Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 1, 2010

Biskut bunga cina

Salam ahad semua dan selamat berhujung minggu.... sekejap je dah bulan August dan x berapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan posa dan raya.... tu la kan posa x lagi dah ingat nak raya..... dan belum sempat posa lagi kak rose dah teingin nak makan sekut raya.... sebenarnya buat ni sbb nak kirim pada kawan yang berada di KK... masa balik Johor minggu lepas tu ada beli bermacam kerepek - keladi, keledek, pisang, pisang tanduk, tempeyek, kerepek bawang dan segala mak nenek kerepek... nak post sekeli lah ni..... Ana, tak balik ke raya ni.... kalau balik nnti boleh kita jumpa di Muar ya.... ni biskut bunga cina untuk Ica yg tembam tu.... harap Ana n family suker.....

bunga cina sebelum berlaku kebakaran.....

resepi ni kak rose amik dari Myr oleh Nor Nganu tu.... tp Myr tu asik demam x leh nak bukak jadi kak rose copy dari rumah hana je.... tima kasih pada Nor dan hana kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya.....

Bahan-bahan
  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara
  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

huh.... kontot jari kak rose ari ni.... puas menekan bunga nih tp sangat pueh ati sbb sedap!

6 comments:

K.Nor said...

salam k.rose, comel bunga cina k.rose ni.. mekasih sudi try resipi ni ya...

Kak Rose said...

Nor, tima kasih kembali sbb share resepi yang mabeles ni....

HomeKreation said...

Salam KakRose. Ingatkan buat tuk raya, heran gak... rupa2 nya nak kasi kawan...rajin! Along lum cuba lagi ni, masuk list raya thn ni.

Kak Rose said...

Along, seksa tp berbaloi sbb sedap.... melt in the mouth! buat sekarang leh rasa dulu x la telan air liur je masa posa nanti!

TREAT AND TRICK said...

Salam Rose, cantiknya biskut tu, nanti boleh cuba.....

Kak Rose said...

TAT, cubalah. sedap tau!