Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 6, 2015

Bila kemaruk nak makan...

 Lama sungguh rasanya tak dapat makan kuih berbungkus cam ni.... kuih sagu kegemaran ni pun dah lama tak buat... tu yang rasanya kemaruk sangat nak makan. mengalahkan orang mengidam lagaknya! ade sekali tu paln dah baik punya nak buat, tapi sayang daun pisang yang kak rose beli dipasar cuma boleh guna sekeping yang belah luar gulung jer... yang dalam tu semua daun dah nak kering... sampai hati orang berjual cam tu kan... terus hilang mood nak buat kuih sagu ni!

 kali ni dengan rajinnya buat kuih abok2 ni.... puas dapat makan walaupun malas nak cincang gula melaka, guna jer brown sugar... tu yang nampak pucat jer kuih sagu kak rose... tak kisah la pucat pun asal dapat makan kan sampai puas!... resepinya dari Myr oleh cikgunita

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang.

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
daun pisang cantik yang kak rose bawak balik dari kampung... ada banyak lagi ni.... kalau rajin nanti boleh lah bua kuih berbungkus daun pisang yang lain pulak.... tapi ade ke kerajinan tu? tunggu dan lihat jer la kan..

Monday, October 5, 2015

Serunding daging

 Salam isnin yang berjerebu.... walaupun pagi tadi hujan punyalah lebat, tapi jerebu degil ni seakan tak nak berarak ketempat lain.... dan keadaan pagi ni masih dalam ketegori unhealthy level...so rutin pepagi kak rose pun memang terganggu sejak minggu lepas lagi.... keadaan tak mengizinkan dengan jerebu yang begitu tebal kan... so stay indoor jer.... dan mula lah asik nak ke dapo jer.....

teringat daging korban yang bawak balik kampung masa raya tu... so meh nak isi kan masa dengan merajinkan diri membuat serunding daging ni.... bila dah set nak buat tu, memang berkobar2 rasa nak siapkan.... tetapiiiiii..... sangatlah mencabar nak buat serunding ni. kesabaran yang sangat tinggi adalah diperlukan.... apa lagi bila siat daging tu sorang2... berjam jam duduk bangun tak siap lagi. tu pun siat kasar2 jer.... no wonder la, orang jual serunding ni sangat mahal, buat sendiri baru tau nak letak harga kan.... resepinya kak rose kopi dari blog DJ@DapurKu Sayang.... mekasih ya. mohon nak kongsikan kat sini lak ya.

bahan-bahan :

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar - boleh lebih atau kurang
  • sedikit serbuk kunyit
bahan-bahan kisar/tumbuk :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai terlebih dahulu)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
 dapatlah malam tu makan pulut cicah serunding daging buatan sendiri... bangga gitu!
 
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. 
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan. 
  4. Hidangkan setelah masak.
***kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

berbaloi lah seharian didapo bila dapat buat sendiri serunding daging yang sedap ni... siap meratah lagi.

Sunday, October 4, 2015

API di Penang

sangat2 unhealthy, sangat2 berjerebu.... tapi betul kah bacaan ni.... hidung rasa sangat stuffy, tekak perit walaupun dah banyak minum air kosong.... please la pihak yang berkenaan.... do something yang boleh menambah baikkan keadaan ini....

Kek pisang marble cokelat

 bila ade pisang yang dah over ripe mula la pikirkan nak wat apa kan... asik cekodok jer, tak pe kali ni kita buat kek pisang marble lak... boleh jugak bawak makan2 sambil gebang2 petang hari dengan kawan2 kat sini....

 dan ini lah kejadian kek pisang marble cokelat yang sangat moist, lembut sangat, kata kawan2.. resepi kak rose copy dari blog hana yang dah lama menyepi. bz kot cikgu ni. mekasih ya..

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor (kak rose guna dua biji gred A)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
kak rose simpan 1/4 bahagian dan selebihnya bawak g makan sambil gebang gebang kat taman depan rumah dengan kawan dan anak2 kat sini... sekejap jer habis.... suka tengok budak2 ni makan kek yang fresh from the oven.... Alhamdullilah, ade yang tolong habiskan... untuk kak rose yang dua ketul tu pun, next morning baru dapat abeskan yang satu potong lagi...

Saturday, October 3, 2015

Kuih dangai gula melaka

 Salam sabtu kengkawan... semuga semua sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.... kuih yang dah lama teringin nak makan tapi tak tau nak cari kat mana... so kodek sendiri lah jadinya... walaupun tak de acuan yang sebenar untuk kuih dangai ni, kita yang buat dia kan, so pepandai lah nak penuhi permintaan tekak yang nak makan sangat, dulu pernah buat jugak kuih ni, terima kasih kak fida dari MyResipi yang kongsi resepi kuih ni tanpa acuannya... bakar jer dalam loyang!  best makan masa masih hangat!

meh kak rose kongsikan resepinya..

Bahan-bahan ( loyang 7x7 in atau 2x acuan pecah 8 )

  • 150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
  • 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
  • 1/2 sk garam
  • 30 g air
  • 100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
  • 30 g kelapa parut putih* 

Cara-cara

  1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
  2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
  3. Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
  5. ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
  6. Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

Friday, October 2, 2015

Cekodok pisang gebusss n tembammm

 Asalamualaikum dan salam jumaat... pagi2 hari merajinkan diri mengupdate rumah maya ni... selalunya pepagi hari kak rose g ber brisk walk, tapi hari ini kira cuti la kan.... setiap jumaat memang kak rose tak berjalan sbb masih nak maintain membaca Surah Al-Khafi pada jam 9 pagi sama masa ketika masih duduk di shah alam... walau pun tak bersama kawan2 muslimat kat sana, tapi cuba jugak membaca dengan waktu yang sama... menghilangkan rindu pada kawan2...

hishhhh!!! nak cerita pasal cekodok, lain pula merapunya kan.... bila ternampak cekodok gebus kat blog Ita, mata n tekak meminta2 nak membuatnya... kebetulan pisang pun ade, so jadilah cekodok pisang gebus n tembam ni.... lembut sangat. mekasih Ita n CMG yang kongsikan resepinya ya...boleh la kawan2 buat untuk minum petang nanti...


8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.

Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

Thursday, October 1, 2015

Mayonnaise Pancake



 Asalamualaikum dan salam 1 oktober.... how time flies kan. lama rasanya tak buat penkek cam ni... asik2 penkek jawa aka lempeng pekak jer..... sesekali nak jugak makan lempeng omputeh ngan jem n butter ni... dan bertambah sedap bila taruk mayonis dalam adunan tu. mekasih Nor yang bagi idea mempelbagaikan resepi penkek... kak rose ni tukang kopi jer... he he he

 dan siap bagi idea camner nak terbalikkan pancake dalam pan yang kecik tu.... kena guna dua pan la jawapnya untuk memudahkan kerja dan cepat jugak siapnya...bila bahagian atas tu dah kering terbalikkan atas kuali yang satu lagi... tak la sememeh pankek kita tu nanti. tapi keras tangan kak rose ni, buat lempeng pun ade yang hangus tebako!

resepinya.... mekasih ya Nor.

PANCAKE

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
2 sudu besar mayonis

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.