Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 4, 2013

Pasar tani....semua ada!

 sepagi berjalan mengukur pasar tani dekat stadiuum shah alam... awal pagi lagi dah sesak jalan, paking penuh melimpah ke tepi2 kiri kanan jalan sehingga ke bulatan dekat tesco tu... sanggup la derang jalan begitu jauh semata nak bersesak dipasar tani tu kan...tp mmg berbaloi sapa2 yang bersoping kat situ, memandangkan semuanya ada tersedia kalau poketnya juga bersedia untuk dikosongkan... u name it, rasanya semuanya ade kat sana! kak rose ni sebenarnya nak cari tudung jer... tp x larat nak bersesak2 dengan begitu ramainya maknosia, entah dari mana lah datangnya... dan tak sanggup rasanya tengok yang datang bawak baby yg macam baru lepas pantang ketempat bersesak n panas cenggitu kan...atau pun saja nak tengok kemeriahan orang ramai buat persiapan hari raya. agaknya ramai kakitangan awam yg baru dapat duit raya kan, jadi soping sakan la...

dan bila penat mengukur jalan n rambang mata tengok tudung, last2 lain jugak yg dibli.... pisau ni dan tempeyek kacang tanah n kacang dal yg katanya stok baru sampai.....(harap2 x la bau hapak macam yg pernah bli dulu). nampak cantik dan tajam pisau ni... rasa sayang lak nak guna. boleh cam tu?

4 comments:

tun_telani said...

cantik nyer pisau.. seramik ye kak?

azieazah said...

Saya pernah jumpa pisau cenggitu di Tesco. Boleh tahan mahal harganya. Maklum kualiti baik tu.

*Tun Telani, takkan la seramik kot. Rasanya besi tu. Diwarnakan untuk bagi nampak cantik.

Kak Rose said...

Tun, bukan seramik la... tp mmg tajam sungguh!

Kak Rose said...

Azie, ni bli dipasar tani je... jd rega pun ok. bli yg beso dapat free yg kecik tu @rm15/set. dia kata kat jln TAR orang jual 30 hengget! siap sumpah "kalau saya bohong boleh potong lidah saya" isshhhh gerun lak dengarnya!