Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 27, 2016

Jus apple dan celery



Asalamaulaikum dan salam jumaat... semuga kita semua sentiasa dalam Rahmat Nya, Aamiin. dan pagi ni kak rose nak kongsikan juice apple n celery yang pertama kali kak rose buat ni... ni pun sebab kepala rasa sangat neng nong sejak sehari sebelumnya... dan mencari alternatif instead of makan ubat or panadol kan...  kebetulan stok ada, so just blend n minum... harap dapt mengurangkan pening kepala tu kan... dah makan sebiji ubat yang all this while cuma makan separuh jer pun masih tak selesa rasanya...



 pagi tu punya bp reading... entahkan sbb ni kot yang buat kepala jadi neng nong tu... nasib baik ade cik google, cari jer petua untuk nak turunkan bacaan darah tinggi... bermacam petua yang keluar... dan ini salah satunya... meh la kita mencubanya.... kita berusaha dan bertawakal, Insya Allah dengan izinya akan diberikan kesembuhan nanti...

 

Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat, kelebihan dan kebaikkan yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. tapi kak rose minum selepas sarapan.. next time boleh la ikut cara yang betul kan...

Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat epal hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Khasiat Celery:  merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. sumber kak rose amik dari sini.