Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 13, 2021

Bubur nasi

malas masak nasik, meh buat bubur nasi pulak... buh air banyak2 tunggu hingga nasi jadi bubur. siap lah dah ya... cumanya kena lah rajin sikit sediakan segala mak nenek dayang2nya tu...baru lah dapat menikmati bubur yang sangat sedap ni...

Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

Friday, February 12, 2021

Bekalan untuk isolation time..

Happy chinese new year buat semua malaysian... pastinya sambutan kali ini sama seperti masa kita semua sambut hari raya dan deepavali tahun lepas kan... covid 19 yang tak berhujung ni buat kita semua menjalani kehidupan dengan norma baharu.. sebenarnya dah letih dengan keadaan ini, tapi apa kan daya kita... untuk keselamatan diri dan keluarga kena lah ikut sop yang ditentukan oleh pihak berkuasa kan... begitu lah bila en asben pun kena join isolation team dan tinggal dihotel. pergi dan balik kerja dari sana maka segala tid bit dan bekalan pun kena ada lah kan... makan dan minum akan dihantar ke bilik... memang betul2 kena isolate kan diri dari berjumpa orang ramai dan kini dah sebulan dah kami duduk berasingan...walaupun dekat jer tapi tak boleh balik rumah sendiri... ya, dekat tapi berjauhan lah kita.  entah bila la nak sudahnya covid ni kan..
harap2nya cepat lah berlalu pendemic ini dan kita semua boleh bebas menjalani kehidupan seperti sebelum ini... dan kerana pendemic ini jugalah mengajar kita untuk berinteraksi dengan google meet dan juga zoom meeting... segala kuliah yang diadakan dimesjid kini semuanya cuma boleh di ikuti dengan gm dan zoom meeting apps..  dan kak rose yang buta it ni kena lah jugak belajar untuk bersama2 dengan kawan2 di kuliah yang terhenti dek covid. nasib baik zaman serba canggih, boleh jugak bersama2 kawan mengikuti kuliah walau cuma dialam maya..semuanya kerana covid!
 

Thursday, February 11, 2021

Tempe goreng berempah

sapa suka tempe goreng kita boleh geng lah! kak rose memang suka sangat makan tempe goreng cam ni, apa lagi kalau ada sambal kicap jawa ni... sepiring macam ni boleh sorang jer makan. typical jawa johor sungguh kan. sambal kicap ni memang sentiasa ada dalam stok, senang kalau nak makan gorengan apa pun mesti nak jugak cicah dengan sambal kicap ni. jom tengok resepi tempe goreng berempah pulak...

Bahan-bahan

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas... so ikut lah kepedasan memasing ya)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td..


 

Wednesday, February 10, 2021

Ikan cencaru sumbat sambal kelapa

ikan jeket sumbat sambal kelapa yang kak rose buat masa hujung minggu...masa tukang makan ada kat rumah lah baru boleh nak masak masak kan... makan ramai2 baru lah enjoy kan walaupun hanya dengan ikan cencaru, lauk rakyat marhaen ni kan... apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagikan untuk kami anak beranak... Aamiin.

Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Bagan-bahan
2 ekor ikan cencaru / ikan jeket -dibelah belakang, dicuci bersih.
Gaul sama garam & kunyit, ketepikan dahulu)
Bahan sumbat
1/2 biji kelapa parut
1 cawan cili kisar - nak pedas lebih kan cili
4 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan
Bahan yg betanda * blend kering - sy tumbuk je
Dalam satu bekas masukan bahan yg di tumbuk tadi campurkan dgn kelapa parut, cili kisar, garam, gula gaul hingga sebati
Kemudian sumbat sambal kelapa pada badan ikan yg di belah dan sumbat juga kat bahagian yg sebelah kepala/perut padat2
Panaskan minyak dlm kuali.. goreng ikan.. hati2 masa tebalikkan ikan jangan sampai sambalnye tekeluar...

* Kalau ada lebihan sambal kelapa bolehlah di goreng dgn minyak yg sedikat...grg garing2 tau sdp cicah sama ikan....
 

Tuesday, February 9, 2021

Healthy and simple breakfast

hambikkk ko.... tajuk omputeh! ok lah itu lah sarapan sihat dan mudah disediakan. tertengok tayangan amal kat ig kawan2 yang ber diet diet ni... macam2 idea sarapan dan makanan sihat. cumanya rajin tak rajin lah nak ikutnya kan. tepuk dada tanya selera sendiri lah.  yang ni lempeng pisang 2 bahan katanya, tapi kak rose dah derhakan resepinya lah pulak... so masih ada kah title healthy tu?
resepi asal dari tuanya cuma pisang masak ranum dan telo jer untuk lempeng healthy ni... tapi kak rose pulak dah tambahkan sedikit tepung dalam tu... no sugar nor garam added ya. kak rose guna pisang berangan yang dah over ripe, manis yak amat kejadiannya! dan dadarlah kecik2 dalam koli. nampak comel jer kan tapinya.... kena lah banyak bersabar masa melempeng tu ya!
dah siap hidang lah dengan buah2 kegemaran... kak rose cuma hidang dengan buah yang ada stok kat rumah jer la.. syukur Alhamdulillah stok buah tak pernah kehabisan, walaupun cuma buah yang simple2 jer tapi tetap sedap dan pebret kak rose lah
 

Monday, February 8, 2021

Daging masak lemak cili api

pebret sangat lauk cenggini tapi dengan syarat nya tak pedas sangat lah baru lah boleh menimatinya dengan aman... bila tukang makan ada balik hujung minggu, maka tukang masak pun tetiba jadi rajin lah... dan dapat jugak makan nasik yang dah seminggu ditinggalkan... huhu. pas tu makan bagai tak hengat dengan harapan esoknya rajin lah nak berbrisk walk tu 😜
Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit (tak bubuh lak!!!)
sedikit garam
½ cawan air
sekeping asam

Cara-Cara
  1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)
2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi dan juga asam keping. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.
4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.
Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

dan ikan masin mesti ada kalau kak rose masak lemak cili api cenggini. ngam sangat rasanya. ada ker kawan2 yang macam kak rose ni, asal ada masak lemak cili api mesti ada ikan masin? kalau ya memang kita boleh geng lah!
 

Sunday, February 7, 2021

Ubi rebus, sedapnyaaa

dapat makan ubi rebus dengan ikan masin pun sangat lah heavennya... sedapppp sangat!
baki ubi yang belum masak ni simpan frozenkan... esok2 boleh makan ubi lagi.