Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 23, 2015

Horizon Hotel KK

 kali kedua kak rose datang ke sabah.... tapi ni pertama kali duduk kat sini, ikut encik asben yang g kursus, lama pulak tu sampai hari kesebelas baru balik...dan kak rose dapat bilik ditingkat sebelas dan menghadap ke laut, so boleh nampak pemandangan dan perjalanan bot penumpang yang besar dan kecil berulang ke pulau gaya yang berdekatan.... sayup2 dari pandangan mata, tapi sangatlah aktif pergerakan bot penumpang tu... nampak dari jauh macam nak capsize jer... seriau pulak mandangnya!

 saja nak tepek kat sini gambar2 bilik yang kak rose duduk, memang selesa dan kemas...dan tiap2 hari housekeeping datang makeup the room.... jadi bilik pun sentiasa kemas...


basin untuk hand wash yang cantik....

 toileteries dalam bilik mandi with glass door yang berlatarbelakangkan kala hitam.

 macam2 ade...


bath tub yang tak de masa nak guna pun!

 coffee section... bancuh kopi n bli goreng pisang kat bawah for tea time.

 sambil minum kopi boleh buat kerja kat working station ni atau tengok tv

atau bermalas2 kat koridor yang menghadap laut ni... 
masa ni panas sangat kat luar, jadi langsir semua tertutup jer!

and when you stay more than seven days, ade free laundry so... lagi bertambah malas lah bila semua kerja ade orang buatkan.... nasib baik bila balik n timbang berat, Alhamdullilah no changes!


Thursday, January 22, 2015

Kesian sidaun kesom....


 selama sepuluh hari berjimba jimba di kota kinabalu, pokok2 kesayangan yang dibawa all the way dari shah alam hujung tahun lepas terpaksa ditinggalkan.... dan bila petang semalam sampai je dirumah, perkara pertama yg dijenguk adalah pokok2 ni....kesian nya...semua hampir layu sbb panas sangat. Masa dalam teksi dari airport tu tanyakan kat pemandu tu dan katanya lebih lima hari dah tak hujan kat sini....lagilah terbayang pokok2 kesayangan tu.... apa jadilah agaknya. Nasib baik jugak ada kawan2 tolong siramkan....tapi macam kurang kasih sayang dari tuannya je....

Dan pagi ni kena tinggal lagi.... kali ni ke KL pulak.... Tak pe la, kali ni tak lama sangat kena tinggal dan pagi tadi sebelum g airport dah kasi siram mandikan cukup2 sampai banjir pasu. harap bila balik nanti tak lah layu lagi...tapi minggu depan pun sekali lagi nak kena tinggal....kesian daun kesum ku! pokok daun pudina pun dah kurus.... pokok kunyit, serai dan daun pandan pun layu....nantilah akan kak rose bagi secukup kasih sayang biar hidup subur semula, semacam masa di shah alam dulu....

Ke KL pulak....

baru senja semalam sampai dari KK, hari ni  kak rose ke KL pulak.... padahal semalam baru jer transit kat KL sebelum meneruskan perjalanan ke Penang, tapi nak kata camner kan.... ada hal yang encik asben kena attend, so kena la pergi semula... walaupun penat, tapi kan kak rose sangat penakut nak tinggal kat rumah sorang, maklumlah tempat baru dan baru beberapa hari saja kat sini.... tak biasa lagi.... tapi entah sampai bila nak terbiasa kan? so terpaksa ikut jer... koyak poket tukang bayor tiket. tak kisah, asal tak kena tinggal duk rumah sorang2 kan....

 

pertama kali sampai kat KLIA2, jauhnya kena jalan untuk sampai ke depature hall... nak tercabut lutut berjalan. bila dah sampai haruslah terus lepakkan diri.....

Wednesday, January 21, 2015

WW: bye bye KK


Setelah berkampung kat sini selama 10 hari....miss my pokok2 kat penang.

Saturday, January 17, 2015

Pulau Gaya


Pulau Gaya yang famous dengan perkampungan air dan famous jugak for wrong reason dengan penempatan warga asing kelihatan dari bilik perkampungan kak rose selama 11 hari kat sini. Sepanjang masa ade saja speed boat yang berulang pergi dari mainland ke pulau tu. memang nya disepanjang pantai pulau tu ade saja perkampungan air, bukan saja ditepi pantai tapi sehingga jauh menjulur kelaut... màcam manalah cara kehidupan diatas air tu kan, tak leh nak bayangkan....


Friday, January 16, 2015

Masih disini....

lorong depan deretan pintu bilik...from one end to the other

Masih disini....dalam bilik hotel jer, cuma turun untuk breakfast, cari makan dan ronda2 cuci mata kat kawasan sekitar. Rasa boring jugak asik terperap, tapi nak buat camner kan.... nak g meronda jauh2 sensorang takut la pulak... dan cuaca adalah tersangat burning hot. kawasan tepi laut kan, panas dari laut sangatlah membakar rasanya. jadi adalah lebih baik untuk memanjakan diri dalam air cond sepanjang masa....hehehe nampak na malas nak bergerak kan!

and at the other end,  a bridge leading to nowhere!

pagi2 lepas bekpes kat Deco Cafe & Grill, kak rose jenjalan kat sekitar kawasan berhampiran hotel ni....ada kawasan taman yang cantik dengan laluan pejalan kaki dan landskap pokok2 bunga cantik depan bus stop... tapi jalan pun macam lenggang mak limah je la....tak de la nak ber brisk walk dengan kasut sandal n blouse n jeans kan.... x kira la asalkan ade jugak bergerak n kuor peluh sket..... actually I really miss my morning walk macam semasa masih di Shah Alam. Even di Penang pun masih belum terbuat, sbb baru 10 hari kat sana dan terus kena terbang ke Sabah ni pulak. nanti bila dah betul2 settle down barulah boleh mulakan rutin harian berbrisk walk tu. Insya Allah..... tapikan, minggu depan kena g KL pulak.... so entah bila pulak dapat nak mulakan. Only God knows dan dengan harapan kak rose sendiri akan ade inisiatif kearah itu!

Thursday, January 15, 2015

Hantu kak limah ade kat hotel?

 Paper semalam....

Asalamualaikum dan salam hari khamis. Kak rose masih di kk dan akan stay kat sini hingga hari selasa nanti. Tak ade apa2 aktiviti yang boleh buat sbb x de geng nak g jauh2...melainkan ronda shopping cuci mata kat sekeliling hotel ni. Tapi memang keliling hotel ni ade banyak tempat nak mengosongkan poket....macam2 ada, kak rose je poket dah memang kosong....habuk banyak la.

nak cerita kisah pagi tadi ni, sebelum g bekpes tu memang ade news paper yang hotel supply, tp tak amik masuk dlm bilik sbb nak cepat, so biar je la kat situ...tak de sapa nak amik lah kata en. asben...tapi bila kak rose naik semula sejam lepas tu, tengok paper tadi dah tak de kat tempatnya....ingatkan staff yg collect laundry tu bawak masuk dalam ke.... check dlm bilik mmg x de....sah la ade hantu kak limah yg rajin kutip paper for my room tu.... bg tau kat en.asben yg dah off g kursus...


Tak kuasa la nak mintak yg lain.... tunggu je la esok nya paper pulok. Tak sangka la kan duduk kat exec floor, tapi panjang tangan masih tak leh nak ajar...ke camner tu?