Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 27, 2011

Mee goreng basah

ha... tu dia, mee goreng basah yang x berapa basah.... tp mmg sangat sedap makan panas2... dah lama mengidam nak makan mee ni, tp bila g kepasar asik lupa je nak bli. pagi td selepas g briskwalk kak rose terus jalan g kedai. lain yg kak rose nak cari lain pulak yg dapat! actually nak cari capsicum tp x de lak, tu yg amik mee dan segala pelakun sampingan nya - togeh, sawi dan tauhu. udang tu mmg ada saja stok kat rumah... jadilah mee goreng basah untuk lunch ari ni.... resepinya dari Myr oleh tulip77. terima kasih ya. dah siap buat n makan baru baca abis2 resepi, tu rupanya nak buat mee goreng basah ni kena angkat cepat2 dari koli agar x kering kuahnya... baru ku tahu itu!

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak - x de stok)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

15 comments:

mamawana said...

memang sedap giler mee goreng basah ni... terliur pulok doh...

K.Nor said...

k.rose! nor dah bawak cili jeruk ni.. nak mee goreng basah tu sepinggan ya.. dapnyer!! :)

Trying To Be Muslim.. said...

mmm kak rose.....ayu dtg lagi....mmmm, baru jog walk yer...bagus.....ayu pun dah banyak tahun gune adidas shoes....berbaloi jimat sbb sampai 3-4 tahannya....muehehehe......

Erk.....sedapnyer mee goleng basah satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

Unknown said...

sedap nie makan ptg nie ...nyum2

Kak Rose said...

mamawana, mmg sedap giler.... kak rose makan 2 pinggan u!

Kak Rose said...

Nor, macih ya bagi cili jeruk... tp mee goleng kena wat sendirik... x sempat nak anto ke nganu dah abes pulok...

Kak Rose said...

mmg jimat bli adidas, banyak tahun leh pakai.... sbb jarang2 pakai! hihi hi....

mee ada lagi ni, nnti leh wat kagi. nnti kak rose kirimkan bau ya!

Kak Rose said...

haniqaseh, x kira masa kalau nak makan... tu yg kak rose buat masa lunch tadi tu!

Liza Saad said...

Sedap nyer....

Fazleyatul Aini said...

isk isk keliur tgk mee goreng, udang beso2

Kak Rose said...

Liza, cubalah... pasti x mengecewakan...

Kak Rose said...

Lya, kalau free nnti leh cuba buat... mmg best!

Anonymous said...

jangan makan ajinomoto....
Ianya BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.

Unknown said...

Mmg sdp la rsipi kak rose..anyway tq kak ..sy sg mnikmati mee goreng bsh ni..nyummmy

Anonymous said...

BAHAN KIMIA yg boleh dimkn. . Tp boleh juga melemahkn Abg botak penis. .