Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 20, 2016

Buat lagi....

 CC Muffin yang jadi kesukaan kami sekeluarga... mudah dan cepat jer nak siapkan... dan dah tentunya cepatlah juga dapat menikmatinya... kalau emergency, masih boleh jugak nak siapkan dengan syarat bahan2 semua dah ready la kan... tapi bahan pun memang yang sentiasa ada didapo kan..


COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

Friday, February 19, 2016

Kuih lopis pulut

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat kawan2 semua... pagi kak rose nak hidang kuih lopis pulut yang tinggal gambar jer ni.... sebenarnya teringat masa masih tinggal di Shah Alam, setiap pagi Jumaat kak rose akan buat kuih untuk majlis bacaan Surah Al-Khafi dengan muslimah kat sana... bila dah berpindah ke Penang ni, masih jugak teruskan bacaan setiap pagi jumaat tu walaupun cuma bertemankan Ipad, tanpa kawan2 muslimah, tanpa kuih2 jugak tanpa gebang2 selepas bacaan.... rindu sangat2!

 dan kuih lopis ni antara yang selalu jugak kak rose buat untuk majlis tu, mudah penyediaannya dan ramai pulak yang menyukainya... meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  •  *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Thursday, February 18, 2016

Puding jagung

 Nyaman sekali dapat menikmati puding jagung yang sejuk diwaktu cuaca yang sangat panas membahang ni... masa musim panas ni tekak nak kan yang sejuk2 nyaman gitu... kebetulan stok jagung manis masih ada, so kita buat puding mudah ni... dengan bahan yang minima dah siap puding jagung kak rose ni.. resepi kak rose copy dari MyResipi, mekasih ya


Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (kak rose tambah 2 tsb)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan pekat ----> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Wednesday, February 17, 2016

Kacang pool

 kes tak leh tengok tayangan amal dari blog kawan2.... terpandang kat rumah maya Kak Noor, punya lah teringin nak makan... seumur hidup tak pernah buat apa lagi makannya... walaupun orang johor tapi tak reti makan ni.... lama sangat dah teringin tapi beberapa kali g tesco nak cari ramly beger tu tak de la pulak... asik tak de stok jer... kali ni sampai g ke tanah besar baru jumpa daging ramly beger ni... yg lain ada banyak tapi rasa nak jugak guna jenama ni..... sampai ke seberang jaya baru jumpa dan tertunai lah hajat dihari nak buat kacang pool ni...

 terima kasih pada Noor yang kongsikan resepinya.... kak rose kongsikan kat sini pulak ya..


Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger (kak rose buh 3 keping)
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris tak de stok
telur mata separuh masak


Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak. (kak rose goreng asing telo tu...)
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
 Ni la hasilnya, sangat puas hati walaupun 1st time buat n makan jugak... hihi

Tuesday, February 16, 2016

Ganti baru

 Ada saja kat perumahan ni yang nak diganti baru... ialah agaknya dah terlalu lama pencawang ni memberi khidmat di block 19 ni... so it is time for replacement... dan sepanjang hari tu akan putus bekalan elektrik, tapi derang ada sediakan generator untuk bekalan letrik. kira ok la dari tak de gantian kan... tapi tak la pulak nak amik gambo masa derang ni buat keja... tau2 menjelang petang tu dah siap...

 with new paint, bangunan yang dah lama ni nampak baru semula

lori bawa generator untuk gantian electrical supply for the day... nasib baik ada generator, kalau tidak maunya kering kejung kepanasan seharian lah kami semua...

Daging palembang

 Kenapa palembang tak usah ditanya, kak rose pun tak tau...tapi katanya resepi dari seberang..  ni la nama resepi daging sedap ni... bahan pun simple jer tapi memasaknya agak lama sbb nak sedikit kering kuah tu... first time try masak ni, tapi memang berbaloi... sedap walaupun tunggu lama baru dapat makan.... hihi

resepinya kak rose dari MyResipi, mekasih yang kongsikan resepi tu ya... mintak izin nak copy kat sini lah.

Bahan-bahan
  • - 1 kg daging
  • - 2 biji bwg merah
  • - 5 ulas bwg putih
  • - 5 sudu besar cili giling
  • - 10 sudu besar kicap manis (habhal recommended)
  • - 4 sudu besar gula
  • - 5 btg serai
  • - 20 helai daun kari / 4 tangkai
  • - Santan pekat drpd 1 biji kelapa @ 1/2 tiub santan
  • - Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Potong daging lebar dan tipis. Basuh bersih ketepikan.
  2. Kisar halus bwg merah, bwg putih
  3. Perap daging tadi bersama bahan kisar, cili giling, kicap & gula selama 45min - 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
  4. Potong kecil serai & kisar halus
  5. Panaskan minyak dan masukkan serai yang dikisar bersama daun kari. Masak hingga naik bau
  6. Masukkan daging perap tadi, kacau rata, tutup kuali dan tunggu hingga daging agak kenyal.
  7. Masukkan santan dan masak lagi hingga kuah agak kering dan pekat kira-kira 30 min ke 1 jam. Siap untuk dihidang.
  8. Enak dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan roti. Boleh ganti rendang.

Dah petang baru siap... dan kak rose kukuskan pulut susu makan dengan daging palembang ni... esok2 boleh makan dengan nasi lak... separuh kak rose frozenkan, sekilo daging tu memang banyak untuk kami berdua jer.. so nanti kalau nak makan just reheat n lauk pun dah ready kan..

Monday, February 15, 2016

Vanilla muffin with kismis

pertama kali mencuba buat vanilla muffin dari resepi di blog nina mirza, tapi rasanya not to my liking... the texture macam a bit rough to me... mungkin silap kak rose dimana2 yang tak terperasan tu sbb jadi cam tu muffin ni.... apa pun naka bujang kak rose makan sampai abes pun, so tak la membazir kan.. kalau nak tengok tuan punya resepi asal boleh klik link yang kak rose dah bagi tu ya..


kak rose kongsikan kat sini resepinya ya, mekasih nina.

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.



Cara-caranya
  • Panaskan oven pada suhu 180c-190c
  • Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
  • Buatkan lubang di tengah-tengahnya
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
  • Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
  • Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
  • Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
  • Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
  • Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
  • Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)