Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 26, 2015

Lontong, tak pernah jemu!

 menu yang tak pernah menjemukan buat kak rose... dan yang ni kak rose buat masa gader2 untuk majlis perpisahan kawan2 yang akan berpindah ketempat baru hujung tahun nanti... ya la masing2 ikut suami yang akan bertukar tempat kerja, so buat lah jamuan ni awal2.... bolehla makan2 pot pet n ucap salam perpisahan... muga nanti akan dapat jumpa lagi, Insya Allah. tapi sayang, puas bergader2sampai sekeping gambar pun tak ingat nak capture..

 kuah lodeh in the making...

resepi kuah lodeh ni kak rose amik dari blog CMG sebagai panduan, tapi ada jer yang kak rose tak ada bahan tu... serai dan lengkuas kak rose x letak... so seadanya je..... dan kak rose buat banyak untuk kawan2 tapaw bawak balik... walaupun cuma lontong dan sambal tumis, tukang masak sangat suka hati bila kawan2 suka dengan menu ini... selain dari kek pisang dan puding roti marble... terima kasih kawan2 yang tolong habiskan... memudahkan nak berkemas nanti. kak rose kongsikan kat sini resepi yang complete dari CMG ni ya...

resepinya...

BAHAN KUAH LODEH :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
(kak rose tambah udang segar jugak)
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
2 batang serai, dititik (kak rose x de)
1/2 inci lengkuas, dititik (x de jugak)
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)
Nasi impit, didadu
Sambal tumis @ Kuah kacang
Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2
(serunding n telo pun kak rose tak letak... cuma sambal tumis jer) 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :- Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air. Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang. Sedap dimakan sebagai sarapan pagi, nak melantak waktu petang pun tak de sapa nak larang!!!!.....

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Lontong kegemaran saya sekeluarga kak rose .
Rasa nak buat lontong lah breakfast esok..