Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 13, 2016

Kuih lopes pulut

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari... 13 mei? ishhhh!!!!  pagi hari lagi kak rose nak tepek kuih lopes yang kak rose buat semalam... kalau dulu masih tinggal di shah alam setiap hari Jumaat kak rose akan buat kuih untuk buah tangan semasa membaca surah al-Khafi dirumah kawan2 secara bergilir... pasti ternanti2 datangnya hari Jumaat untuk nak bergader2 dengan kawan2 muslimat. dan selepas bacaan al-Khafi tu pastinya ada makan2 dan gebang2... macam cerita dan macam2 kuih jugak yang dibawa oleh rakan2 yang lain.... rindunya saat itu kini... walaupun masih meneruskan bacaan, tapi tak sama bila kita cuma sorang2 jer kat sini... dan kuih2 pun makan sorang2 jugak... huhuhu.

 kuih lopes yang dulu sentiasa dapat sambutan semasa makan2 lepas bacaan tu.... resepinya...

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam 
  •  *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

1 comment:

LiNa_Pg said...

Lama tul xbuat kuih lopes..nk makan asyik tunjuk jer
Terliur pulak tgk lopes kak rose ni