Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 29, 2020

Kuih sagu sedappp

Salam hujung minggu buat kawan kawan semua...

 sesekali teringin nak makan kuih sagu cenggini terus lah merajinkan diri membuatnya... kebetulan kelapa putih pun ada dalam simpanan.. so jom ler kita...

Kuih Sagu

Bahan- bahan: 2 1/2 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
Sedikit kelapa putih + sedikit garam - gaul


Cara cara:
Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).

Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.


mudahkan... tapi tu lah, selalu jer tak de kerajinan nak buat tapi bila ada tak pernah tolak..😜

Wednesday, February 26, 2020

Penyejuk tekak dimusim panas...


yang mana satu jadi pilihan?

Saturday, February 22, 2020

Friday, February 21, 2020

Home remedies...

Asalamualaikum dan salam jumaat kawan kawan..
jom kita cuba home remedies ni dimasa2 macam ni..

 pastinya semua ada bahan ni kat dapo kan..

terima kasih kawan2 dari whatsApp group yang kongsikan petua ni...

Thursday, February 20, 2020

Tak pernah jemu ..

lontong sempoi jerrr...

 bila tekak dah teringin nak makan, buat jugaklah dengan bahan seadanya... walaupun tak berapa nak puas dengan kuah lontong tu disebabkan tak de sengkuang, tapi tetap kak rose ni makan bertambah dan berulang ulang! kak rose memang suka kalau dalam kuah tu ada sengkuang, menjadikan rasa manis dalam sayur2 tu... sedap sangat kat tekak ni, boleh makan dari pagi sampai petang... but not for en asben. makan sekali dah lah, katanya. hmmm..

lontong dengan kuah lodeh dan sambal tumis macam ni pun dah cukup buat kak rose... tak perlu nak rendang dan serunding bagai. telor rebus pun kadang tu tak perlu nak letak... apa apa sajalah, yang penting kemaruk nak makan tu dah tertunai... Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. dan lontong cam ni jugak lah yang sering kak rose buat untuk jamuan selepas majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah... Alhamdulillah sekali lagi, ramai yang sukakanya dan tapau sampai habis. terima kasih kawan2 semua...kita kongsi2 rezeki. Aamiin.

Wednesday, February 19, 2020

Dah dekat nak raya?



Tetiba hilang?

Asalamualaikum kawan2 semua.... uwaaaa... tetiba pagi ni bila bukak my kuali, ni yang ada...viewer pada setiap post dah hilang??? semuanya 0 jer! dan yang pasti total page view pun dah tak de la kan... ada kawan2 alami perkara yang sama ker? cer share kawan2... camner nak restore, nak jugak tengok balik jumlah pageviews tu.... please helpppp!

Tuesday, February 18, 2020

Sup kentang dan telor

😋😋 yummyy

bila kemalasan melanda tapi rasa nak makan jugak, tung tang sekejap jer jadi sup ni... makan meratah gitu jer tanpa nasik... bukan nak berdiet tapi tukang dapo ni sangat tak rajin nak masak bila geng tukang makan pun tak ada... so jadilah menghirup sup ni untuk lunch, tak lah mengantuk masa kuliah pada petangnya... jom check resepinya..

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
sedikit soon, rendam dan toskan
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1/2 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris 
garam
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan biarkan masak dan masukkan soon.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam. 
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan

Monday, February 17, 2020

Selalu tak jadi!

memang selalu fail bab nak menyira kuih ni..

 kuih yang mudah dibuat dengan bahan yang sangat minima dan nak makan pun sedap jer... tapi walaupun nampak mudah buatnya tapi bab menyira kuih getas2 ni selalu jer gagal! dan dulu2 tak berani buat pun kuih ni kerana pernah alami kes kuih memetop dalam kuali masa menggoreng... rasa macam jeran jer nak buat kuih ni lagi... tapi bila jumpa resepi yang mudah dan pasti tak meletop ni , makanya rajin jugak lah nak mencubanya... cuma bab menyira tu, ada berjaya dan jugak yang fail... adussss! meh lah tengok resepi kuih getas2 ni..

Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.


Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

Sunday, February 16, 2020

I pong lagi...

welcome to our household, iPhone 7 plus 128GB

dah dekat nak basi, tapi nak jugak tepek kat sini, untuk reference nanti2...

muga dapat berkhidmat dengan baik pada tuannya

Saturday, February 15, 2020

Song for a stormy night

I whisper this prayer for you....


Song for a Stormy Night
The rain beats hard at my window,
While you, so softly do sleep;
And you can't hear the cold wind blow,
You are sleeping so deep
Outside it's dark, the moon hiding,
By starlight only I see,
The host of the night-time go riding,
But you are safe here with me.
So, while the world out there is sleeping,
And everyone wrapped up so tight,
Oh, I am a vigil here keeping,
On this stormy night;
I promised I always would love you,
If skies would be grey or be blue,
I whisper this prayer now above you,
That there will always be you.
Sometimes, we're just like the weather,
Changing by day after day
As long as we'll be together,
Storms will pass away.
I said I would guard and protect you.
Keep you free from all harm;
And if life should ever reject you,
That love would weather each storm.

Wednesday, February 12, 2020

Tuesday, February 11, 2020

Murtabak kulit popia


menafaatkan kulit popia yang dah keras kejung dalam freezer...masa beli tu memang berkobar2 nak buat popia, tapi sudahnya terbiar kejung kat situ... moh ler kita jadikan dia sebagai kulit mertabak yang sangat sedap ni... mudahkan kerja, tak perlu nak bersingsing lengan menebar doh untuk kulit murtabak ni... kita guna jer yang dah ada dalam stok kan... dan inti nya kak rose buat banyak, nnti boleh la buat karipap pulak kan...

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. kak rose tambahkan bawang holland dan jugak batang celery yang didadu halus, sedapppp.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Sunday, February 9, 2020

Baby bread pudding

Salam hujung minggu buat semua...

 resepi puding roti yang dah buat berulang2, kalau ada roti yang dah nak tamat riwayatnya elok lah buat cenggini, pasti selamat daripada masuk kat cik tong kan.... meh kak rose tepek kat sini lagi resepinya..

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun... dah manis!)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

kismis yang kak rose guna, sangat besar2 saiznya... so kak rose potong2 jadi kecik2 lah!

Thursday, February 6, 2020

Sup tulang

selamat bertemu kembali dalam dapo maya yang suam suam ni...

 kak rose kongsikan kat sini resepi sup tulang dari CMG ni, tapi kak rose buat dengan apa yang ada dalam fridge jer.. kentang dan tomato pun tak de... tapi cam ni pun dah sedap sangat menghirupnya... Alhamdulillah..

 Bahan-bahan
1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4] 

garam
bawang goreng
air secukupnya 


  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


dan ni lah lemak yang ada dalam sup tadi tu... cara kak rose nak kurangkan lemak ni.. bila dah siap masak sup tu, keluarkan semua isinya dan sejuk bekukan kuah yang tinggal dalam periuk tu... lemak tu akan beku dipermukaan periuk dan boleh lah dibuangkan... boleh lah menikmati sup tulang yang sedap tu dengan rasa tak bersalah sbb lemak semua dah buang kan?

Wednesday, February 5, 2020

Tat nenas lagi....

😋😋😋😋