Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 7, 2017

Tauhu sumbat n home made cili sos

 home made cili sos yang sedap ditekak kak rose ni... dah banyak kali buat guna resepi dari CMG yang mabeles ni... ciciah apa pun sedap... dan selalunya kak rose buat untuk cicah popis goreng, cekodok sayuran dan kali ni kak rose buat untuk digandingkan dengan tauhu sumbat... memang ngam sangat lah. meh kak rose kongsikan sekali lagi resepinya kat sini...

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
 
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN) 
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama tauhu sumbat

home made cici sos yang sedap dengan tauhu sumbat... 3 keping ni untuk kak rose sorang jer...

Sunday, August 6, 2017

Potato wedges

 bila malas2, semuanya nak yang mudah jer kan... kak rose ni entah bila la nak rajin gamaknya... sementelah stok ready made pun ada banyak... ya, magic fridge kak rose tu macam2 ada isi dalam tu... tempura, fries, bebola daging, fish cake, crab sticks, keropok lekor pun ado! apa lagi bertambah2 vitamin m tu nak bertepek... walaupun tak elok, tapi tu lah yang mudah dan sedap pulak tu... 😜😜😜

just panaskan kuali, tak perlu nak defrost terus masuk dalam minyak panas... sedakan sos dan nikmatilah dengan aman... berjemaah menternak lemak anak beranak!

Saturday, August 5, 2017

Brunch...

3 hari punya brunch
apa yang ade dalam magic fridge
selagi tak abes, makan je la
tak baik membazirkan
so... sudahnya tiga hari berturut2 menu yang sama..
lantok la labuuuu.... asalkan kenyangkan
dan tak mengantuk masa dengar kuliah petang kat mesjid.
nasi? idok la ambe rajin nak memasaknya!

 
 brunch isnin... scrambled eggs+salad+timun jepun+tomato+susu omega

 selasa.... tambah burger patties+slice cheese

 tambah tolo goreng n tolo rebus n air masak banyak2...
bukan nak berdiet, tapi malas nak masak nasi 
kawan2 jangan ikut jadi malas macam kak rose ya...hihi


Friday, August 4, 2017

Jalan2 cari makan..

 RnR Awan Besar... setiap kali ke sri petaling, kami pasti singgah kat sini... dan yang dicari semestinya satay kajang dan jus durian belanda... tapi sayang kali ni jus tu tak ada la pulak...

 lama jugak nak tunggu pesanan sampai... tengok jer la dulu kuah dan ketupat cenonet ni..

 untuk kami berdua... 20 cucuk memang rasa terbuntang nak abeskan..

 disebabkan jus durian belanda tak de, so orderla abc ni... tinggi menggunung, tapi tak de rasa manis langsung... bila tanya katanya "rasanya lupa letak gula merah, tadi" ade ke macam tu???

 lai chee kang yang sedap...

tolong promot, mana tau kan nanti dapat 'komisen' dari pihak satay kajang ni... hihi

Thursday, August 3, 2017

Jus limau kasturi asam boi

 sejak dah ade buat ice cube jus limau kasturi hari tu... asik la nak nak minum jus ni campur dengan asam boi...tak perlukan gula, just cube jus tu, asam boi, air dan ice cube... tunggu hingga jus cube tu mencar dan sebati dengan asam boi.... minum sejuk2 dihari yang panas membahang ni.... waaalllahhhhh... segelas ni mau sekali jalan jer!

 yang ni kak rose buat sebelum g kuliah kat mesjid... dan simpan dalam fridge, balik dari kuliah terus cari jus ni.... nyaman sungguh kat tekak dapat minum yang sejuk2 dengan masam dari cube jus yang sudah mencair tu..

kalau tak suka dengan asam boi, boleh jer bubuh gula untuk lawankan asam jus limau kasturi tu... sedap jugak... tapi kena lah beringat, kurangkan gula,lebihkan senyuman yang manis... itu lebih afdalkan!

Wednesday, August 2, 2017

Jahatkan LDL cholesterol?

Bila bacaan LDL cholesterol 3.8 instead of supposedly <3 .5="" ingat="" lah="" maka="" mau="" p="" sendiri="">Oats and susu omega plus twice a day,
LDL cholesterol pls, pls go away!!!

Tuesday, August 1, 2017

Pulut gulung serunding


 
 pinjam gambo lama... yg ni guna serunding kelapa berdaging

Asalamualaikum dan salam August buat semua.... cepatnya masa berlalu! pagi ni kak rose tepek lagi sekali kuih hari jumaat ni, kali ni kak rose nak kongsikan cara nak buat atau menggulungnya... kak rose pasti ramai yang dah tau nak buat ni, saja la kak rose nak kongsikan jugak cara ni.. pulut tu kukus lah macam biasa jer, cuma kak rose buh kaler kuning supaya nampak menyerlah contrast dengan serunding tu... tapi gulungan kak rose ni tebal la sangat pulak dan serunding pulak nipis jer... so lain kali kena beringat agar jadi sebaliknya pulak..kepada kawan yang bertanya camner nak gulungkan, meh kak rose kongsikan caranya...

 memula letak pulut atas tikar penggulung sushi yang telah dialas dengan plastik lebar macam ni... taburkan serunding dan ratakan keseluruhan permukaan... kalau banyak serunding lagi sedap kan... lepas tu gulungkan dengan berhati2... dan gulung ketat2 agar pulut jadi padat dan mudah nak memotong nanti..

 bila dah gulung, jadi la macam ni... kak rose cuma ada satu jer tikar penggulung ni, so lepas dah buat tu kena biar tanpa tikar untuk nak buat lagi satu...so nampak lah sedikit herot merot gulungan tu kan.. pujuk hati sendiri la.... apa ada pada rupa kan!

 dah jadi tu, potong lah ikut suka... agaknya kalau potong serong pun elok jugak kot... nanti lah lain kali pulak boleh cuba kalau rajin nak buat pulut gulung serunding ni lagi..... boleh jugak kalau kita buat dengan inti manis, tapi agaknya pulut tu tak perlu nak dikaler kan... biarkan asli putih jer, mesti nampak cantik dengan kaler inti kelapa gula melaka... ishhhh!!! terasa nak cuba buat pulak dah!

dan ini lah hasilnya... kuih untuk buah tangan mengaji surah Al-Kahfi kak rose pada jumaat lepas... walaupun ada pulut inti manis dan jugak pulut serunding yang dibawak oleh jemaah lain, tapi pulut gulung kak rose yang cepat jer abes... just because rupa yang sedikit lain... hihi