Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 6, 2014

Cucur pisang gebu

cuaca mendung nak hujan, perut pun sentiasa berlagu keroncong...tengok kedapo apa yang boleh dijadikan kudapan untuk petang ni.... nak yang cepat dan mudah jer so cepatlah jugak dapat ngapnya... kebetulan ade pisang pemberian kawan yang x termakan, teruslah jadi cekodok ko wahai pisang...cekodok pisang gebu resepi CMG....memang gebus gebas!

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
 1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Saturday, January 4, 2014

Lempeng pekak cicah sambal sadin leftover...

 salam hujung minggu semuanya... bekpes dihari sabtu pertama tahun 2014 yang sangat best... lempeng pekak cicah sambal sadin sedap leftover...camner dapat nama lempeng pekak kak rose pun x tau tp mmg sedap pada jawa cam kak rose yg mmg suka makan lempeng... cicah apa pun la...ok jer. yang penting jimat dan perut pun kenyang... meh tengok resepi lempeng pekak dari CMG ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional) (kak rose x letak pun...)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

Awning baru yang kecikkkkk

 awning yang lama.... elok jer untuk tempat paking 3 buah moto ni....tp dah sampai masanya untuk di nyahkan dari tempatnya..... redho je la.

 dah togel dah..... buang semua awning yang lama tu. alihkan suma moto jugak.

 the new awning yang nak dipasangkan.... kecik jer kan.

dah siap.... sebuah moto jer boleh berteduh kat situ.... kalau hujan compressor tu pun basah dek tempias, dan pas tu air hujan bertakung depan pintu lak.... adoyaiiiii!!! satu keja lak asik nak sapu air tu.

Friday, January 3, 2014

Kuih untuk pagi ni...

 apam pisang.... kuih untuk majlis bacaan surah Al-Khafi pagi ni...nak bawak buah tangan pun cari yang mudah2 je nak sediakan...yang penting boleh buat alas perut lepas bacaan tu kan.... bawak pun tak banyak ramai jemaah yang bawak sama...so sorang sikit lama2 jadi banyak...macam2 kuih, mee hoon, nasik lemak pun ade! penuh meja tuan rumah! untuk resepi apam pisang ni kak rose guna resepi ni. mekasih ya..

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (kak rose kurangkan jadi 3/4 cawan je... tu pun masih manis, len kali kena kurangkan lg!)
secubit garam

cara-cara

tepung gandum diayak dengan baking powder n soda.
pisang dilecek halus dan digaul dengan garam
pukul telor bersama gula, masukkan mentega cair
masukkan tepung dan gaul rata
tuangkan kedalam loyang yg telah disapu butter
kukus selama 45 minit (kak rose kukus 15 mts je sbb guna cup kecik2)

cara kak rose yg malas: masukkan semua dalam blender kecuali tepung dan blend hingga halus, pas tu baru lah masuk tepung n gaul rata.
 antara jemaah muslimah yang hadir untuk bacaan pagi ni....

nak jugak enter frame.... muka lapo lepas selesai bacaan.... x bekpes lagi.

Sambal sadin sedap

salam Jumaat yang mulia pada kawan2 semua... masak sadin pun nak tepek kat sini kan...sadin pun dah bapak main mahal sekarang ni kan... dan dalam tin beso tu cuma ada sepotong ikan yg beso n 2 potong anak ikan...nasib baik cuma untuk kami berdua jer...kalau ramai pasti x cukup dengan setin beso sadin! resepi masak sedap ni kak rose amik dari Bukan Sekadar Masakan, mekasih ya Ros kongsikan resepi nya..

Sambal Sardin Sedap
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

1 tin ( saiz sederhana) sardin - ros guna jenama botan
4 sudu besar bahan kisar ( 4 tangkai cili kering+bawang putih+bawang merah@bawang besar)
sedikit air
1 keping asam gelugor
secubit garam
1 biji tomato dibelah 4 atau enam bahagian
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis dan menggoreng ikan sardin
1 biji cili padi dihiris halus
(sedikit halia - yg ni kak rose tambah)

cara-caranya
1. Keluarkan ikan sardin di dalam tin dan asingkan ikan dan kuahnya, kemudian ikan di belah dua dan buangkan tulang di dalam ikan itu.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan sardin tu sebentar, kuantiti minyak jangan banyak sangat ya, agak-agaklah sebab minyak menggoreng ikan sardin ini akan digunakan semula untuk menumis bahan sambalnye nanti.
3 Goreng ikan sardin sebentar, pastikan api jangan terlalu besar, api sederhana, balik-balikkan ikan dan bila nampak ikan agak garing sedikit permukaanye angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan kuah sardin tadi, masukkan juga sedikit air, biarkan agak mereneh baru masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama asam gelugor, hirisan cili padi, hirisan tomato dan hirisan bawang besar kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
5. Setelah bawang dan tomato layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

Thursday, January 2, 2014

2 tahun kat sini....

 megakhiri tahun 2013 dan menyambut kedatangan tahun baru 2014 kat sini.... kiranya dua tahun la kak rose kat sini.... actually 3hari 2 malam je pun, tp mmg dua tahun la kan. cuti2 yang x plan, kebetulan dapat pulak resort yang mmg orang dah x ramai nak g sbb cuti sekolah dah nak berakhir, jadi x meriah lah bila sekolah dah buka kan....

 the master bedroom.. sangat luas. tp kami datang cuma berdua saja...

 2nd bedroom, since x de sapa nak ikut, kami ajak kawan yang memang duk kat pd untuk join kita kat sini... tp sayang, sibuk berborak n melayan anak yang mandi kat pool, sampai lupa langsung nak amik gambar! borak dengan ana sampai menjelang dinihari ditahun baru... happy sangat dapat jumpa ana, harap len kali boleh pot pet lagi cam ni kan, ana?

 sudut di master bedroom... boleh layan berangan kat sini kalau mahu!

 derssing table....

 hall...tv yang sangat old school... sayang wifi connection sangat hampeh.... lebih lembab dari siput vavi berjalan....sangat lah tidak selesa melayan tenet guna phone


tq bnmresortportdickson yang sangat cantik n selesa.

Wednesday, January 1, 2014

WW: welcome 2014

selamat tahun baru 2014 kepada semua kawan2...