Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 30, 2017

Nikmatnya nasi goreng lepas raya...

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat semua yang sudi berkunjung kat dapo maya kak rose ni... masih sibuk berhari raya? tapi yang pasti dah muak dengan segala rendang ketupat dan lemang bagai kan... pagi ni lepas baca surah Al-Kahfi, meh la kak rose nak tepek dinner kami petang semalam... since anak d bapak dah mula kerja, mama yang tinggal dirumah pun back to normal routine... bukak semula office kecik kat dapo tu... hihi dan masak yang paling simple dengan bahan apa jer yang ada kat dalam magic fridge kak rose tu... jadilah nasik goreng ni..

nasi+kobis+carrot+capsicum+telo+ikan bilis+udang dan 2 biji cili api potong2...

nikamtnya nasi goreng bodo2 lepas raya ni kan.... serve dengan kopok goreng ready serve dari narathiwat dan potongkan timun n tomato... dinner is ready for us tiga beranak... stok lauk memang tak beli lagi sbb hujung minggu ni baru nak balik rumah MIL.... huhu... sedih kan, raya tak dapat sambung cuti, jadi balik jumpa MIL pun dah lepas raya... public holiday 3 hari cuma dapat berhari raya di Johor. semuga dipermudahkan perjalanan jauh kami untuk bertemu dengan keluarga tersayang...amiin.

Thursday, June 29, 2017

Kek planta

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua kawan2... dah habis beraya dan kembali bertugas atau masih sambung bercuti raya... ya lah anak2 yang bersekolah masih bercuti hingga minggu depan kan... harap2 nanti bila nak balik tidaklah terperangkap dalam jem yang teramat dan dipermudahkan perjalanan... muga semuanya selamat sampai kedestinasi yang dituju... pagi syawal kelima kak rose nak kongsikan resepi kek planta zaman dulu2 ni... bahan pun mudah dan tak muak bila makan... mekasih MTQ Creations yang kongsikan resepinya..



Bahan..
2 caw tepung gandum
1 st baking powder
di ayak bersama..ketepikan dulu
1caw planta (kak rose guna daisy margerin)
1 caw gula halus
1 st esen vanilla
Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang
3 biji telor gred A
2 sb susu pekat manis
Masukkan telor satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu dan pukul lagi

Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata
Jika nak buat warna warni...bahagi kepada tiga bahagian..warna kan ikut kesukaan.
Tuang dlm loyang yg telah di lenser dgn planta
Bakar hingga masak.

Wednesday, June 28, 2017

Pantun raya... hihi





Selamat hari raya
berhati2 di jalan raya
jangan nanti duit raya
habis dek kamera di lebuh raya

 
 
 


Sunday, June 25, 2017

Selamat hari raya..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438

Saturday, June 24, 2017

Selamat tinggal Ramadhan...

 Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 29..
Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Aidil Fitri

rutin malam2 selama sebulan... dan malam semalam adalah yang terakhir buat kali ini, kita pasti akan merindui malam2 seperti ini... semuga masih diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang....Insya Allah.

Friday, June 23, 2017

Mesej disebalik usia



MESEJ DISEBALIK USIAπŸ˜’

MESEJ DISEBALIK USIA

  Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

    Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

  Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua;

 ● Diberkati usia
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Amiin ya Robbal alamin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Iftar #27 Ikan masin penambah selera...

Asalamualaikum dan salam 28 Ramadhan
Aidilfitri sudah makin terasa bahangnya...

 
 menu kak rose berbuka semalam.... memang betul2 makan nasik walaupun dah pukul 10.30 malam penangan ikan masin yang kak rose gandingkan dengan gulai udang ni..lupa sekejap pasal dah tengah malam, berselera sungguh kami berdua makan. selalunya makan jugak, takut esoknya tak larat pulak nak puasakan sbb sahur memang kak rose tak amik nasi... setakat toast dan nescafe o jer... kawan2 sahur makan apa ya?

 dah buntu nak masak apa.... stok udang ni ada banyak lagi, moh ler buat masak lemak ciliapi ni, walaupun cuma guna dua biji ciliapi tapi tetap pedas buat kak rose yang tak tahan pedas ni... dan ada jugak timun jepun dalam fridge, so masukkan jer la dalam gulai udang ni... sedap lah pulak kat tekak kak rose ni... apa lagi bila digandingkan dengan ikan masin... bertambah2 kami berdua makan!

 sayur kacang bendi fresh dari ladang pemberian kawan, kak rose buat goreng dengan telo dan cili merah untuk sayur malam semalam...

 manisan untuk berbuka pulak kak rose buat badak berendam ni... inti kelapa lebihan kak rose buat kuih bom ari tu ada lagi.. tapi terasa kurang tang kuah tu sbb kak rose guna santan kotak jer... memang kak rose ni kurang sikit part nak guna santan kotak, tapi bila dah tak de stok kelapa dan kemaruk jugak nak buat badak berendam ni... itu jer pilihan yang ade... so rasa kuah pun kurenggg lah kat tekak kak rose...

ha... yang ni memang tak pernah tak sedap, murcott orange dan apple merah taburkan asam kulit limau πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ ... makan buah sampai habis baru makan badak tu, kesian badak tu kan... tapi abes jugak la empat ekor dalam mangkuk tu!

Thursday, June 22, 2017

Iftar #26 Ayam bakar halia

Asalamualaikum dan salam 27 Ramadhan...
dan Ramadhan beransur meninggalkan kita...

 
 Resepi ada kat sini... http://seripayaku.blogspot.my/2013/07/ayam-bakar-halia.html

 sup sayur sawi bodo2 - masuk je apa yang ada dalam fridge.. mudah kerja tukang masak

 udang kertas goreng tepung garing rangup... sedap meratah

 coconut scones, terima kasih AlongRoz kongsikan resepinya... boleh tengok kat sini ya...
http://seripayaku.blogspot.my/2013/03/coconut-scones.html

seedless guava n kiwi fruit, potong2 dan tabur asam kulit limau... menu paling best masa bukak puasa! makan buah n scone + minum air teh o banyak2... tidaklah nanti mengantuk masa terawih!

Wednesday, June 21, 2017

Iftar #25 ike merah goreng cicoh budu

 Asalamualaikum dan salam 26 Ramadhan...
Ya Allah, golongkan lah kami kedalam orang2 yang medapatkan kurniaan malam al-Qadar
malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan..

 dah nak dekat habis puasa baru teringat nak serve lauk istimewa ni untuk en asben... hihi... kak rose makan ikannya jer without the ciciah... walaupun makan dah pukul 10 lebih, suka tengok en asben makan dengan bereselera bila ada dia punya febret ni...

 brokoli yang ada berbaki, kak rose buat lagi sayur ni... walaupun dah sejuk tetap sedap buat kami berdua... permintaan en asben jugak sayur brokoli bawang putih ni... dengan bahan yang sangat minima, tapi sayur ni memang sedap meratah!

 
 since stok buah ada banyak, adalah pilihan.... sebiji orange beso ni untuk kami berdua. memang manis dah orange ni, tapi nak jugak taburkan dengan asam kulit limau... makan tak mo berenti lak...

kali ketiga buat murtabak untuk berbuka dalam masa sebulan ni... ni jugak permintaan en asben yang nak makan lagi murtabak ni. kali ni kak rose buat inti ayam pulak... makan buah bersama sekeping murtabak ni dah kenyang sampai nnti balik dari mesjid baru makan nasi.

Tuesday, June 20, 2017

Iftar #24 seadanyaaaa...

menu berbuka yang caca marba, seadanya.  sukun pemberian kawan, terima kasih Datin Siti dan kak rose gorengkan... makan cicah dengan sambal kicap jawa...sedap, makan bagai tak hengat! terima kasih jugak pada cik google yang carikan petua camner nak ilangkan getah pada sukun tu... Rendam irisan buah sukun dalam air kapur sirih, campur air rendaman untuk menghilangkan getah, kira kira proses perendaman irisan buah sukun tersebut antara 2 atau 3 jam. Angkat irisan buah sukun kemudian cuci dengan air bersih. mudahkan...

 lepat pisang yang lemak manis ni jugak pemberian kawan yang sama... katanya orang berbudi kita berbahasa... bukan takat buah sukun dan kuih lepat ni, sayur sawi, bendi dan terung fresh petik dari kebun pun dia bagi jugak setelah kak rose tolong ajarkan dia buat tat nenas kerang tu... macam lah kak rose pandai sangat... hihi.. actually sama2 belajar lah kita kan...

 sianak beli ni lagi... suka sangat dengan menda ni. sedap katanya..

 since en asben bukak puasa dengan anak2 buahnya... buat sup ikan merah ni pun untuk kak rose makan sorang jer...meratah la jawapnya walaupun dah dekat pukul 10.30 malam... kita ternak lemak memalam biar cepat membiak!

 lauk untuk sianak... ikan tenggiri masak sambal... no kuah2 katanya tapi kicap tetap nak jugak!

naik kat weighing scale dipetang hari puasa... from day one puasa sampai dah nak akhir ramadhan, sekilo jer bezanya... itu pun bila dah bukak puasa nanti maunya berbalik to square one! ishhh!!!! stubborn betul fat yang dah sebati kat badan ni.... tak maunya dia pergi!

Monday, June 19, 2017

Samperit coffee

 antara cookies yang kak rose buat untuk hari raya nanti... memang semerbak bau coffee tu masa membakarnya, menduga sungguh dibulan puasa ni! terima kasih MTQ Creations yang kongsikan resepinya... tapi resepi ni agak lembik, so kak rose tambah sedikit tepung untuk dapatkan munger yang yang cantik ni... tak de piping bag dan nozzle bintang, so kak rose guna acuan bunga rose ni jer.... banyak derhakkan resepi mak tok ni...mohon maaf banyak mt... hihi

Bahannya..
240gm butter (mt selalu pakai SCS salted atau Tatura salted)
80gm gula icing
1st esen vanilla
4 st coffee emulco (boleh guna capucino)
220gm tepung gandum cap rose
80gm tepung jagung
25gm serbuk badam
Hiasan
coklat cip dan almond nib


Cara...
Pukul butter dan gula icing hingga kembang
Masukkan esen vanila dan esen kopi pukul lagi hingga rata
Masukkan tepung andum..tepung jagung dan serbuk badam.Gaul rata
Masukkan  adunan kedlm piping bag..yg telah di pasang nozzle bintang.
Hiaskan dgn coklat cip dan almond nib
Bakar selama 10 min dgn suhu 150C.

Iftar #23 kuih bom yg tak meletop

 Asalamualaikum dan salam 24 Ramadhan
yang semakin hampir nak tinggalkan kita....

 
 salam dan selamat pagi kawan2 semua... nak jugak tepek iftar simple kak rose semalam... walaupun cuma buat kuih bom aka onde2 dan yang lain nya cuma masak nasi dan lepas terawih baru panaskan lauk2 leftover yang banyak berbaki.... daging gulai besar, pajeri nenas dan sambal ayam penyet... pas tu potongkan timun fresh... selera jer makan walaupun dah dekat pukul 11, tapi masa tu agaknya kuih boom yang dua biji tu dah digest kot, so banyak space dalam perut boleh diisi!

kalau sapa2 nak buat kuih bom, resepi boleh lah tengok kat sini...lembut, sedap dan tak meletop masa menggorengnya... dan kekal lembut sampai masa sahur tadi.... (kenapalah entry ni dan ada banyak lain lagi entry My Kuali ni ada kat bolg ni, jugak blog ni.... hishhh!!!)
 
 since semalam seharian kak rose meronda ronda.. konon2 shopping raya la kan selain beli lain keperluan, buah2 ni yang paling kak rose nak... dah beberapa hari kehabisan buah, beli tembikai macam layu pulak... dan meriah stok buah kak rose dah ni.. boleh la tahan sampai nak balik kampung nanti, Insya Allah.

 lama dah tak beli buah kiwi ni...

puas rasanya dapat makan buah masa bukak puasa, kiwi fruits, murcott orange, dan seedless jambu batu dengan asam pakchu916.

Sunday, June 18, 2017

Iftar #22 tepung gomak

 Asalamualaikum dan salam 23 Ramadhan

 
 Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani ibadah puasa dibulan yang penuh barakah ini... semuga kita semua terus diberikan kesempatan ini hingga ke akhirnya dan semuga di berikan kesempatan juga untuk bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang, Insya Allah. dan sebagai tukang masak kat rumah ni... memang dah buntu nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga kecil kami... dan semalam kak rose masak apa yang disuggestkan oleh en. asben.  kueh tepung gomak ni pun buat from scratch... nasib baik jugak stok kelapa putih memang ada dan bahan lain jugak... maka jadilah tepung gomak emergency ni... buat pun sikit jer, sbb cuma untuk kami berdua... anak bujang berbuka dengan kawan2 pulak... kalau kawan2 nak cuba buat , resepi tepung gomak pernah tepek kat sini

 dah beberapa hari kehabisan buah... dan semalam beli buah tembikai ni. sayang sekali kurang manis dan rasa macam masak layu jer...



 untuk lauk pulak kak rose buat ikan parang masak asam pedas bersama dengan bendi... buat pun dua ketui jer dan bendi banyak2! cukuplah untuk sekali hidang, tu pun susah nak abes sbb makan nasi memang dah lewat dan perut masih kenyang... tak nak membazir, sudahnya meratah jer ikan ni...sedap tapi jenuh bergaduh dengan tulang!

dan ini jugak sayur request dari en asben... gigih keluar g kedai beli brokoli resepi brokoli bawang putih ni ada kat sini ya... mudah dan sedap, rangup jer walaupun dah lewat malam nbaru makan.

Saturday, June 17, 2017

Iftar #20 Beef lasagna

 Asalamualaikum dan salam 21 Ramadhan
teruskan misi mencari lailatul Qadar

 menu berbuka petang semalam... beef lasagna, bukan kak rose buat tapi Lanai mari punya... sangat kaya dengan cheesse dan beefnya.... bli semalam lagi tapi dek dah buat chicken chop tu, maka lasagna ni pun kena bawak ke hari semalam...simpan dalam chiller dan petang semalam just reheat and the iftar menu was ready... senang keja kan.

 kak rose panaskan 2 pack out of three yang en. asben beli... sebab anak berbuka puasa kat luar, jadi tinggal kami berdua... tapi untuk kami berdua, satu pack ni pun dah kenyang sangat... sapa pulak nak abeskan another 2 packs tu kan... macam tu la bila tamak membeli!

 goreng jugak kopok lekor ni... tapi lepas balik terawih pun masih disitu, tak termakan...

buah tak de, nata de koko jelly ni sebagai pengganti... amik isinya saja dan tuangkan air masak, tak lah manis sangat jadinya.

Fadhilat solat sunat tasbih

Perkongsian dari Fb Hawa Tun Telani, mekasih ya Tun. mohon kak rose kongsikan kat sini.



 Cara hapus dosa baru, lama, sengaja, tak sengaja... semua lah...

Alhamdulillah... Lepas terawikh tadi, diberi peluang untuk Solat Sunat Tasbih.
Imam kongsi hadith fadhilat Solat Sunat Tasbih ni.

🌠🌠🌠🌠🌠🌠
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib:
“Wahai Abbas, bapa saudaraku, apakah suka ku beri kurnia. Ku beri hadiah istimewa, ku ajari sepuluh macam keistimewaan yang mana jika engkau membuatnya dihapuskan oleh Allah bagi engkau sepuluh macam dosa;
baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang sengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang.
Sepuluh macam keistimewaan itu ialah: Hendaklah engkau sembahyang empat rakaat, pada setiap rakaat membaca al-Fatihah dan satu surah (ayat al-Quran).
Setelah selesai daripada membaca pada rakaat pertama dan engkau dalam keadaan berdiri maka bacalah Ψ³Ψ¨Ψ­Ψ§Ω† Ψ§Ω„Ω„Ω‡، ΩˆΨ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡، ΩˆΩ„Ψ§Ψ§Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡، ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΩƒΨ¨Ψ± (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar) sebanyak 15 kali.
Kemudian engkau rukuk, dan dalam rukuk engkau baca kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau angkatlah kepala dari rukuk dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk antara dua sujud) dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud kembali selepas itu bacalah tasbih 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat selanjutnya) dan bacalah kalimah tasbih 10 kali.
Seluruh kalimah tasbih itu dibaca 75 kali pada setiap rakaat, dan kerjakanlah di dalam empat rakaat.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠
Solat Sunat Tasbih ni boleh buat siang atau malam
Siang: 4 Rakaat 1 Salam
Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Jom manfaatkan baki Ramadhan dengan marathon ibadat

 Kak rose ringkaskan>>>>

Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat dan bacaan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir

15 kali - Rakaat pertama selepas Al-Fatihah dan satu surah Quran
10 kali - Dalam Rukuk
10 kali - Bangun dari Rukuk
10 kali - Dalam sujud
10 kali - Duduk antara dua sujud
10 kali - Sujud kembali
10 kali - Duduk istiharah sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya
(75 kali untuk keseluruhan satu rakaat dan kerja kan lah dalam 4 rakaat)


semuga bermanafaat buat semua terutama buat diri sendiri.