Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 8, 2017

Serunding kelapa udang kering

 ha... lama rasanya tak buat serunding kelapa dengan udang kering ni.. asik buat yang berdaging, so kali ni guna udang kering pulak... sedap makan dengan pulut atau pun buat inti cucur badak pun boleh jugak... kita yang buat dia kan... so pepandai lah nak mereka-reka kegunaannya... asalkan sedap untuk keluarga kita, tak salah kan... dan serunding ni kak rose suka yang tak garing sangat, masih lembab dengan rasa masin, pedas dan sedikit manis... sambil taip pun boleh telan ailio, gitu!

resepi dari blog CMG lagi... kak rose tepek kat sini lagi ya, mekasih Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

3 comments:

Norlaili A Wahab said...

udang kering tak yah tumbuk ye? Letak terus gitu?

Kak Rose said...

Kak rose memang kisar semua bahan tu... termasuk udang kering sbb guna udang kering yang kasar2.

Norlaili A Wahab said...

Ooo....orait 👍