Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 25, 2010

Kuih lapis cokelat

salam semua..... ha dah petang baru ada masa nak bersiaran kembali kat sini..... pagi tadi sebenarnya g ronda2 kat romantika kat plaza alam sentral... memang x puas jenjalan kat situ kalau masa yang ada sangat terhad.... tak pe lain kali leh g lagi..... dan sebelum pegi pagi tadi tu sempat buat kuih lapis ni untuk minum petang... ya lah sekarang ni petang2 mendung je kan .... dan tentunya perut pun asik nak minta diisi jer.... dulu pernah buat kuih lapis ni... leh tengok resepinya kat sini..... tapi lagi sekali kak rose tepek resepinya kat sini..... untuk rujukan masa kalau nak wat lagi lain kali.....

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:

1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

1/4 cawan air suam

Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

jemput minum semua..... separuh dari kuih ni dah bagi kat kawan yang datang singgah pot pet kejap tadi.... ajak minum sama x nak pulak sbb nak cepat katanya.... jadi kak rose tapaukan je la...

No comments: