Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 17, 2015

Lemak ciliapi udang dengan kacang

 walaupun sangat allergic dengan semua seafood, tapi tang udang memang tak boleh nak elak.... nak jugak makan dengan harapan tak lah teruk kena menggaru lepas tu.... dan mesti kena ingat pas makan tu kena amik ubat allergic tu... tapi yang selalunya bila dah stat menggaru tu barulah kelam kabut nak cari ubatnya... apa pun sendiri makan sendiri tanggung gatal tu la... tak la kempunan tak dapat makan udang kan...

resepinya yang simple tapi sedap ni....

Bahan:
Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang panjang 

10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

 (kak rose buh sebatang serai - ketuk)

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.




 dan kak rose makan dengan ikan kurau masin yang mahal nih. mana ada barang keperluan yang murah sekarang ni kan.... ikan masin ni pun dah rm50/kg... huhu

 tak mampu nak beli banyak.... so beli seciput jer.

2 comments:

Mrs Dee said...

sedapnyeudang..saya sendiri puntak tahan tengok udang,,wpun dlm kategori alergik,,tp dengan udang pantang jumpa..haha

Kak Rose said...

Sama la kita Mrs Dee... yang penting ubat allergic tu kena ready selalu.