Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 22, 2014

Swirl pasta goreng

 semalam punya menu. swirl pasta goreng ringkas dengan bahan apa yang ade jer.... kalau dah emergency, belasah jer la dengan bahan apa yang ade dalam fridge... kita yang buat dia, asalkan boleh dingap kira ok la tu kan.. tapi sempat jugak nak godek2 resepi....sbb x pernah buat goreng cam ni, kak rose lebih suka kalau ada kuah2 ala ala soup gitu... boleh hirup2 kuah tu kan...tp x pe la, goreng ni pun ok gak.

resepi sempoi ikut Anis' Diary punya makaroni goreng, meh kak rose kongsikan kat sini lak... ikut resepi ni, bila dah rebus punyalah banyak swirl pasta tu....so kak rose goreng separuh jer, dan separuh lagi ade bertapa dalam firdge!

Bahan-bahannya:

500 gram makaroni direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit kicap masin
sedikit garam
secubit gula
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan - kak rose gantikan frankfurters
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

2 comments:

mama sara nur said...

Assalam
Sedappp ni, mlm2 nmpk lg lapar dibuatnya

Khairul Bariah said...

salam jumaat kok rose, macam senang jer nak buat, manpak pun sedap..mesti cuba ni :) thanks for the recipe