Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 20, 2014

Udang goreng tepung kfc

 As salam dan selamat tengah hari..... dah siap masak untuk lunch? meh kak rose nak kongsikan resepi udang goreng sempoi ni... mudah dan cepat je nak menyediakannya....sedap lak tu. resepi kak rose kopy dari Myr oleh storylicious. tapi kak rose tak de la nak buat sampai 1kg udang, cukup untuk kami makan 3 beranak jer... sedap meratah gitu jer cicah dengan cili sos.... dah puas makan pas tu menggaru sakan sbb allergic...(dah tua2 ni jadi allergic lak.... adoyaiiii). so kena peringatkan diri sendiri jangan lupa makan ubat gatal kalau nak meratah udang ni!

Bahan-bahan

  • 1kg Udang (kalau nak ganti dengan cendawan/sotong pung boleh)
  • 1 biji putih telur
  • Minyak Masak
  • Tepung goreng serbaguna (kak rose guna tepung kfc)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan pukul telur putih sehingga berbuih
  2. Celupkan udang kedalam putih telur selama 3-5 minit
  3. Udang yang telah dicelup putih telur, salut dengan tepung goreng serbaguna.
  4. Goreng udang yang telah disalut tepung sehingga keperangan
  5. Sedia dihidangkan

4 comments:

Rizziela said...

sedapnya...lama x buat udang goreng tepung..sebab udang sekarang ni mahal

Bbwana adienia said...

wow,sedap tu kak rose..kalau makan pun semangat ja ni..hehe..

Kak Rose said...

Rizziela... mmg mahal sangat, tp nak makan kna bli la jugak kan...

Kak Rose said...

Bbwana, sedap makan pas tu makan ubat pulak! allergic ngan seafood!