Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi buat keluarga kecil kami... actually ni menu hari jumaat lepas tapi nak jugak tepek kat sini...hari2 lain memang kak rose jarang sangat masak nasi... cuma buat sedikit kuih2 untuk kami minum petang aka untuk dinner sekali... malam memang en asben jarang nak makan nasi sebab dah lunch kat office, so malam makan yang ringan2 jer... cukuplah untuk alas perut hingga pagi esok kan.. dan buah2 pun sentiasa ada dalam stok... apa2 buah pun tak kisah....
sayur cendawan goreng sos tiram bersama udang dengan apa yang ada dalam fridge jer... no green vege, so tabur jer dengan daun sup... kita yang buat dia kan...Alhamdulillah, sedap.
daging fresh goreng kunyit yang lembut, cukuplah untuk kami berdua makan tengahari tu.
Lanai Kijang
Friday, October 7, 2016
Salam Jumaat....
Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, Jumaat pertama ditahun baru Hijrah 1438, semuga hari2 yang mendatang akan membuatkan kita kita lebih baik dari sebelum2nya, Insya Allah. dan dihari jumaat yang mulia ini kak rose nak kongsikan tazkirah ringkas dari Almarhum tuan Guru Dr. Harun Din yang kak rose dapat dari post kawan2 di fb... elok buat renungan kita bersama terutama diri sendiri yang serba kekurangan ni...
TAZKIRAH RINGKAS DR HARUN DIN
Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.
Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama :
Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua :
Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.
Ketiga :
Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.
Keempat :
Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezeki dari jalan yang tak disangka.
Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun KERANA ENGKAU TIDAK AKAN TAHU AMALAN MANA yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
semuga bermenafaat buat semua yang membacanya, Insya Allah.

Thursday, October 6, 2016
Bila teringin bubur nasi....
tu la... bila teringin nak makan, buat jugak la walaupun tak leh nak makan kacang dan ikan bilis tu... en asben memang tak nak kacang, tapi ikan bilis nak banyak2 pulak... yang kak rose semua nak makan tapi tersangat allergic to those two... jadi kena redho makan bubur tanpanya... dan punya la nasib tak baik, bawang goreng dalam tupperware jatuh berterabur dilantai masa nak serve tu... sudahnya togel jugak la bubur kak rose ni...
bubur nasi yang selalu kak rose buat... dan sangat sedap ditekak kami berdua..
Bahan-bahan
bubur nasi yang selalu kak rose buat... dan sangat sedap ditekak kami berdua..
Bahan-bahan
- 1 cwn beras
- 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
- 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
- 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
- sedikit garam
- 1 liter air
- * GARNISH *
- lada merah
- daun bawang n daun sup
- sedikit mninyak bijan
- isi ayam yang dah disiat2
Cara-cara
- Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
- Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
- Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
- Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
Wednesday, October 5, 2016
Tuesday, October 4, 2016
Cucur cendawan
Asalamualaikum dan salam selasa buat kawan2 semua.... cuti weekend yang panjang buat kaki pun panjang jugak langkahnya... tapi semuanya tak plan punya jalan, dapatlah jugak jumpa anak yang nak belajar duduk sendiri di KL, blikan serba sedikit barang keperluan untuk rumah kami yang sekangkang kera tu... beli yang basic jer pun dah berlubang poket mama dan ayahnya ni... huhu dan petang semalam balik dah semula.... memang penat bila berjalan jauh ni, apa lagi kalau kena ngadap jem sbb ade accident kan... berjanggut di highway tu rasanya. anak punya pasal, mama dan ayah sanggup jer kan!
cucur cendawan ni kak rose buat sebelum g ke kl tu, beli cendawan tapi tak rajin nak masak pulak... daripada terbiar jer moh le jadikan something untuk minum petang kan.... resepi, tanya cik google jer... dan jumpa resepi cucur cendawan ni kat blog AlongRoz, mekasih ya, kak rose mohon izin nak kongsikan kat sini...
CARA2:

BAHAN2:
2 cawan Tepung Gandum
Cendawan Tiram - koyak2an
1 bj Cili Merah*
1 bj Bwg Besar (*hiris)
1/2 st Serbuk Kunyit
6 ekor udang besar ( cincang kasar)- kak rose tambah
Sedikit daun sup
Garam
Air secukupnya
CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan dgn air secukup nya - agak2 supaya tidak terlalu pekat/cair.
2. Panaskan minyak yg banyak & sudukan adunan kedlm minyak.
2. Panaskan minyak yg banyak & sudukan adunan kedlm minyak.
Goreng & balik2kan selalu sehingga masak.
Angkat & toskan di atas kertas tisu, di dalam mangkuk.
3. Hidangkan dgn sos cili.
Sunday, October 2, 2016
Getuk pisang
kisah tipah tetipu, tetipu tipah!... dan itulah sebabnya jadi getuk pisang ni... masa balik kampung dua minggu lepas kak rose beli la pisang tanduk ni... oleh kerana tak ade yang masak, beli jer la yang masih hijau ni dan kata tuan kedai tu dekat nak masak dah tu.... dua hari cam tu masak lah dia, so kak rose ni pun percaya jer... tunggu punya tunggu tak jugak masak, masih tetap hijau dan keras cam tu... sampai bila la nak tunggu kan.... tanya cik google apa yang boleh dibuat dengan pisang mentah tu selain dari buat kerepek.... sekali keluar banyak sangat resepi pisang getuk dari blog mostly from indonesia... so meh la kita cuba.... not bad!
keras kenyal jadinya bila dah direbus dan tumbuk, campurkan dengan kelapa parut dan sedikit gula... wallaaaa... sedap... agaknya kalau pisang ni dah masak pastinya lagi sedap dan manis ori gitu! kalau ada yang nak cuba, meh kak rose tepek resepinya yang kak rose copy dari blog jasmin's kitchen.
bahan :
6 buah pisang raja nangka~pilih pisang tua yang masih keras
200 gr gula halus
sedikit garam
kelapa parut ~ambil putihnya saja
cara membuat :
rebus pisang beserta kulitnya hingga empuk. kak rose buang dulu kulitnya
setelah masak, angkat dan toskan
selagi panas, haluskan. campurkan gula dan garam.
tumbuk hingga halus benar.
padatkan di loyang. potong2 setelah dingin.
hidangkan dengan kelapa parut.
kak rose buat bentuk lap u lap me dan makan dengan kelapa muda yang dicampur sedikit garam.
ni la dia pisangnya yang katanya akan masak dalam masa dua hari tu... tapi sampai dua minggu masih hijau cenggini! tuan kedai berbohong atau kak rose yang tertipu? huhu..
dan ada jugak yang kak rose goreng cam ni... ni pun cik google yang suggest, rebus dulu baru goreng.... korehhhh! tak menepati citarasa, kalau lepas rebus tu terus jer ngap agaknya akan lebih sedap kot!

Saturday, October 1, 2016
Cucur badak tembam
Cucur badak tembam yang gumuks2 kejadiannya... senang keja tukang dapo bila buat kerja cepat siap... baut beso2, sekejap jer dah boleh goreng dan dapatlah menukmatinya dengan segera... kalau dah memang orang tak rajin cam tu la kan... semuanya nak cepat dan mudah jer... buat cucur badak ni pun sebab inti nya dah ready... lebihan serunding kelapa daging yang digandingkan dengan pulut kukus semalam tu.. isi inti banyak2 dan jadilah cucur badak setembam badak ni!
kak rose kongsikan resepi kulit badak jer la ya....
Bahan-bahan:-
kak rose kongsikan resepi kulit badak jer la ya....
Bahan-bahan:-
- 500 gm ubi keledek
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kanji
- Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata. - Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
- Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
- selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)