Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 8, 2016

Roti jala yg kekal lembut

 sejak jumpa resepi ni, selalu saja nak buat roti jala... bila ada lebihan gulai yang sengaja buat banyak untuk lunch.... dan resepi roti jala ni lah yang terbayang... memang kekal lembut walaupun dah sejuk. terima kasih pada Azie Kitchen yang kongsikan resepinya... dan gulai kari ayam tu tentu semua orang pandai masak kan kan... kalau tak pun tanya jer cik google, pastinya dengan senang hati, berderet2 resepi dia bagi nanti... ikut saja yang mana berkenan dihati... dan yang ni kak rose masak ikut tekak sendiri nak makan...lemak dan pekat gitu!

  untuk kawan2 yang nak mencuba buat roti jala, sangatlah disyorkan guna resepi ni...
 
Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak
 

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

belum pernah menjala ni kakrose macam teringinnn je lah
sedapni makan sejuk2

Kak Rose said...

Noor, jauh2 pun nak menjala jugak ya..

Firefox firdaus said...

wah roti jala. bulan puasa nanti kena beli ni. hehe. dah lama teringin nak makan.

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]