Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 5, 2016

Lomak cili api danging+kentang

 masak lomak nisemilan style yang sangat kak rose suka... lemak kaw kaw punya, dan sebab tu la tak boleh makan selalu... tapi gulai lomak cam ni memang pebret sangat, lagi kalau digandingkan dengan ikan masin. bertambah2 nasik dibuatnya... masa menaip ni pun boleh buat kecur air liur taw. jom tengok bahan2nya...

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang (kak rose guna daging yg biasa jer)

2 batang serai
20 biji cili padi (kak rose bubuh sikit jer... ikut le kepedasan memasing ya!)
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air



Cara-Cara
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus. (kak rose tumbuk je, lagi sedap tau)

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk masukkan santan
cair dan air tadi. Kemudian maskukan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, masukkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.
 
bird's eye chili yang kak rose guna, fresh from my sekangkang kera garden... cili ni memang kecik2 sangat tapi pedas berapi, jadi memang bertambah jimat sbb guna sikit je.

Monday, January 4, 2016

Cucur jagung rangup

 ada baki jagung manis setengah tin, so sebelum ianya tamat riwayat meh la buat sesuatu yang sedap untuk hidangan petang2.... cari2 resepi jumpa kat blog CMG, tapi dia guna jagung biasa... yang kak rose ni punya ialah sweet cream corn... tapi apa kisah, kita derhakakan resepi ni dan jadilah cucur jagung rangup kak rose dengan swwt cream corn tu.... cumanya kak rose tak de daun kucai tu... meh kak rose kongsikan resepi nya..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin kecil jagung dalam tin (Ayam brand)
1 biji bawang besar, didadu
15 tangkai kucai, potong pendek (kak rose x dek ni)
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air 
1/4 cawan air panas mendidih
3/4 camc teh garam atau secukup rasa
1/2 camca teh cuka makan JALEN
Sos pilihan anda untuk mencicih


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan jagung dan masukkan ke dalam bekas bersama bahan2 lain kecuali air panas dan sos. Gaul hingga rata. Kemudian tuang air panas mendidih dan kacau pantas hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Sudukan satu camca besar bancuhan cucur jagung ke dalam minyak panas, pastikan anda jatuhkan adunan di tepi kuali, maksudnya dibahagian tepi kuali yang ada minyak. Buat beberapa biji cucur jagung dan biar masak. Balik2kan untuk mendapat masak sekata. Goreng hingga kuning keemasan. 
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Taruk atas tissue dapur bersih agar minyak tersedap. Buat kaedah sama untuk baki adunan cucur jagung hingga siap. Hidangkan bersama sos pilihan anda. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi...
home made cili sos untuk mencicah cucur jagung rangup ni...  x dan nak amik gambo masa dah terhidang dengan sos pencicah tu... makan hangat2 memang rangup, kriuk kriuk especially yang tepi2 tu... best!

Sunday, January 3, 2016

Abok abok pebret

 kuih dolu dolu yang menjadi pebret sepanjang masa... oarng lama memang suka dengan kuih2 lama ni kan... terutamanya orang kampung macam kak rose ni... suka sangat dengan kuih sagu cam ni.... tapi kalau kenduri kat kampung sekarang ni pun jarang ada kuih lama2 cam ni, kebanyakkannya kuih yang moden2 jer.  kak rose ni asal aje ada daun pisang, mesti teringat nak buat kuih ni... kuih yang mudah dibuat dengan bahan yang sangat minima tapi tetap sedap ditekak kak rose... cumanya nak membungkus tu tetap fail dari dulu sampai sekarang!

 resepi dari cikgunita, mekasih ya... dah berkali2 buat tapi tetap jugak guna resepi ni....

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap. 
** kak rose gaulkan sedikit gula dalam adunan sagu tu.

Saturday, January 2, 2016

Pengganti S111 nya.

 welcome to our household Samsung Galaxy S6 edge!

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2... semuga dalam lindungan Allah jua di awal tahun baru ini dan juga dihari2 yang mendatang... nak tepek jugak kisah g KL hari tu semasa bagikan hadiah untuk birthday anak... si ayah pun tak mo kalah, nak jugak gadget yang baru... menggantikan S3 yang guna sebelum ni.  kali ni pilihannya Samsung Galaxy S6 edge... first guna S11, then S111 dan kini yg ni pulak. tak tau lah depa ni... obsess sangat dengan gadget2 ni... parok nak turutkan...tapi ni kiranya untuk reward diri sendiri on his birthday la...

 bergader2 gadget untuk anak dan ayah... mama jugak yang masih stick to the old one...

 boxes pun nak enter frame kat sini....

 berapa lama boleh bertahan dengan yang ni pun tak tau la.... mata dan hati tu tak boleh tahan tengok kalau ada latest keluaran... nak je nak merembat... to me it is so costly nak turutkan hati kan... tapi duit tukang bayo, biorkan dia asalkan jangan berhutang2... pantang datok nenek aku, bak kata Nyonya Mansor dalam filem ibu mertuaku!

harap2 lepas ni laaaaaama lagi kalau nak terberkenan dengan gadgets yang baru2 pulak!

Friday, January 1, 2016

Pulut tai tai

 Asalamualaikum dan selamat tahun baru 2016.... how time flies... setahun dah kak rose berpindah ke Penang ni... rasa baru jer sampai sini dan barang2 pun masih banyak yang dalam kotak tak berbuka dengan harapan akan segera dapat bertukar kembali ke Shah Alam, Insya Allah. apa pun kehidupan disini kena juga teruskan walau apapun cabarannya.... semuga tahun baru  yang mendatang akan menmberikan kehidupan yang lebih baik dari yang sebelum2 nya... pastinya itulah harapan kita semua kan.

 entry tahun baru ni kak rose sajikan dengan pulut tai tai yang kak rose buat tiga hari sebelum sambutan tahun baru.... pulut tai tai ni sepatutnya dinikmati dengan kaya, tapi kak rose tak de kaya tu, so kak rose gantikan makan dengan inti kelapa manis jer... kita yang buat dia kan, pepandailah nak merekanya... asalkan kena dengan selera kita kan..

Ingredients:

600g glutinous rice – wash and soak overnight (kak rose rendam -+3jam cam tu jer...)
350 ml coconut milk
150ml warm water
4 pandan leaves
1 tsp salt
2 tbsp sugar
12 - 15 blue pea flowers – soak in some warm water,crush it to extract the blue coloring.
(kak rose guna perwarna je!)
 

1. Wash the rice and divide it into two equal portions. Soak one part in water and another part in the blue pea flowers juice. Leave them overnight. Soaking the rice overnight will help in steaming process. (kak rose buat 1/3 bahagian jer untuk yang biru tu)
2. Drain both the rice; put them side by side on into a steaming tray. Warm the coconut milk, sugar and salt into the microwave for 30 seconds. Stir and mix well.
3. Drizzle in about half of the coconut milk into the rice. Arrange the pandan leaves on top of the rice and steam the rice over rapid boiling water for 10 minutes.
4. Remove the steaming tray, put the pandan leave aside, fluff up and mix both rice together and drizzle the balance of the coconut milk, put the pandan leaves back on top of the rice again and continue to steam for another 15 minutes or until the rice is done.
5. Remove the steaming tray; discard the pandan leaves, even out the rice with a spoon, and using a banana leaf or aluminum foil press down the rice until well compact.
6. If possible put something heavy (I used can food) to weigh down the rice. Leave it to cool.
7. Slice the rice cakes and serve it with coconut jam. 

Welcome 2016

 Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016


Semuga tahun 2016 akan lebih baik dari yang sebelumnya... tinggalkan segala kenangan yang pahit dan jadikan ianya sebagai pengajaran dan kenangan yang manis2 kita bawa bersama untuk memberikan semangat buat kita mengharungi tahun yang mendatang dengan seribu harapan yang baik2, Insya Allah.

Selamat tahun baru 2016 buat semua.

Happy new year

Happy new year to me... kengkawan semua pasti dapat ucapan ni kan...