Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 5, 2010

Sardine roll

Salam suma.... dah minum petang ke.... jemput minum dengan sardin roll ni.... panas2 lagi, baru keluar oben.... actually beli sadin ni masa x de keta ari tu.... payah nak g paso, jadi bli sadin buat stok... manalah tau kehabisan lauk dan keta pulak x de kan ke naya tak de apa nak masak.... tapi x masak pun sadin tu.... jadi ari ni kak rose buat sadin roll ni.... resepi amik dari MyResipi oleh noorsha.... dan juga dari rumah hana tu.... kak rose kopi resepinyer ya.... dan tima kasih bebanyak pada anda berdua kerana kongsi resepi ni....


Bahan-bahan
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • hana tambah gula - 2 sudu kecil
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin- hana gune tuna
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (bleh tambah kalau nak pedas)- hana gune cili kisar
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Untuk Pastri
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

tapi kak rose nyer x cantik macam dia orang yang propesnel tu.... tengoklah tu... ada panjang pendek gumuk kurus suma ada...

inti sadin ada banyak berlebih.... jadi kak rose buatlah karipap ni dan frozenkan... nanti bila2 tinggal nak goreng je....

Thursday, March 4, 2010

Serunding udang kering

salam suma.... dah dinner ke? ni dinner kami anak beranak malam ni.... cuti masak separuh hari je.... g jenjalan kat rumah CMG nampak lak serunding udang kering ni..... kebetulan bahan semua dah ada.... keoffice jugalah sudahnya.... berasap lagi lah office kak rose dengan resepi serunding ni.... terimakasih cik mat kerana resepinyer.... kak rose minta izin nak tepek kat sini ya..... mari kita tengok resepinya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan* (kak rose lebihkan udang kering (4 sudu besar) tapi kurangkan kelapa parut tu)
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
  2. Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....

dah ada serunding.... masaklah pulut..... guna santan serbuk je sebab malas nak perah santan

pulut serunding.... nyam nyam..... sedap.

Busu's nasi goreng

mama cuti masak ari ni..... anak mama ke dapur masak sendiri.... balik dari belajar memandu tetiba nak masak sendiri lak.... apa mimpi ntah.... cari resepi sendiri.... suma buat sendiri.... kopi resepi dari mesra.net.... nasi goreng kampung simple... no vege nothing.... memang dari dulu busu x suka makan sayur.... mama kata bawang putih sebiji je... dia nak taruk sebuku.... aduhai anak ku.... cari garam pun x jumpa..... sudahnya satu dapur kecah.... (silalah abaikan dapur mama yang dah berterabur tu...)

nasi goreng simple masakan busu yang menyepahkan satu dapur mama....

sedang menikmati nasi goreng masakan sendiri.... masak untuk sorang je???. sedapke? lain kali boleh mama cuti selalu....

Brand New Car?

Selamat pagi suma..... tajuk kat atas tu saja buat gempak je.... nak hiburkan hatila kan. sebab poket dah koyak dek keta ni.... huhuhu..... apa pun kena juga buat kalau x larat nak nengok dia dengan keadaan yang serebeh tu.... kesian kan... kisah sedih tu ada kat sini

dan inilah hasilnya setelah 10 hari di workshop and a whopping RM1860 (tu pun setelah tokeh tu bagi sikit diskaun...) serebeh dah ilang dan nampak macam baru... he he memang baru.... tapi cuma lampu, bumper dan cat je.... entah bila la nak dapat yang baru betul2.... insyaallah kalau ada rezeki kan bang....

brand new car? kulit je..... he he he

Wednesday, March 3, 2010

Mee sup darurat

Selamat tengahari semua..... tentunya dah lunchkan.... ari ni kak rose masak mee sup darurat resepi Cik Mat Gebu tu.... kalau CMG punya darurat kak rose nyer lebih lagi lah.... masak pun apa yang ade je..... bebola daging tu kak rose gantikan dengan sotong ball dan daging potong2 terus masuk dalam sup je.... tahu pun x de.... ni barulah darurat kan Cik Mat.... yang penting sempoi dan sedap. kalau sesapa nak try boleh tengok resepinyer kat blog CMG tu ya.....

darurat ke? x pe kan asal kenyang.... Alhamdullilah.

Tuesday, March 2, 2010

Puff Ikan bilis

Salam semua..... uwaaaa.... hari geseng sedunia..... tadi buat ayam goreng dah geseng dan kali ni buat puff juga geseng... entah apalah yang kak rose pk kan.... set oven 190 dan 30 minit.... ngadap komputer dan main game..... tinggggg!.... kak rose pun pergilah tengok.... mak ai itam nyer puff ku itu.... tapi sedap gak... garing gitu rangup krak krak.... (kes nak sedapkan ati sendiri bila nengok puff yang geseng tu) bila tengok balik resepi di rumah CMG bakar pada suhu 190 dan 20 mts je... tu la memandai je dan akhirnya.....

akceli beli kulit puff ni dah lama.... asik tak terbuat je.... beli sadin dah beberapa kali tapi puff tak juga jadi2.... keluar masuk fridge kulit ni..... ari ni bila sadin x de teringin lak nak buat.... isi inti dengan sambal ikan bilis je

lihatlah puff ku yang itam itu..... black is beautiful???? dont u think so?

Ayam goreng madu

ayam goreng madu kak rose yang geseng.... kesian kan.... nak cepat nyer pasal goreng dengan api yang besar..... inilah jadinya kalau x sabo.... perot dah lapo nak cepat je.... tapi walaupun geseng tetap sedap.... adik yang datang lunch kat rumah kak rose pun kata sedap.... tq hana kerana resepinya.... lain kali leh wat lagi.... dan kak rose nak tepek resepinyer kat sini ya....minta izin ya.... muga nanti hana dapat cipta resepi yang sedap2 lagi.... boleh kak rose ngendeng lagi....

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan.
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional (kak rose x letak. lupo dah!!!)
Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.(cian kak rose nyer dah itammmmm geseng)
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!