Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 6, 2014

Baby bread pudding

 sessi nak menghabeskan roti yang nak tamat riwayat.... x baik membazir, so buat lah puding mudah2 ni... senang disediakan dan cepat jugak dapat nak ngapnya... dengan bahan simple yang ade kat dapo, jadilah untuk menu minum petang semalam... ikut resepi ni ngam2 untuk loyang sm munger2 ni, jadi kalo nak buat untuk keluarga yang ramai pandai2 la ejas ya....


Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)

 half way through in the oven.... kembung cantik tapi atas x garing lagi.....
 Cara-cara
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.