Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 3, 2010

Lapis cokelat

salam dan selamat petang suma.....jahat sungguh tekak kak rose ni taw.... tengok kuih kat rumah orang macam nak ngap je skrin tu.... so daripada ngences x dapat makan kenalah rajinkan diri buat sendiri sementelah suma bahan pun ada.... cuma vitamin m tu kekadang banyak sangat... ari tu tengok kat rumah hana.... sabar je lagi..... tapi hari ni sebab terliur sangat tengok kuih lapis ni posing kat rumah yat maria tu kak rose pun kopi sebijik macam dia buat..... nak mintak dia awal2 dah sound, buat loyang kecik je.... huh... x rela kempunan nanti.... so tq pada anda berdua kak rose cnp resepinya kat sini ya....

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:

1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

1/4 cawan air suam

Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.



x sempat tunggu sejuk dah kena ngap.... hmm sedap.... pelahap kan!!!

4 comments:

ain said...

cantik la lapis cokelat akak. comel aje!!

Kak Rose said...

ain, tekak jahat nyer pasal buat pun belasah je asal jadi n sedap. puas ati dapat makan dah.

Sally said...

comel betul la kuih ni...x pernah buat jenis2 kuih lapis ni..nk kena cuba ni

Kak Rose said...

sally, kak rose x pandai gak, tp belajar dari sifu2 kat alam maya ni dapat gak lak makan kuih2 buatan sendiri