Lanai Kijang
Tuesday, January 19, 2010
Peria goreng
Salam semua.... mari jamu mata dengan sayur yang kak rose masak untuk makan malam tadi..... tengahari tadi makan kat luar jadi masak ni untuk makan malam ..... masak sempoi je.... goreng peria campur dengan ayam.... x pahit pun peria tu selepas direndam dengan air garam.... buat jugak gulai daging masak lemak cili api campur kentang..... huh beselera kami makan anak beranak..... cam manalah kak rose nak kurus kan?.....
ni pulak kek lapis sarawak yang kawan abang bagi.... cantik sungguh susunan nya.... mesti teliti orang yang membuatnya kan.....dan yang penting rasanya lah kan... memang tak dinafikan sedapnyer..... terimakasih ya Syed Zainal yang sudi bagi kami rasa kek ni....
Monday, January 18, 2010
Mari minum petang
Sunday, January 17, 2010
Cucur bilis kembung
Jom semua minum petang..... kak rose buar cucur ikan bilis kembung dan minum dengan teh O panas2...... ingat tadi nak wat roti jala cicah ngan kuah kari belen tadi..... tapi tak rajin lak..... godek2 My Resipi dan jumpa resepi cucur ni..... cuba buat.... memang lembut sesangat..... (cumanya cucur kak rose tak membulat macam tuan punya resepi tu.....) dan kak rose x letak tauge n daun bawang tu sbb x de stok.... tapi masih tetap enak gitu....... resepinyer dari Sofinar di My Resipi. tq kongsi resepi dan kak rose kopipes ya kat sini .....boleh tengok resepi asal kat sini ya
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 300g tpg gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 cawan ikan bilis
- 1 labu bwg besar
- 2 pokok daun bawang
- 1 1/2 cawan air
- taugeh jika suka
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
- blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
- gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
- jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili
Lunch hari ni
Salam semua.... lauk untuk lunch tengahari tadi......tak tau dah nak masak apa.... asik2 ayam je.... stok banyak lak tu.... selalu tu asik goreng, masak kicap, buat sambal jemu lah pulak. so ari ni kak rose tukar menu masak kari campur dengan kentang..... masak pun ciput je untuk sekali makan.... malam x nak makan nasi dah..... kari ada belen lagi nih.... kalau rajin nanti kak rose nak wat roti jala..... itupun kalau rajin la..... makan nak saja tapi tahap kerajinan tu x tau la ade ke dak......
sayur kegemaran kak rose.... semua taruh punya capsicum, celeri, kubis, carrot dan udang..... hmmm Alhamdullilah kenyang.
Saturday, January 16, 2010
Ila Saidin's baby
Hari ini kak rose menghadiri majlis cukur jambul baby kawan dan jiran setaman. Tahinah kepada ibu dan ayah baby iaitu Ila dan Saidin. Baby yang bertuah ini adalah anak angkat kepada pasangan ini (kita serupa.....). Baru beberapa hari saja berada dalam pangkuan. Semuga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan kebahagiaan anda berdua...... dan semuga baby Nazran akan menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada ibu dan ayah..... sekali lagi kak rose dan keluarga ucapkan tahniah pada Ila dan Saidin
Ramai yang telah pulang, tapi masih ramai lagi kawan2 yang tinggal dan berkemas hingga selesai.... dan terima kasih bebanyak Ila dengan bekalan yang dibungkus untuk kami bawa balik sebagai buah tangan.
Friday, January 15, 2010
Ubat Hypertension
Salam hari Jumaat yang mulia..... mendung je cuaca ari ni..... ubat ni kan sebenarnya semalam lagi kak rose g doktor..... pertama kali jumpa doktor ni d sini..... menyambung ubat yang kak rose dok amik dari Langkawi tu......Peramah doktor tu..... jadi bila jumpa dia terasa at easelah.... boleh cerita tentang kisah penyakit dan sejarah kita.... dan dia suggest nak kurangkan seminima mungkin ubat yang perlu kita amik tapi tidaklah mengurangkan dose nya..... harap yang ni akan serasi ngan kak rose..... Insyaallah.
Wednesday, January 13, 2010
Ayam berlada (Spicy chicken)
jom jemput makan semua.... panas2 nih.....
INGREDIENTS:
8-10 pieces chicken
2 Potato - sliced thinly
Turmeric powder
4-6 Red Chillies*
6-8 Shallots*
2 cloves Garlic* (*blended/pounded)
1 big Onion - sliced into thin rings
Salt, Sugar & MSG (optional)
METHOD:
1. Rub chicken with salt & turmeric powder.
Deep fried until cooked.
Deep fry potato slices until golden & crisp.
2. Heat up few tbsp oil & fry big onion until golden - dish up.
Fry pounded ingredients in the remaining oil.
Add up seasoning & stir fry until dry & fragrant.
Mix fried chicken, potato and fried onion.
3. Dish up and serve with hot rice.
Subscribe to:
Posts (Atom)