Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 9, 2012

Puding roti karamel

puding roti yang sememeh..... sebenarnua buat puding dua hari lepas dah..... kadang2 tu x tau apa nak dimakan petang2 kan.... bila ada yg suggest buat puding roti, kak rose pun carila resepi dan terpandang resepi puding ni kat rumah Nor Secubit Garam.... tp dia punya mmg cantik sangat2.... tu yang membuat kak rose nak mencubanya... tapi tengok kejadian puding kak rose ni sangatlah kesian kan..... walaupun sememeh tp sangatlah sedap.... x puas lak makan! x pe t roti ada banyak nnti len kali boleh cuba lagi dan guna loyang yg kecik sket. Nor mekasih ya, dan semua yang telah memanjang resepi ni. kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya...

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

bak kata nor, texture nya sangat halus n mulus, x de botox2 ya!
harap diampunkanlah rupanya yg sememeh tu!

Sunday, April 8, 2012

Nasi ayam penyet

salam hari minggu semua.... ada terlebih rajin sket hari ni.... bangun pagi terus siapkan ayam untuk buat nasi ayam penyet ni.... sebenarnya dua hari lepas terpandang nasi sedap menggoda ni kat rumah Lemongrass tu dan pas tu klik la resepi dari Ijan Finland tu.... tekak yang jahat ni terus jer teringat2.... tp masih berfikir2 sbb x leh nak makan sambal penyet tu .... ada bilis kan, jadinya takut sangat dengan gegata yg x tau kita x suka dengan dia nih! tapi keinginan nak makan tu kan melebihi segalanya, buat jugak dengan harapan ubat dari specialist semalam tu akan dapat membantu!.... baru sudah makan nih, harap x la gatal lagi..... mekasih pada Ijan, juga LG kerana resepinya dan kak rose cnp dari Myr untuk tepek kat sini ya....

Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
pelakun tambahan.... tahuhu dan tempe goreng....(terlupa pada baki rempah ayam tu, so goreng dengan garam n kunyit je), timun dan tomato.

ayam goreng.... sebelum kepenyekkan....
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
hidangan lunch hari ni....
nasi ayam penyet yg sedap berposing bersama dengan segala pelakun tambahannya!
  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Saturday, April 7, 2012

Nyah kau gegata!

salam hari sabtu semua..... rasa malas betul dah sekarang ni nak mengemaskini rumah ni.... masak pun jarang2 jer dan buat yg simple2, senang disediakan dan cepat dapat ngap... dasar pemalas kan.... bila bersendirian dirumah dan kalau masak2 beria x orang nak makan pun jadi malas jugak la kan.... anyway dah dua hari asik g tapau jer lunch kami... semalam pagi sampai tengahari antar anak buat physiotherapy kat SDMC dan pas tu singgah dibank pulak buat transaction untuk mak n mil jugak....

gambar pinjam cik google punya....
kak rose pun ada banyak simpan gambar gegata ni buat kenangan bila nnti dah x de kuor lagi .....

pagi ni lepas hantar anak kat SDMC kak rose terus g ke klinik pakar kulit Ranjit ni.... entah salah makan ke apa, gegata timbul merata, merah menyala peha ke betis, nasib baik jugak x pernah kena bahagian atas badan!..... gatal n panas rasa usah cerita lah.... call klinik Ranjit tu, katanya boleh datang walk-in tp yg dah buat appoinment untuk pagi ni pun dah ada 30 patients, kalau sanggup tunggu datanglah.... so kak rose pun rasa dah x tahan sangat, tawakal je pegi n tunggu..... bila sampai kat klinik tu mmg terperanjat sangat dengan ramainya pesakit yg dah sedia ada dalam tu.... yg nak jumpa doktor juga yg nak amik ubat jer... mengalahkan pasar subang! at last dekat 2 jam jugaklah menunggu dapatlah jumpa Dr. Ranjit tu.... bagitau dia that I'm too allergic to apa2 seafood pun, tp dia kata x makan seafood pun hive tu timbul n gatal jugak kan?..... and his advice, to avoid foods yg ada artificial colouring.... take the ubat and to come to see him again in one month time! ni la ubatnya.....

one each untuk pagi n malam dan yg inox tu sehari sekali makan.... bila google ttg ubat ni ialah untuk antifungal.... harap2 legalah gatal tu.... x de la nak sapu bawang n garam lagi!

dan bali dari klinik tu orang TNB dah tunggu nak gantikan meter kat rumah ni... pg tadi sebelum keluar rumah dah inform that we wont be in until tengahari dan akan give them a call once kita dah balik... dengan cepatnya diaorang ni pun sampai and tukar kpd meter yg baru...

meter baru dengan bacaan 000000... boleh x kalau jangan bagi figure tu bertukar? x yah bayar bill api kan?

Thursday, April 5, 2012

Apam keledek

pada peminat apam... meh join kak rose minum petang ni dengan apam keledek ni.... sekali buat pasti nak lagi kalau terasa sedapnya kan.... macam apam yg lain2 jugak, apam beras, apam gula melaka suma mmg pebret kak rose ler... lagi kalau dapat cicah kelapa parut fresh + garam mmg lah sangat heaven kan.... makan sampai x hengat donia! masih guna resepi yg sama macam kak rose buat dulu kat sini ... tapi kali ni kak rose guna tepung gandum sepenuhnya sbb dah kehabisan tepung beras..... dan blend keledek n santan tu, barulah nak sediakan tepung.... tengok2 tepung jagung sampai 3 packet tp tepung beras ilek, pucek, x dak! ada 1/2 cawan jer... so tawakal je guna tepung gandum dengan harapan menjadilah hendaknya.... dan Alhamdullilah, apam tu turn out nice n lembut sangat! mekasih Yatie n Izah yg perkenalkan apam keledek sedap ni.... meh tengok resepinya....

no added color.... nampak cam pucat jer kan? tp sangat lembut!

Bahan-bahan.


3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

2 cwn tepung beras (kak rose guna tepung gandum sepenuhnya...)
1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna oren* optional (kak rose x letak, tp cam pucat jer )

Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Wednesday, April 4, 2012

Mencik taw!!!!

roti arab yg kembung cam bisul jer... makan dengan kari ayam

kesian la kat kak rose ni.... dua kali buat adunan roti arab ni tp x nak kembang..... semalam buat langsung x nak kembang, sudahnya cik ts je yang dapat.... dan untuk nak puaskan hati hari ni mencuba sekali lagi.... masa dah perap sejam tu punyalah kembang setaman... bila uli balik, canai dan goreng.... tengoklah apa sudah jadi..... instead of roti arab sudah jadi serupa capati je! walaupun sangat lah lembut n gebu tp x gelembong macam yg sepatutnya! manyak mencik taw!!!!! dulu pernah buat elok je kembangnya.... x tau kat mana silapnya! dah ikut resepi sofinar tu betul2.... agaknya nak kena try kali ke 3 baru jadi kot! rajinkah?

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging
yg ini versi bakar dalam oben.... dah goreng x nak kembang kak rose pun cubalah bakar, gelembung jugak tp x macam yg sepatutnya jugak.... macam terpaksa jer!

Tuesday, April 3, 2012

Bye bye cendol mamak!

slam tengahari semua.... cuaca panas yg membakar membuat tekak asik nak minum yg sejuk2 jer.... kalau dulu nak minum cendol ni pasti nak kena g jumpa mamak baru dapat merasa sejukkan tekak.... terutama yg kat subang jaya SS15 tu, berbaris punyalah panjang untuk nak dapatkan cendol ni, pas tu duduk bawah pokok, berderet2 atas batu tepi jalan tu sambil menikmati cendol... sangatlah heaven. kini boleh lah bye2 je kat mamak tu... buat sendiri lagi puas ati..... boleh makan berulang2 pagi sampai petang!

ni la kalau buat sendiri.... sirap gula pun suka suki nak taruk, merah/putih... with or without santan... teringat MIL yg sangat suka minum cendol dengan sirap gula putih tanpa santan ni... sedap gak! resepinya, mekasihya pada ena-zarina yg sharekan resepi cendol sedap nih! banyak kali dah buat cendol ni kat sini, tp x pa, kak rose tepekkan resepinya sekali lagi....

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

Monday, April 2, 2012

Pulut panggang

tu dia.... nampak pulut panggang kat dapur SinaranMenu pagi tadi kak rose pun terus menggodek lah jugak.... tp kak rose punya ni versi malas punya sbb guna serunding udang kering yg dah sedia ada yg kak rose buat ari tu dan pulut pun kukus guna santan serbuk jer.... semua nak senang kan.... asalkan dapat makan..

meh jemput minum petang dengan pulut panggang versi bakar atas non stick pan.... kalau nak resepi boleh g tengok kat SinaranMenu ya.... mekasih ya Ros sbb dah dapat menggoda sampai kak rose pun terliur sama....