Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 8, 2013

Cendawan kukur masak lomak ciliapi

 salam semua..... lama dah kak rose x masak gulai lomak cili api. antara masakan pebret, tp x leh nak makan selalu2 la sbb lemak tu. bila teringin sangat kena buat jugak kan. cendawan kukur ni jauh datangnya menyeberang sungai golok tau! masa ronda2 kat pasar narathiwat tu ternampak lah orang jual cendawan kukur yg fresh ni, dan kak rose bli 3 pot... satu pot dia jual 20bhat, kira macam 2 hengget la kat sini. pas tu kak rose keringkan dan bawak balik sini, hari ni baru dapat masaknya...

 
 pasar petang di narathiwat.... macam kat kb, most of the penjual adalah wanita

resepi gulai ni kak rose amik dari Ros jintanmanis, gulai lomak tipikal nogori semilan punyo! sodah eh! tp kak rose dah derhaka sket sbb tambah jantung pisang dalam tu.

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar (kak rose guna udang kering)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
jantung pisang yg dah dicelur - yg ni kak rose tambah.

simpan dalam keta sepanjang percutian.... sampai kering keras kejung, rendam dulu bila nak guna

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur dan jantung pisang yg telah dicelur tadi, biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan  asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.

makan dengan nasi panas2 mmg ngam punya, lagi2 kalau ada ikan masin kan.... tp kak rose x de, cuma gandingkan dengan daging masak kari, rasa x ngam la pulak, so kak rose makan dengan ikan bilis goreng lak.. bertambah2 makan nasi lunch tadi.


Dusunku berbuah lagi....

 tu diah, baru balik dari dusun di subang jaya.... actually bli buah ni masa balik dari membuang undi (actually x buang pun undi tu, cuma g mengundi jer n dapatkan kaler biru kat jari yang x kekal tu....) mmg letih berbaris dalam panas terik pagi masa nak mengundi tu, so pas tu nak g cari cendol subang untuk basahkan tekak, tp terawal la pulak... gerai cendol kat ss15 tu pun x bukak lagi.... terus lah g dusun buah2 ni... amik apa yang patut untuk stok...masa mmbeli mmg tamak, suma nak amik!

so hari2 adalah stok buah yang nak dingap... tu pun kalau rajin nak motongnya, kalau tidak amik sebiji terus kekah jer! dasar pemalas kan?

Tuesday, May 7, 2013

Jom bekpes....

 nescafe o w/o sugar, susu omega, freshly cut mixed fruits, toast dengan strawberry jam.....

alahai kesian at kak rose ni kan... orang dah sibuk nak sediakan menu lunch tp kak rose baru nak bekpes... ari ni stat mulakan balik rutin pagi2 tu... one hour brisk walk kat padang taman permainan dekat rumah ni setelah lebih seminggu ditinggalkan... dengan cuti2 balik kampung, pas tu kenduri n election jugak... bz ngalahkan g kempen sama dan selebihnya malas sangat nak mulakan bila dah lama berenti .... tp kena paksa diri jugak dan akhirnya pagi ni dapatlah kuor peluh sket. balik rumah mesti ade je keja nak wat kan... sapa kata surirumah x de keja... ni buktinya, sampai bekpes pun dah nak masuk waktu lunch.... bz kan tugas sorang suri rumah. dan bekpes pun kena lah heavy sbb dah keja berat! macam la keja bendang kan! adoyai!!!!!

Sunday, May 5, 2013

GE13, done!

 hari penentuan.... kami sudah tunaikan tanggungjawap sebagai rakyat malaysia untuk memilih. keluar seawal jam 8pagi dari rumah dan sampai at about 8.30am kat sekolah intergrasi sek 15, subang jaya, tp panjang barisan yang macam ular berbelit2 dah memenuhi padang sekolah... turn out mmg bagus sekali, rakyat malaysia beramai2 mahu menunaikan tanggungjawap sebagai pemilih.

 sebelum pergi pagi tadi sekali lagi check dengan spr... agar x kelam kabut nnti.... cumanya kak rose x tau pulak kena bawak print-out menda nih, cuma capture dalam camera n memorise no saluran n o siri.... untuk memudahkan kerani tempat mengundi yang tercari2 no kita...no siri ni jugak yang disebut dalam bilik mengundi tadi... my no. 1107. sayangnya x leh nak amik gambar untuk kenangan in 5 tahun akan datang....


tanggungjawap done, tinggal dakwat hitam yang lekat kat jari.... my jari yang gumuks n en hubby's. amik gamba ni masa dah keluar dari kawasan tempat mengundi sbb dalam tu mmg x leh nak amik gambo pun! pas ni nak g kenduri lak.... ada 2 tempat kena g ni... selamat mengundi buat kawan2 semua ya. vote wisely!

Friday, May 3, 2013

lagi lagi cucur kembung!!!!


 x jemu2 makan cekodok kembung! buat lagi dan lagi dan lagi lah jadinya! mekasih pada
Sajian Dapur  Bonda yang share resepi asal ni.

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Thursday, May 2, 2013

Ubat menambah lemak...

 salam pagi khamis yang ceria....dan menu sarapan pagi ni ialah dengan menternak lemak... ada yang kata cekelet ni ubat kan.... mmg lah ubat untuk menambah lemak. betul kan? pagi2 dah tayang cekelat jajan yang kak rose bli kat kedai bebas cukai Pengkalan Kubur masa balik dari Thai ari tu... ramai orang masuk kat situ untuk borong corning ware, corelle, piok vision ker, tp kak rose cuma nak bli cekelat ni jer. kalau tengok harga barangna kaca tu pun sama jer dengan harga langkawi. so sapa yang g kelantan tu kalau x singgah kat sini mmg rugi lah kiranya. bila lagi nak dapat harga yg camni kalau kat kl kan...

 stok untuk kami 3 beranak.... hingga nnti kalau balik ke kelantan boleh lah bli lagi....

ubat untuk menternak lemak..... dah la seminggu tinggalkan brisk walk tu, tp tang makan cekelat mmg x leh nak elak. minggu depan je la sambung untuk berbrisk walk tu lagi. tu pun kalau rajin ler.....

Wednesday, May 1, 2013

1st May

happy labour day n have a rest buat semua.... gantung piok koli jugak hari ni... while taking a break dan berehat2  meh kita tengok video ni......

 the best dance ever yang boleh mengalirkan air mata.... envy sangat2 dengan their courage. harap kita juga akan sekuat mereka....