Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 16, 2012

Manisan pebret sepanjang masa

salam dan selamat pagi... pagi2 dah mengupdate rumah ni sbb kejap lagi nak g rewang rumah jiran yg buat kenduri perkahwinan anaknya pada hari sabtu. Ahad pulak ada lagi undangan. musim cuti bermula, maka bermula jugaklah jemputan kenduri sana sini yg perlu dihadiri.... kat kawasan perumahan ni dah bermula sejak minggu lepas lagi.tipa hujung minggu ada je undangan kenduri.....

kak rose mmg suka sangat manisan ni, jawa la katakan.... berulang2 kak rose buat. kalau kat kampung kak rose masih ada jugak yg menyediakan manisan ni selepas selesai kenduri.... sambil gebang2 dan berkemas2 pinggan mangkuk lepas kenduri tuan rumah akan hidangkan manisan ni. makan ramai2 lagi la menambah kesedapannya.... tp kalau kak rose, sorang2 pun boleh makan dengan nikmatnya! mmg pebret la... bak kata Izah, nampak som-som mesti teringat kak rose. he he he

nak resepi, kak rose sharekan lagi kat sini.... resepi asal kak rose cnp dari rumah hana. mekasih ya.

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt) (ni kalau nak buat som som dengan perasa pandan..)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

3 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. kak rose..
memang sedap manisan ni.. makan ala2 makan taufu fah gak.. ada sirap gula melaka.. mmg syok je telan.. sangat2 layan lah..

Gee® said...

Kalau kat kampung k.gee manisan ni kami panggil bubur sum sum... mmg sedap makan sejuk2... nyamn aje lalu kat tekak kan... ahai! terlior la pulak...

azieazah said...

Saya pun suka. Dah lama juga tak buat bubur som-som ni. Dulu saya pernah ada pengalaman silap buat bubur som-som masa anak dara dulu. Saya tak boh santan, Mak saya gelak dan dia ejas balik. Akhirnya jadi juga...