Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 3, 2019

Ikan jenahak bakar sedap.

 bila tukang makan teringin sangat nak makan ikan bakar, maka tukang masak pun kena tanya cik google untuk resepinya... maklumlah memang tak pernah buat pun ikan bakar ni... selalunya kalau nak sangat makan ikan bakar tu pergi je lah ke tempat makan yang ada bakar2 ni... tapi disebabkan ada pengalaman yang sangat tak seronok untuk dikenang, maka pilihan yang ada ialah buat sendiri jer ikan bakar tu... rupanya tak susah mana pun, apalagi dengan adanya pemanggang ajaib yang dah lama bertapa jadi tukun tu, boleh lah kita guna semula kan..

 bila seru cik google, memang banyak lah resepi yang keluar... dan kak rose pilih resepi dari blog masam manis ni... tak rugi mencuba resepi ni. memang sedap dan kak rose rekomenkan kalau sapa2 nak buat ikan bakar, guna lah resepi ni... cuamnya kak rose kurangkan cili dan guna pati ikan bilis instead of belacan tu... meh tengok resepinya..

Bahan-Bahan Untuk Pes Chili

10 tangkai cili merah - ita campur dengan cili api*
15 tangkai cili kering ~ di kisar*
5 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
5 batang serai ~ dikisar
2 inc belacan bakar - kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis
Gula melaka ~ secukup rasa
1 sudu besar ~ air asam jawa ( ita guna asam jawa yg takn ada biji )
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

**kak rose tak letak cili api tu dan kurangkan jugak cili kering tu sbb memang tak tahan pedas... tapi terpulanglah pada kepedasan memasing ya..

pes cili yang kak rose buat ni terus jer lumurkan pada ikan, perap sekejap dan terus bakar. kalau ikut resepi  asal memang kena tumiskan dulu pes tu macam cara2 kat bawah tu ya..


Ita satukan semua bahan yang di kisar dan kisar sekali terus je
Panaskan minyak  dan tumis bahan yang di kisar sampai harum dan garing
Bila dah garing masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Masak sampai garing

Ikan yang hendak di bakar di belah 2 keping nipis
Ambil sehelai daun pisang dan lipat dua, letakkan paste chilli (kak rose guna aluminium foil je)
Letakkan ikan
Tutup dengan pes cili semula atasnya
Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar
Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak
Angkat dan hidangkan dengan limau kasturi dan bende yang di celur.

kicap pencicah ikan bakar kak rose... bawang besar didadu, cili merah, kicap dan asam limau kasturi...

Wednesday, January 2, 2019

Aapam nasi

Salam rabu dan apam nasi entry masak2 pertama tahun 2019... 

 walaupun buat apam ni beberapa hari diakhir tahun lepas, tapi nak jugak buat entry ditahun baru... dua tahun resepi terpendam apam nasi ni... macam lama benar dah, tapi actually cuma tahun jer yang bertukar ganti... apa pun apam ni hanya tinggal sejarah, tinggal gambar jer ..hihi

 memula tu ade sedikit kerajinan, buat lah dalam acuan kecik2 comel cenggini... bila dah lepas dua loyang pengukus, terus jer gedebuk dalam satu loyang beso tu... kesabaran dah hilang melayang kelaut dalam...  resepi yang sama, acuan saja berbeza dan masa mengukus juga bertambah lama.. meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...

 
 Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Tuesday, January 1, 2019

Selamat datang 2019

Selamat datang 2019.

hari baru, tahun baru dan semuga semuanya baik2 saja..

Monday, December 31, 2018

31 December 2018


hari terakhir 2018, welcome 2019...

 sirap with kiub ice limau, entry terakhir untuk tahun 2018. semuga tahun depan vitamin m tidak akan menyinggah dan duduk atas batu jemala tuan tanah yang akan buat sangat tidak rajin untuk mengupdate dapo maya kesayangan ini. biarpun nyawa2 ikan, tapi sayang kalau terus dibairkan lenyap gitu jer kan...semuga tahun depan akan lebih banyak entry yang bukan merapu meraban jer!

good bye 2018 bersama kenangan pahit dan manisnya... yang pahit2 tu kita lupakan saja, ambil iktibar sebagai pengajaran dan pembelajaran sepanjang kehidupan... dan welcome 2019, harap tahun yang mendatang akan membawa seribu kebaikkan buat kita semua.. dan semuga 2019 akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Insya Allah. Aamiin.

Sunday, December 30, 2018

2nd khatam Quran kami...

Alhamdulillah, dengan izinya...

 Syukur ke hadrat Allah, dapatlah kami2 ni menghadiri majlis khatam Quran kami untuk kali yang kedua. sebenarnya kami diamanahkan untuk membaca satu juzuk setiap minggu, dan majlis ini adalah untuk meraikan sempena khatam untuk kali yang kedua buat kami dalam grup ini. pertama kali khatam kat sini, terima kasih Datin fadhilah yang sudi jadi host untuk kedua2 kali majlis khatam ini dirumah yang berlainan. Alhamdulillah... terima kasih jugak pada yang sponsor cenderahati dan jugak menu yang sedap2... satay, laksa johor, pulut kuning dan rendang, kek dan bermacam2 lagi...

terima kasih pada yang sponsor bunga telor jugak..


 kami2 yang sepatutnya seramai 60 orang untuk 2 grup bacaan mingguan... dengan tema hitam dan pepel, tapi dah jadi bermacam2 kaler pepel pulak kan...

 ketua muslimat bersama orang2 kuat qariah mesjid untuk majlis kami..

 cenderamata untuk majlis khatam kami..

 untuk tuan tanah, siap ada bunga telo lagi...  terima kasih semua.

happy terima cenderamata dari ketua muslimat dan host majlis hari itu.

60 cups kuih tepung pelita yang kak rose bawak untuk pot luck majlis khatam... Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan kuih tepung pelita pun laju jer habisnya.. Syukur Alhamdulillh sekali lagi.

Saturday, December 29, 2018

Butterscotch bread

tak payah beli dah..

 sejak dah pergi ulangkaji belajar buat roti tu, Alhamdulillah cik noxxa dah bertukar status dari tukun dan kini boleh lah tolong buat kerja menguli tu... dan since kami ni tak ramai, jadi kalau buat roti pun mana yang tukang makan suka jer... buat plain bun atau butterscoth loaf ni... selalu kalau beli roti gardenia jer yang butterscotch ni, kejap jer dah abes, so sekarang kena lah rajin2 buat sendiri kan...

 resepinya kak rose just guna basic bread punya dan masa last uli tu campak lah butterscotch chips ni banyak2 dalam tu, bentukkan dan terus masuk dalam loyang. kalau nak cepat proofing, kak rose masuk kan dalam kereta bawah porch tu... kan bahang macam dalam oven dalam tu, kejap jer dah naik membumbung... boleh lah terus bako dan dapat ngap panas2 bersama secawan nescafe o.

 
butterscotch chips yang kak rose guna.... lemak manis bila dah blend dalam roti tu. 😋😋

yang ni kak rose biar kosong jer... sapu butter dan jem strawberry masa makan tu. tapi sayang bila excited sangat dengan kejadiannya, dah siap terus ngap. uhwaaaa!!! terlupa terus nak snap gambar yang dah siap bako. apa pun semuanya dah jadi bahan kumbahan...😝😝

Friday, December 28, 2018

Allah ada, jangan takut!

may there is always light at the end of the tunnel for all of us....

untuk renungan bersama.... kak rose copy dari wall fb... memang benar sangat apa yang dikatakan ni...qada' dan qadar Allah itu pasti dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita...Aamiin.

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.


Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut.