Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 10, 2014

Udang 5 spices

 lauk sempoi malam semalam.... udang 5 spices yang sedap, kira tak rugi memasaknya sbb habis dimakan kami tiga beranak... resepi dari blog My Small Kitchen. mekasih ya kongsikan resepi ni...



Bahan-bahan ( 3-4 org )

300 gm udang
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 hiris halia
3 sb lada boh (kak rose kurangkan, x tahan pedas...)
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk kicap pekat
1 sk rempah '5 spices'
garam and gula secukup rasa
Tomato belah 6
1 labu bwg besar belah 6
daun bawang potong dlm 1 inci (x de la pulok!)

Cara-cara

Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.

*** kak rose goreng dulu udang tu dengan garam kunyit, so masukkan selepas semua sos dan sebati.

Wednesday, July 9, 2014

Buah melaka

kenapa ya namanya buah melaka? adekah memang asal kuih ni dari melaka? entah ler... tapi yang pastinya setiap kali bulan puasa kuih ni mesti jadi one of the must list.... kak rose la tu! kuih yang senang je buatnya dengan bahan yang minima.... dan yang penting dapat hidangkan untuk juadah berbuka kami sekeluarga... tapi yang ni kak rose guna resepi yang ade campuran tepung gandum dalam adunan... rasa lain sket, masih prefer yang guna sepenuhnya tepung pulut ataupun campuran keledek instead of tepung gandum. apa pun kalau kita tak cuba tak taukan camner rasanya bila guna resepi yang lain...


mekasih pada Qasey Honey, kak rose cnp resepinya ya..

Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)

Caranya
1.  Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba

 

WW: betul dak?


what say u kawan2....

Tuesday, July 8, 2014

Bubur jagung+sagu+durian

 manisan untuk berbuka petang semalam.... bubur jagung fresh dari tesco. beli dah beberapa hari tapi baru ni ade masa nak buatnya.... maklumlah macam2 menu yang sedap2 untuk dicuba, maka jagung ni terbiar lama dalam fridge.... nasib baik x expired jer! so petang semalam memulakan projek dengan jagung ni dan jadilah bubur jagung dan kebetulan ada banyak isi durian tyang kak rose bawal balik dari kg.... so tambahkan jer la dalam bubur ni.

 resepi sempoi dari blog Madiha, kak rose kongsikan kat sini ya....

Bubur Jagung Bersagu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
 300 gm isi jagung yang dihiris dari tongkol jagung (sukatan lebih kurang aje ni)
 (kak rose guna 2 tongkol)
 3 sudu besar sagu biji halus  
5 cawan air
2 cawan santan pekat  
2 - 3 keping gula nnisan atau secukupnya gula merah (bergantung manis yang dikehendaki ~ gula nnisan atau gula kerek tu.. tengok saiz juga ye.. yg MaDiHaA guna ni saiz kecik je..)
(kak rose guna gula putih jer!)  
secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpul
(kak rose tambah durian)

Cara menyediakan
 1. Masak gula nnisan/ gula merah dengan 
1 cawan air hingga larut kemudian tapiskan.
2. Dalam periuk lain, rebus isi jagung dengan 4 cawan air hingga separuh empuk.  Cuci biji sagu dalam tapisan kemudian masukkan ke dalam periuk berisi jagung. Masak sehingga biji sagu jadi separa jernih.
3. Akhir sekali masukkan santan, air gula yang ditapis tadi, daun pandan & garam.  Masak hingga mendidih sambil sentiasa di kacau.  Padamkan api bila nampak biji sagu jernih sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.

masak jugak nasi ayam butter dengan ayam goreng madu dan dayang2 pengiringnya....sup dan nasik tak dapat enter frame, daun salad pun tak de....cukuplah dengan apa yang ada sbb x de plan nak buat nask ayam ni. kalau nak resepi nasi ayam butter tu boleh tengok kat yang pernah kak rose tepek dulu kat sini, mungkin boleh bagi idea kawan2 untuk menu berbuka petang nanti.   sedap hingga menjilat jari!

Monday, July 7, 2014

Mee goreng basah

nama jer mee goreng basah, tapi bila kak rose buat jadi tak berapa nak basah pulak... ni menu berbuka kami anak beranak petang semalam....keletihan baru sampai dari kampung so masak jer yang mudah2 dan cepat disediakan.... goreng pun dah hampir waktu berbuka sbb takut nanti mee ni sejuk n kembang pulak kan...so dapatlah makan masa hangat2 lagi. beria membuatnya tapi makan seciput jer dah kenyang sbb banyak sangat minum air. walaupun dah banyak amik air tapi bibir masih kering dan pecah2... luar dan dalam lak tu. kawan2 ade petua tak camner nak elakkan selain dari minum banyak air ni... boleh la kongsikan dengan kak rose ni ya.

resepi mee goreng basah ni kak rose ccnp dari tulip77, mekasih ya walaupun kejadiannya tak berapa nak basah...

Bahan-bahan

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak tapi lebihkan udang)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Seripayaku famous for wrong reason!


gamabr pinjam cik google...kebun kelapa sawit

Asalamualaikum dan selamat pagi.... pagi kak rose x de nak kongsikan juadah berbuka kerana bila balik kampung memang la tak ade masa nak mengamik gambar bagaikan... pulak tu ramai adik beradik yang balik masa tu, masing2 dengan juadah mereka dan yang dimasak dikampung lagi.... meriah sungguh masa berbuka dikampung dengan keluarga tersayang.  tapi apa yang membuatkan Seripayaku ini menjadi gempar pada hari Jumaat lepas....

masa kak rose balik malam jumaat tu, sampai dikampung dalam waktu orang ramai baru keluar dari mesjid selepas solat terawikh, tapi yang peliknya ada pulak kereta polis ne no ne no....diantara banyak2 kereta tu... tapi masa tu x mengesyaki apa2 pun, mungkin polis buat rondaan semasa orang g terawih kot agaknya.... dan bila sampai disatu simpang jalan tu lagi lah ramai orang kampung berkumpul kat tepi jalan tu.... maklumlah jalan kampung kan sempit, so pelan2 mintak laluan dan rupanya disimpang itulah penemuan mayat rentung pada petangnya...Ya Allah Ya Rabbi, siapalah yang sanggup buat kerja macam tu dibulan puasa ni kan.... menurut cerita kawan2 mak kat kampung, agaknya kerja pembakaran dilakukan semasa orang ramai solat Jumaat tengahari tu dan masa orang kampung jumpa tempat tu masih berasap dan ade kesan tayar yang terbakar... dua hari kak rose kat kampung, ade jer polis sb yang berulang alik kat jalan tu, ada yang singgah kat rumah bertanyakan kereta yang lalu atau nampak mencurigakan.... tp kita kan x duduk kampung, so mmg tak dapat nak bantu lah. apa pun semuga kes ini dapat diselesaikan segera dan penjenayah dapat ditangkap dan diadili.... murahnya nilai nyawa sekarang ni kan, kemana hilangnya perikemanusiaan, sudah tidak ingatkah akan ada hari pembalasan buat penjenayah macam ni?

ni keratan akhbar yang kak rose copy dari myMetro...

Mayat rentung di kebun

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat : Penduduk Kampung Seri Paya Ayer Hitam disini, gempar apabila menemui mayat dalam keadaan rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sekitar kebun di kampung itu, lewat petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat yang belum dikenal pasti jantina dan identiti itu ditemui penduduk kampung yang baru pulang dari kebun.

Difahamkan mayat itu dibakar bersama tayar kerana terdapat kesan tayar yang hangus ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisoner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

  MAYAT yang belum dikenal pasti ditemuui rentung dekat kawasan kebun di Kampung Seri Ayer Hitam, Batu Pahat, petang tadi.

"Setakat ini kita masih menyiasat kes terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana bunuh," katanya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

oh!!!!! Seripayaku famous for wrong reason.....

Saturday, July 5, 2014

Ikan tenggiri masak lomak cili api

 bulan puasa ni asik masak jer kan....mmg tak rajin la nak pergi mengukur jalan kat bazaar ramadhan tu, walaupun kat shah alam ni serata tempat ade param, tapi mmg x de la nak g setakat ini. pengalaman membeli masa dulu banyak mengajar agar rajin masak sendiri.... nampak sedap tapi bila nak makan masa berbuka tu suma lauk dah basi! end up goreng telo jer lauk ari tu.  itu yang buat kena rajin masak masa bulan puasa ni, lagi pun tentu sekali kebersihan terjaga dan boleh adjust ikut tekak kita kan.... so semalam buat gulai ikan, kerabu tauge n daun selom, ikan masin dan untuk anak mesti ade ayam goreng. makan nasi dah dekat pukul 11 malam pun masih boleh bertambah2... pukulan gulai lomak + ikan masin gelama. sedap!

kak rose suka masak gulai lomak style nisemilan yang simple tapi kurangkan pedazzzz terangkat tu! rasa lain lak kalau gulai cam ni ade buh bawang segala.... memasing punya cita rasa la kan. meh kak rose kongsikan resepi gulai ni.... resepi asal dari sini. mekasih kongsi resepi ya.

Bahan2

  • 4 potong ikan Tenggiri
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 inci kunyit
  • 10-15 biji cili padi ( tambah or kurang ikut kepedasan memasing) (kak rose buh 5 biji jer!)
  • Santan secukupnya
  • 7-10 biji belimbing buluh (kak rose guna bendi)
  • Selai daun kunyit ( kalo xde stok kat umah xyah bubuh pun tak pe..)
  • 1 biji tomato - utk hiasan bg cantik...
  • Garam gula dan perasa secukup rasa
  1. Ikan basuh dan tos 
  2. Kunyit dan cili ditumbuh hingga lumat.
  3. Masukkan dalam santan yg telah di letak dalam periuk
  4. Serai tu titik je pastu masukkan dalam santan
  5. Hidupkan api dah start la masak...kena rajin kacau supaya santan tak pecah
  6. Agak2 santan dah panas masukkan ikan, daun kunyit, garam gula dan perasa secukupnya
  7. kacau perlahan sehingga ikan dah masak.
  8. Teruskan kacau santan/kuah untuk seketika w/pun api dah dimatikan.