Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 14, 2015

Ayam masak halia

 Gara gara tak puas makan kat restoran bangkok tom yam, meh la kita buat sendiri jer... puas hati dapat makan dengan puasnya... ya la bila makan kat restoren tu walaupun order untu makan berdua, tapi pada kak rose yang kuat makan ni memang tak cukup lah... rasa macam seciput sangat portionnya. ayam beberapa pcs jer tapi bawang dan halia yg selebihnya.  macam tu jugak mixed vege dan kerabu mangga yg pedas gila... portionnya sangat kecik untuk makan berdua.... ker memang kak rose yang pelahap??? tak pe la balik rumah kita buat sendiri ya...

resepi kak rose cnp dari blog Yatie, mekasih ya...

Bahan- Bahan

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan) (kak rose guna chicken fillet)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4 (ta de la pulak)
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
  • bunga kubis - yg ni kak rose tambah
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

2 comments:

Zana said...

Assalam. Saya memang peminat halia. Halia muda paling sedapkan.

Zana said...

Assalam. Saya memang peminat halia. Halia muda paling sedapkan.