Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 10, 2020

Roti puri


MRO day 24... 

 sejak pkp ni, macam2 tayangan amal kat fb yang sentiasa menggoda mata dan tekak.. dan sudah semestinya lah nak jugak melayan selera yang nak makan ni kan... kalau dulu macam2 stok ada dalam fridge untuk kudapan, tapi bila dah payah waima nak pergi membeli pun! so the best yang kita boleh, buat sendiri jer la.. boleh lah untuk minum petang aka dinner kami ..ada jugak terjumpa resepi yang tak perlukan guna yis, nanti kalau rajin lain kali boleh lah mencuba..


meh tengok resepinya...


Bahan2
 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.
2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.

No comments: