Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 10, 2021

4 fingers pulak.


 pedasss... piping hot!

 

Tuesday, March 9, 2021

Sambal petai bilis

Sapa suka makan sambal bilis petai, boleh geng lah dengan en asben.  saya tak makan, saya tukang masak jer hihi..  permintaan dari en asben yang nak makan samabl petai, puas lah mencari petai tapi tak jumpa pulaknya...dan kali ni anak g pasar malam kebetulan ada orang jual pulaknya...tapi kurus2 jer isinya... cuma dapat banyak ni 10 hengget tu... mahal gak la harga petai ni sebab barang rare.. susah nak dapatnya kan. ade ke petai ni buah bermusim jugak ker?
apa pun Alhamdulillah dapat jugak lah hilangkan ngidam nak makan sambal petai tu. sikit macam ni pun berkali makan tak habis lagi sebab dia sorang jer yang makan... tukang masak dan anak2 pun tak makan sambal petai ni...
 

Monday, March 8, 2021

Eat clean n healthy ker macam ni?

SAHM yang memang duduk rumah, pantang lepa ada masa terluang suka sangat scroll ig kawan2 yang sedang berdiet2 dengan menu yang sedap2 tapi masih boleh turunkan berat badan... tapi kak rose ni mana nak nyer turun berat tu sebab nak makan yang sedap2 jer kan. cumanya kak rose suka dengan menunya tapi resepinya buat suka suki sendiri... nak sesedap rasa lah bila makan... yang nak diet tu jangan lah ikut macam kak rose ni ya... bahaya tu!
kalau nak berdiet tu memang tak de minyak2 la kan.. tapi ayam perap sesedap rasa ni kak rose goreng dalam pan dengan spray jer minyak kat pan tu... no deep frying lah! brokoli dan carrot tu pun coatkan dengan bahan perapan ayam tadi dan goreng lah dalam pan lepas goreng ayam tu tadi... sedap weh! tak perlukan pencicah dah.
dan... kan kak rose dah kata, mananya nak eat clean n healthy, siap gandingkan dengan minuman sunkist pure orange juice dan buah2 yang semuanya manisss... cumanya tak de nasik lah. eat clean n healthy jugak ke cam tu? sendiri mau ingat lah.
 

Sunday, March 7, 2021

Buat lagiii...

 sarapan sihat? sarapan sedap lah kalau buat kak rose ni

sarapan sihat dan simple tu adalah dari tuan asal resepi ni... tapi sampai kat kak rose dah jadi tak sihat lah gamaknya... yang penting sedap lah lah dan sangat mengenyangkan.
resepi asal nya cuma pisang dan telor jer untuk lempeng ni, tapi kak rose dah tambahkan tepung dan sedikit garam dalam tu.. so sesapa yang nak eat clean ataupun nak healthy bteakfast tu jangna lah ikut macam kak rose ya...
buah2 tu pun memang tak digalakkan lah untuk yang nak eat clean kan... sebabnya mangga tu tersangat lah manissssnya, so tak  elok untuk yang nak diet kan. untuk kak rose, buah apa yang ada dalam stok jer la... tak de nya nak diet2, sendiri mau ingat lah kan!
 

Saturday, March 6, 2021

Saya suka makan buah..

 Sapa suka sarapan dengan buah, kita boleh geng lah 😁😁

sebenarnya buah ni sampingan jer pun... yang mesti nya pagi2 mesti nak makan roti bakar dan nescafe o kosong tu... dah jadi macam addicted pulaknya. kalau tak dapat minum nescafe tu kepala jadi neng nong sepanjang hari lah dibuatnya. so disamping buah roti bakar tu mesti lah adakan...mana daya nak makan buah... dan selalunya kak rose sarapan selepas balik dari ber lenggang mak limah tu lah...
since biasanya memang seminggu sekali jer g buat marketing, so stok buah ni kena lah beli banyak2 dan macam2 jenisnya... suka makan campur2 cenggini...
jambu air tu beli kat pasar malam, sangat fresh, manissss dan juicy... sedap sangat lah pada kak rose yang memang suka buah ni. kadang tu tak sempat nak potong2, basuh2 terus ngap sebiji sebiji gitu... ishhhh!!! sambil menaip pun boleh menjejeh ailio!
 

actually semua tu reward untuk achievement ni... pepagi kak rose selalu jalan laju brisk walk kat taman kawasan rumah ni... target memang lah nak capai hingga 10 ribu step setiap hari, tapi kak rose buat berselang hari lah, hari2 biasa tu cuma berjalan antara 6k steps saja dan balik rumah kena lah top up tenaga kan... jom sarapan..

dan achievement terakhir untuk minggu ini... seminggu dua kali lah target nak capai hingga 10 ribu langkah tu... Alhamdulillah tercapai jugak lah kiranya kan. sepatutnya berselang hari, tapi sebab hari rabu dan khamis kak rose ada hal dan tak dapat buat, so isnin dan jumaat pun ok la kan..semuga terus istiqamah untuk keeping fit ni..


Friday, March 5, 2021

Bubur kacang durian

Bila ada durian macam2 resepi nak dicuba... tal lah tasa berdosa sangat nak makan durian tu cam tu jer kan. sebenarnya dah puas lah tu makan durian dan bakinya tu yang kak rose buat bubur kacang hijau ni.. dapat jugak lah tapau untuk kawan setaman ni... dapat lah sama2 merasa bubur kacang durian ni.. sedap sangat bubur ni apa lagi dapat pulak durian yang memang isi dia tebal dengan biji yang kemet je... tapi kena berhati2 lah untuk yang ada sejarah gula dalam darah tu tinggi ya... jom tengok resepi bubur kacang durian ni...
Bahan-Bahan

  • 2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan - belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
  • Isi durian secukupnya.
Cara-Cara
  1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
  3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan isi durian....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.


 

Thursday, March 4, 2021

Sayur cacamarba saya!

sesekali masak, semua sayur yang ada terus bagi masuk semua sekali lah.. kalau dibiarkan nanti agaknya minggu depan pulak lah nak masaknya, tu pun kalau tak tapau jer tiap kali nak makan... tapi masa membeli tu macam lah rajin sangat nak masak nya tu kan... selalu en asben memang pesan, biar ada stok, bila2 nak masak semua dah ada... tapinya... tukang makan seminggu sekali baru ada dirumah. camner tu. ni lah jadinya sayur semua taruh, gitu!
apa pun, sedap jer walau pun sangat lah cacamarba nya sayur kak rose ni.. meratah jer pun ok.