Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 18, 2012

CTS - my d-day

dah ready nak ke OT, tp masih no room, jadi getting ready di Admission Lounge jer! boleh cam tu?

operation scheduled at 1.30pm tp they only stat giving anaesthesia at 1.45 and by 2.25 dah sedar....ocwhhhh!!! sekarang tengah nursing the pain n study tayammum.... maklumlah x pernah buat! balutan x leh kena air until next appoinment on 22/10. doa kan kak rose cepat sembuh ya...

Monday, October 15, 2012

Selamat pengantin baru Anuar n Nadia

 Agenda hari sabtu, pagi2 lagi kami dah bertolak ke kluang, johor untuk majlis persandingan anak buah kak rose ni... anak sulung kepada abang. minggu lepas masa majlis pernikahan dan resepsi kat rumah perempuan mmg x dapat hadir. kali ni kenalah hadir kan diri dan maaf pada Kak Ani n Abang Lan sbb x dapat hadir kenduri kat Rawang tu ya... perjalanan ke Kluang sangat memakan masa... dah lah jem sesangat kat area seremban dan ditambah pulak hujan yg sangat lebat.... dan yang membuat perjalanan sangat slow ialah kamera AES tu.... puas merujuk list yg ada ditangan tp x nampak satu pun yg terpacak ditepi jalan. kat mana lah depa pasang tu ya? atau belum pasang lagi disepanjang lebuhraya utara selatan tu? sayang je duit nak bayar saman nnti kan!

 persembahan tarian dari anak2 murid bapak pengantin.... lama x tengok tarian zapin 

kek cokelat lapis bluberry yang sangat nyum nyum....

 sambil makan beradap dengan iringan paluan kompang ni

 camerma woman kecit yg sangat ligat... anak buah yg x reti duk diam!

majlis yang mempertemukan kawan satu kelas semasa darjah enam.... Satriati Yaacob, yg jadi pencabar untuk dapatkan nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun sejak dari darjah satu sampai darjah enam! jumpa jugak kawan sekelas masa sekolah menengah, Montiah Taib... tp kan sangat kesal x ingat nak snap gambar pun... leka berborak dan akhirnya salam2 dan terus berpisah... Rosdamuna.... nama ynag mengingatkan betapa erat persahabatan waktu itu. harap nnti akan ada pertemuan lagi. insyaallah.

balik dari johor semalam terus g kelas memandu... nak cukupkan 8 jam belajar baru boleh test... adoyai!!!

Friday, October 12, 2012

Mocha crunchy

 buat lagi sekut ni untuk cemilan sementara tangan masih boleh guna wat kerja.....  rasanya dah sangat berkurang kebas tu, kalau nak kensel buat operation tu boleh x? takut nnti berulang dan jadi bertambah teruk lak kalau x buat sekarang... tu yg Dato Doctor Anuar tu cakap. ish!!!! x tau mana satu nak decide.... Oct 16 is approaching! redha je la to go under knive kan.....

 apa pun meh kita makan sekut ni dulu..... resepi dari Noorma, mekasih ya. pernah buat untuk raya ari tu dan mintak izin nak sharekan kat sini lak ya... boleh buat untuk hari raya haji nnti....

Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna almond nib)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex

Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap

Thursday, October 11, 2012

Homemade english scones


salam dan selamat pagi khamis.... balik dari briskwalk terus ngadap menda ni... tangan dah sakit pun masih x leh nak jauhkan diri dari komputer... bila banyak guna mouse n menaip mmg ada terasa x selesanya tp nak buat camner kan. cuma mmg dah x main game la.... padan muka kan!

nak entrykan scone yang kak rose buat petang semalam.... terpandang kat blog Ratna Juwita yang sangat vouge tu dan lepas tu disertakan resepinya... tu yang buat kak rose nak mencuba... tp kejadian memang jauh langit dengan bumi la kan... yang pasti rasa mmg umphhhh sampai encik somi nak buat bekpes pagi tadi! mekasihya  Ratna sharekan resepinya ya... kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya.


boleh dapat sekitaran 20 scones

1 biji granny smith apple,
50g butter lembut/masin,
90g gula halus,
400g tepung,
25g baking powder/2 sachets, (yg ni kak rose guna 1tsp)
 1 biji telur,
15 cl full cream milk/cream/buttermilk, (kak rose siap cari converter dari cl to ml 15cl=150ml)
sebiji kuning telur sebagai penyeri.



Kupas kulitnya apple dan hiris potong berbentuk kiub yang kecil cenonet saiz-nya. 
Ayak tepung bersama baking powder, 
masuk kan butter+gula kedalam adunan tepung tadi dan gaul adunan dengan jari jemari sehingga menjadi tekstur berderai umpama "pasir" 
dan tuang kan dengan susu+sebiji telur, 
tanpa berlengah campuri sekali potongan kiub bebuah apple, 
gaul secepat mungkin sehingga sebati dough adunan.
Diatas sehelai parchment kertas, leper kan dough menjadi sebidang anggaran 3cm tebalnya, alas tutup kan dengan sehelai lagi parchment paper dan sejuk kan didalam peti es selama satu jam...
Panas kan oven ketuhar suhu 220°C. 
Keluarkan dough adunan, alas tray dengan sehelai parchment paper, 
terap dough mengikut citarasa memasing 
sapu kan dataran scones dengan kuning telur yang bercampur dengan sedikit minyak masak begitu berkilat jadinya  
bakar lah scones selama 5 menit yang bersuhu 220°C dahulu, kemudian turun kan suhu 200°C untuk 5/7 menit  selebihnya sehingga cukup masaknya kuning ke'emasan.
VoilĂ !

Wednesday, October 10, 2012

Puding roti n epal edisi hangus!

 habis suma ceri merah hijau, apple n kurma topping tu jadi hitam kelam!

puding ni kak rose buat petang semalam..... tp sangatlah hangusnya sbb sendiri punya carelessness... dah siap suma2 masuk je dalam oben terus tinggal ngadap komputer... dalam 15 minits cam tu maka terbaulah harum? kehangusan yang sangat kuat.... berlari kedapur bila tengok mmg dah hanguslah topping puding kak rose ni.... dah lah letak ditray yg atas sekali dengan api atas saja! apa punya careless kan. x perasan sungguh kedudukan knob api oben antik kak rose tu... nak buat camner kan, atas dah hangus tp bahagian bawah masih basah berair lg... so amik foil, tudung la atas dia n bukak api bawah saja hangus hitam kelam pun nak jugak buat entry ni..... buat pengajaran diri sendiri, bila nnti nak guna oben tu kenapastikan kedudukan knob api tu kan!


walaupun hangus dibahagian atas, tp masih boleh diselamatkan... dan selamat lah masuk perut untuk kami minum petang semalam... tima kasih pada Ros Sinaran Menu kerana resepinya dan kak rose pernah buat dan jadi dengan eloknya kat sini.. nak jugak g tau! he he he

Tuesday, October 9, 2012

Selamat berjaya anak2 ku....

 selamat berjaya buat anak2 yang menduduki peperiksaan PMR... pasti ramai ibubapa yang lebih nervous daripada anak2 tu sendiri.... dan pada anak2 buah kak rose yang menduduki PMR tahun ni.... semuga dapat menjawap soalan dengan tenagn dan beroleh kejayaan yang cemerlang nanti...

 nina di batu pahat

 haifa di seremban

jiha di kluang

 
icha di shah alam.... ingat pesan mama ya. jangan asik ber fb jer!

Monday, October 8, 2012

Deep fried beancurd meat rolls

 terasa sangat teringin nak mencuba buat kudapan yang chinese style ni. nampak macam mudah, buat inti n gulung je kan.... tapi adoyai!!!! realitinya, keras tangan kak rose mmg x pandai nak buat.. 3 keping skin beancurd lebar2 yang kak rose rendam hanya boleh dapat 2 gulung ni jer... yg lain habis koyak rabak... x tau apa sebab, bila angkat nak tos tu la dia koyak sket2...dan bila menggulung lagi lah lebar koyaknya... nak terkeluor isi perut. apa lagi, cik tong la peginya! terlalu lama rendam ker? entahlah.. tp bila dah goreng mmg sangat rangup kulit dia... krup krap krup krap gitu.

Ngoh hiang aka beancurd rolls... tp kak rose nyer ni dah x leh nak panggil ngoh hiang sbb x guna serbuk tu... manalah kak rose nak cari kan... so kak rose guna je mixed spice powder. rasa sangat meaty tp agaknya kalau guna serbuk ngoh hiang tu mesti lain rasanya kan.... kita buat dia, so pandai2 la ejas dengan bahan yg kita ada kan... resepi asal kak rose amik dari Sonia Nasi Lemak Lover.... so sapa yang nak cuba resepi yg x derhaka boleh ikut ni ya...

Chicken Ngoh Hiang (deep fried beancurd rolls)


350g chicken breast, dice to very small (do not chop)
1/2 onion, chopped
30g carrot, chopped
4 water chestnuts, chopped  (x dak, so kak rose gantikan dengan sebiji kentang)
Chinese parsley, chopped (x dak jugak, gantikan dengan celery)
1 biji cili merah, chopped - yg ni kak rose tambah


3pcs beancurd skin , soften in water, wipe off the water, cut to half

1tbsp light soy sauce
1tsp salt
1tsp Chinese five -spice powder (kak rose guna mixed spice powder)
White Pepper
2tbsp cornstarch/tapioca flour
1tbsp water

Method
1. Mix all ingredients in a mixing bowl except beancurd skin, mix thoroughly till thick paste. Set aside to marinate for 1hour or more.
2. Spoon meat mixture onto each sheet and wrap tightly and seal the end with some flour that mix with water.
3. Deep fry in hot cooking oil over medium low flame till golden brown.
4. Serve hot.

sudahnya, kak rose punya beancurd meat rolls dah jadi popia jer.... nasib baik jugak ada belen kulit popia ni jadi penyelamat.... kalau tidak maunya inti tu jadi cekodok je! haishhhhh!!!