ni la jadinya bile beli sayur banyak2... kalau g tesco tu rasanya macam semua sayur nak amik jer... tapi masaknya tu yang sangat malas la pulak... labu air yang kak rose beli pun tak termasak... sayang jer jadi habuan cik tong... sbb bila dah lepas seminggu tu kulit dia dah jadi keriput kering... walaupun tak baik membazir tapi apa kan daya, kalau tak beli masa tu, kita ni bukanya buat hari2 marketing... tapi bila dah banyak tak termasak pulak...
so masa ade kerajinan memasak ni, segala sayur taruk la dalam tu... jadi lauk n sayur at one go. mudah kerja kan... masak satu lauk dah cukup digandingkan dengan nasik panas2..
resepi dari blog Sajian Dapur Bonda, mekasih ya... tapi biasalah kak rose ni masak dengan apa yang ada dalam fridge, so kiranya resepi ni sebagai panduan untuk ikut tekak sendiri..
Bahan2:-
400 gm isi ayam
200 gm cendawan tiram
sedikit carrot
sos tiram secukupnya
3 biji bawang merah kecil - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
4-5 biji cili api (kak rose buh 2 biji pun dah podeh)
1 biji tomato, potong wedges (kak rose x de, gantikan dengan holland peas)
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
daun bawang untuk hiasan
Cara-cara
Bersihkan ayam, ambil isi dan potong kecil, gaul dengan garam kunyit dan goreng separuh masak. ketepikan
Gunakan sedikit minyak gorengan untuk menumis. tumiskan bawang merah,
bawang putih dan cili api hingga layu. masukkan sos tiram yang dibancuh
dengan sedikit air. perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam...
masak hingga kuah mendidih.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng tadi, kacau biar ayam masak,
masukkan cendawan dan holland peas.. balik2kan sekejap dan boleh lah
matikan api.
taburkan dengan daun bawang semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment