawi putih ni pun dah beberapa hari bertapa dalam fridge, so meh la kita masak lemak yang sedap ni... selalu kak rose suka goreng jer kalau masak apa2 sayur pun... kali ni kak rose masak lemak pulak, walaupun hanya gunakan santan kotak... ianya tetap sedap digandingkan dengan sambal sadin dan jugak sambal hitam yang kak rose beli dari kawan di Kuantan... makan dengan nasik panas2... fuh!

cara simple kak rose masak sayur ni.. semuanya agak2 jer,asalkan sedap ditekak sendiri tu ok la kan...

bahan2:-
sawi putih, basuh dan potong2kan (asingkan batang n daun)
sedikit carrot, potong serong
udang kering - ditumbuk sedikit)
bawang merah
santan cair dan pekat
sedikit garam dan gula

Cara:
 masukkan bawang merah dan udang kering dalam periuk berisi santan cair
masukkan carrot dan batang sawi, masak hingga lembut
bila dah lembut, masukkan daun sawi
masukkan santan pekat (kena kacau sentiasa agar tak pecah santan)
peraskan garamn gulanya
dah siap..

Monday, December 4, 2017

Makan2 di chili's

 hari cuti, dapur pun cuti... tukang masak pun nak cuti jugak la kan...dapur yang kat luar lagi banyak menanti...kan. so meh la ikutkan anak bujang yang nak makan kat chili's ni... kalau ikut kak rose memang tak berapa nak kena dengan tekak ni... tapi ikutkan je la... so kami berarak ke chili's di empire subang untuk dinner malam maulidur rasul tu.... since kak rose masih nursing my batuk yang tak hilang2 tu, makan hot drink je yang boleh order... pilihan kak rose balck coffee je. memang black n pahit sungguh, dan since isi pun cuma setengah cup jer, so kak rose mintak tambahkan dengan air panas and 3 packs of gula... baru la sedap... habis satu cup beso tu!

 yang ni kak rose punya order.... crispy honey-chipotle chicken crispers. punyalah panjang nama menu ni... ada extra honey-chipotle dipping sauce tu... tapi yang dicurah atas ayam tu pun tak terabeskan... even jagung pun tak termakan! fries dan ayam anak dan en asben tolong abeskan... memang portion dia sangat besar, boleh kongsi untuk dua orang!

 ni pilihan en asben, prawn scampi pasta... nampak so bland jer kan... en asben pun tak terabeskan....

 chicken cajun pasta pilihan anak bujang... sedap jer tengok dia makan sampai habis!

tripple dipper... kombinasi of tiga pilihan appetizers... chicken crispers, signature wings dan southwestern eggrolls. chicken crispers tu mmg sedap, the eggrolls tu kulitnya dah a bit keras, mungkin sbb dah sejuk kot... tapi the chicken wing tu sauce dia terlalu masam to me lah... so dah tentu not to my liking. kesimpulannya... sekali ni jer la tekak jawa ni nak makan kat sini... tapi punyalah ramai pelanggan dia, sampai masa kami nak keluar tu ada lagi yang tengah menunggu meja kosong untuk nak dine kat situ! sedap lah kot pada depa kan. masing2 punya citarasa kan!

Sunday, December 3, 2017

Sandwich telor mayo

 sejak terpandang tayangan amal dari blog Kak Noor, memang terasa sangat nak mamam nya.. tapi disebabkan asik kesaorangan jer kat rumah, jadi asik lah terbantut rancangan nak membuatnya.. bila petang tu dah ready dengan telor rebus dan dah siap lecek, en asben pulak balik kerja dengan dua bungkus nasik lemak dan sebungkus nasi kerabu ditangan... jadi telor yang dah ready tu pun masuk semula dalam fridge... so esok paginya kenalah jugak buat walaupun kesaorangan, dan dua set sandwich ni pun jadilah breakfast dan lunch jugak untuk kak rose... kenyang sampai kepetang! tapi sorry ya Noor, kak rose dah tambah2 dalam tu... kita yang buat dan nak makan, suka suki la nak tambah apa yang rasa sedap molot sendiri kan....

 Bahannya
 
Roti wholemeal secukupnya ( gardenia putih biasa pun ok )
3 biji telur rebus dan hancurkan (kak rose buat dua biji jer untuk 4 keping roti)
1/2 batang carrot dihiris halus *takde stok
Beberapa lembar daun salad 
mayonis ikut sesedap selera anda
Kalau kaknoor memang suka agak banyak dan semestinya letak dalam 4-5 sudu utk 10 keping roti
sedikit lada sulah atau lada hitam serbuk
garam dan gula secukup rasa
boleh letak cheese slice jika ada stok
Kalau takada cheese slice pun ok je sandwich kita masih sedap dan lazat

tomato cherry - yg ni kak rose tambah
(kak rose picitkan sos cili atas roti dulu baru taruh daun salad tu... suka dengan rasa mayo+sos tu)

 Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan inti sandwich, kecuali salad
Dah secukup rasa sapukan di atas roti dan tutup dengan sekeping lagi roti
Letakkan salad dahulu diatas roti tu, yang suka tomato boleh jugak letak tomato panggang
Untuk yang guna cheese letak  cheese sebelum inti nya ok

Susunlah ikut kreativiti
Sedia untuk di nikmati.
 
ha... makan satu set ni pun dah kenyang sangat!

Saturday, December 2, 2017

Jom sarapan...

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2... sarapan apa pepagi gini agaknya? buat kawan2 yang anak2 sedang bercuti sekolah ni pastinya selalu saja sibuk menyediakan juadah hidangan buat keluarga, terutama buat anak2 yang sedang bercuti... ada kawan yang dah kata bila cuti sekolah jer, maka mak pun boleh bertukar jadi tarzan... tapi itulah manisnya bila bersama anak2... nanti2 akan jadi kenangan yang lebih manis bila anak2 dan besar... dan pasti merindukan saat itu semula kan.. buat kak rose sarapan ni jer la, selain toast n jem... walaupun sangat lah tak sedapnya. tapi sendiri mau ingat sbb dah dapat flag masa last check-up... and it is time to buat another yearly check-up, so kena lah beringat... harap2 dapat result yang lebih baik...Insya Allah.

 dan lebih suka nak beli, bila ada gelas percuma ni...

early this year punya blood test's result... ldl n total cholesterol tu yang dah dapat H flags...  


Friday, December 1, 2017

Nasi ayam penyet

 Asalamualaikum dan salam Jumaat, salam satu december jugak buat semua... laju sungguh masa berjalan kan.... ari tu dah tepek sambal ayam penyet, so harus lah kali ini nasi nya pulak berserta dayang2 pengiring seadanya... minggu ni asik makan nasik jer, berbrisk walk pun tak stat lagi sejak terhenti lama dah ni. entah bila nak mulakan balik, apa lagi pepagi cuaca asik mendung dan hujan kat sini... lagi la ada lasan untuk tidak memulakan nya.... meh la kak rose kongsikan resepi nasi ayam penyet ni. terima kasih kawan yang kongsikan resepi sedap ni..

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam 
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kak rose goreng tempe dengan garam kunyit je. .
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
 dayang pengiring nasi ayam penyet... timun dan cherry tomatoes

 tempe dan tauhu jugak...

seadanya...