Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 7, 2015

Cekodok pisang gebus.

 cekodok pebret sepanjang masa... asal nama cekodok, isi apa pun la... memang jadi kesukaan semua dalam rumah ni. apa lagi dapat dinikmati masa panas2 bersama secawan kopi, memang ngam sangat la tu... dan kalau tak habis makan pisang yang dibeli, akhirnya cekodok ni la jadinya... gebus n tembam jer cekodok ni.

resepi kak rose cnp dari blog ita, kak rose kongsikan kat sini lak ya...

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh (kak rose guna 4 biji jer pisang cam kat atas tu)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.


Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cekodokkkkkk..
Rasa nak ambil seketul tu kak rose..
suka sangat dgn cekodok pisang :)

adda syuhada said...

sedapnyer...

izahdaut said...

assalamualaikum kak rose.sihat ? sedap nampaknya cekodok tu. kami sefamily penmggemar cekodok p-isang. tambahkan sikit tepung beras.. rangup tu yang disukai, ;-)

Kak Rose said...

Yati.... cekodok memang pebret keluarga sepanjang masa.

Kak Rose said...

adda, makan bagai tah hengat cekodok yang gebus gebas nih.

Kak Rose said...

izah, mekasih kongsikan suatu yang baru... tambahkan tepung beras tu, len kali boleh cuba pulak.

JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA