Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 5, 2011

Lempeng omputeh

salam hari rabu semua.... tentunya dah siap sarapan dan sibuk pulak dengan menu hidangan tengahari pulak.... pagi ni kak rose buat lempeng omputeh ni untuk sarapan... merajinkan diri buat basic pancake ni untuk sarapan abang sbb dah kehabisan roti.... kalaulah pandai buat roti sendiri tentu x pernak kehabisan roti kan.... bila la cik BM nak singgah kat rumah ni.... nak bertumbuk dengan doh sampai keluar mr. muscle di lengan ni rasanya macam belum sampai seru lagi kot!.... lempeng ni pun ok la kan bang... gebus gak macam roti....

makan dengan strawberry dan jemnya....

ni kak rose nyer..... masih dengan oat dan segala buah...
oren, anggur, strawberry dan kismis dan susu omega plus.....
sarapan dah habis.... nak pk untuk lunch pulak ni.... ikan bawal nak masak apa ya?

Tuesday, January 4, 2011

Getuk ubi

tengok tayangan perdana kat rumah izah, sungguhlah tergoda dengan getuk ubi ni. maklumlah orang kampung sudah pasti x leh nak dipisahkan dengan ubi.... punyalah teringin nak makan sanggup dah kul 10 malam g buat ubi getuk ni.... macam x cayakan. orang lain dah nak layan mimpi indah kak rose dok tung tang kat dapur goreng ubi getuk! x daya nak tunggu esok dah, ngalahkan orang mengidam! dapat makan panas2 tu alangkan nyaman nya.... buat besar dan makan 2 biji dah kenyang dah..... pasti malam ni boleh tido nyenyak!

resepinya kak rose cnp dari rumah izah, mekasih ya, juga pada Mas Duniaku tuan punya resepi asal....

UBI GETUK

Bahan :
  • 2 cawan ubi kayu rebus
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula *saya tambah beberapa sudu lagi
  • sedikit garam
Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata. Kepalkan bulat bulat kecil.

Bancuhan tepung goreng :
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • air
  • - satukan semua bahan dan kacau hingga sebati
Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan. Toskan minyak dan hidang.

ubi getuk yg buat kak rose ngigau nak makan.... dan tepung salut yang rangup.

Untuk tamu yg datang mengejut.

ha amik ko.... sapa suruh nak datang x bagi tau awal2.... jadi makan pun apa yang ada dalam stok je dan yang senang nak prepare... tung tang tung tang siap dah boleh lunch! sementara menunggu lunch siap, gorengkan tempura untuk anak2 dulu dan sebalang gula2 cadbury choclairs.... puas nasrol dan naqib makan sementara ibu tolong mama masak kat dapur.... lauk emergency yang dapat kak rose sediakan, sosej goreng kunyit, ikan kembong goreng cicah budu, ayam goreng bodo2 dan sayur kangkung goreng dengan udang kering. kalau bagi tau awal2 kan kak rose leh prepare chicken chop, kan pura! he he he

ikan kembung goreng

ayam goreng untuk anak2 ... tp anak2 x makan pun sbb dah kenyang makan tempura kot?

kangkung goreng dengan udang kering

harap pura n family kenyang dengan hidangan emergency macam ni.... jangan serik datang lagi nnti kak rose masak sedap2 lak ya.......

Monday, January 3, 2011

Minum petang semalam....

aik! dah masuk ke takungan indah water pun nak masuk blog jugak.... x kisah la kan... suker ati je nak post kan entry apa.... sebenarnya balik dari soping semalam dah lewat petang.... mula tu nak singgah kat rumah kawan yg baru pindah dari Langkawi, tp dia x de rumah pulak, g shopping jugak, jadi terus je balik rumah. sampai rumah baru teringat apa menu untuk minum petang.... apa lagi keluarlah frozen foods yg kak rose mmg siapkan stoknya.... buat banyak dan frozenkan..... kalau ada tamu datang mengejut ke senang citer kan. nugget n tempura pun sentiasa ada, tp yg ni tesco mari punya. x lah rajin nak wat sendirik! k petang semalam goreng karipap dan popia frozen je. siap dah menu tuk petang semalam.... ari ni x tau lagi!

Sunday, January 2, 2011

Soping untuk busu

dah janji dengan busu nak belikan something sempena birthday dia ari tu, tp disebabkan dia x balik lagi so lambatlah beli hadiahnya.... middle of this month baru boleh balik cuti, so semalam mama ngan ayah g pergi beli... hope he will like it, since he asked for something polo so ayah pilih yg ni.... mama pun suka jugak, nice scent!

since dah untuk anak, mama pun nak jugak tumpang sekaki, I asked for coco channel tp yang tu dah guna so abang kata why not try yg lain... so inilah pilihan setelah puas mencium scent yg berbagai2... D&G ... pas tu ada free 6pcs miniature untuk mama in very nice casing n 1 pc untuk ayah.....(best sbb dapat free kan....) sampai kena hidu kopi tuk neturalised kan bau.... silembut yang layan kami punyalah gelak melayan keranah kami berdua kerana katanya x pernah jumpa customer yg sporting macam kami. ye ke? kenapa ya nampak dikebanyakkan kaunter perfume tu ramai yang awww awww gitu.... tp seronok cara dia melayan. terimakasih fir kerana x bosan melayan karenah kami... dia gelak sampai keluar air mata! kesian....

mama n busu dah dapat giliran ayah pulak... tp ayah cuma bli sehelai t-shirt ni je sbb baru je beli Aramis.... x pe kan bang sebab masa birthday middle of the month tu dah dapat bonia t-shirt n wallet jugak....

hadiah untuk b'day ari tu.....

ni hasil cuci mata n poket semalam.... cukup untuk kami anak beranak..... pas ni dok diam2 x yah g soping moping lagi.... cayer ke?.... kuali n pinggan mangkuk yg oder dari langkawi x sampai lagi.... kain batik jugak. since this is My Kuali, x taula kenapa kak rose ni suke sangat dengan kuali..... 9 kuali n counting. masaknya? x berapa rajin lak!

Bismilahhirohmannirohim......

Bismilahhiromnnirohim... syukur kehadrat Tuhan yang maha pemurah lagi amat mengasihani, dapat kak rose nak mengupdate rumah ditahun baru ni. Salam dan selamat tahun baru semuanya. post pertama untuk tahun baru ni cumalah menu sarapan pagi... seperti yang kak rose dok makan tiap2 hari.... tak rajin nak sediakan yg remeh2 jadi nya bubur oat ni lah yg kak rose selalu buat dan semestinya susu omega plus tu.... senang dan ringkas, cuma buah tu je yang selalu bertukar2 dengan apa yang ada dalam simpanan. kadang2 tu kismis saja pun jadi! asal ada buah dalam tu kan....

jemu jugak makan oat hari2.... tp nak wat camner kan. kenalah continue hingga nnti buat blood test to see what is the result? adakah kolesterol akan turun atau masih kena continue makan oat lagi..... azam nak bukak treadmill yg masih berbungkus sejak pindah dari Langkawi ari tu nampaknya masih belum kesampaian.... adoyaiiiii...... tahun baru azam dah kantoi!!!!!! k, jumpa lagi nanti kak rose nak g soping kat sogo.... last day sale! semalam dah g cuci mata dan poket kat parkson cari hadiah birthday busu, nnti kak rose tepek ya.....

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011


sticky post sampai tahun baru.... he he he

selamat tahun baru kepada semua yang sudi singgah kat rumah buruk kak rose ni.... semuga tahun baru yang bakal mendatang akan membawa bersama permulaan baru, harapan dan kebahagiaan juga.....2010 yang kita tinggalkan telah mewarnai kehidupan seharian kita dengan segala suka duka ... dan hari ini genaplah setahun kami berpindah dari Langkawi ke Shah Alam ni..... semuga 2011 akan membawa seribu kebahagiaan buat kita semua.... Insyaallah.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua.