salam Maal Hijrah buat semua....dan tahun baru ni kak rose mulakan dengan menderhaka resepi tauhu lembut ni....maaf ya HaSue, amik resepi dan bahan yang sama tapi memandai olah sendiri cara masak tu... instead of berhias dengan udang kering kak rose dah leburkan semua bahan n tumis... kes tersalah information.... baca x abes. jadi la gitu ghopanyer! so kalau kawan2 nak tengok yang tauhu lembut ni betul2 berhias sila lah g ke blog HaSue tu ya.
resepi asal dari HaSue....
Bahan2:
* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan
(sebiji cili merah - yg ni kak rose tambah n blend sekali ngan udang)
Cara:
1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan
garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair
sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..
Lanai Kijang
Tuesday, November 5, 2013
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435H
Asalamualaikum dan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua. semuga tahun yang mendatang akan menjadikan kita lebih baik dari yang sebelum2nya, dipermudahkan urusan dan sentiasa mendapat keberkatan dari Nya. Amin.
Nasi ayam butter
nasi ayam butter yang dah banyak kali buat....sedap dan menepati selera kami sekeluarga. sementelah hari ni en asben bercuti dan anak pun ada, rajin la kak rose masak nasi...nak makan punya pasal kena lah rajin kan. semalam dah seharian makan kat luar, kalau hari2 cam tu boleh koyak rabak poket tukang bayar dibuatnya....bahan2 mentah dan lauk pun dah beli banyak semalam, so masak dirumah je. yang penting boleh makan berulang2 sampai malam!
resepi nasi ayam butter ni kak rose amik dari hana, dan resepi ni jugak yang kak rose buat berulang2 kali. mekasih ya Hana, kak rose tepek sekali lagi kat sini..
Bahan-bahan
UTK NASI
UTK SUP
UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
UTK SOS MERAH
UTK SOS HITAM@KICAP
resepi nasi ayam butter ni kak rose amik dari hana, dan resepi ni jugak yang kak rose buat berulang2 kali. mekasih ya Hana, kak rose tepek sekali lagi kat sini..
Bahan-bahan
UTK NASI
- 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
- 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
- Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
- 1/2 biji bawang besar - dihiris
- 1 inci halia - ketuk
- 1 sudu serbuk pati ayam knorr
- 1 helai daun pandan simpul
- 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
- 2 sudu besar butter
- garam
UTK SUP
- 1/2 ekor ayam size kecil - potong (kak rose guna 3 keping whole leg)
- 1 sk serbuk@kiub pati ayam
- 1 batang saderi - potong
- 2 inci halia - ketuk
- Air secukupnyer
- garam
- daun bawang dan bawang goreng
UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
- Ayam rebusan tadi
- 3 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 1 inci halia - parut
- 2 ulas bawang putih - parut
- blackpepper - optional
- bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
UTK SOS MERAH
- 3-4 batang lada merah*
- 2 ulas bwg putih*
- 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos chili
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu besar gula
UTK SOS HITAM@KICAP
- 3 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil madu
- 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Hasil memancing semalam....
peralatan menyiang.... parang, pisau, gunting dan garfu...keratif kan.
hari minggu pergi memancing? ya..... memancing kat tesco jer. senang n sure dapat ikan apa saja yang dikehendaki kan. dan bila dah dapat ikan tu terus la g kat tempat budak yang tolong siang kan tu.... memang biasa pun ikan siakap ni derang tolong siangkan tp semalam "kak, ikan besar2 jer yang boleh tolong potongkan" ha????? uwaaa!!! derang x nak tolong, buang sisik pun x nak! so, kenala buat sendiri. baru tau camner susahnya nak buang sisik ikan ni....berterbangan satu dapo!
setelah setengah jam.... siaplah menyiang 4 ekor ikan siakap nih. kalau jadi butcher dah lama kena buang kerja dah ni! nasib baik ade en asben yang rajin nak tolong, dengan kreatifnya guna garfu untuk cakar sisik....tp ya Allah, berterbangan merata sisik tu...kita jugak la yang kena kemas sudahnya...
pack individually, senang nak defrost n masak nnti kan... dah siap semua, g makan kat luar pulak... ari minggu kan.
Sunday, November 3, 2013
Ulang tayang!
rasanya lama jugak x buat apam pebret nih... ya lah kalau nak masak nasi pun dah malas mana nak datang bahan untuk buat apam beras ni kan???? agaknya kalau tak payah bubuh nasi dalam adunan tu menjadi ker apam beras ni? apa pun bila ada belen nasi tengahari semalam, terus lah buat apam ni...lupa lah bubuh kelapa masa amik gambar tadi... so togel je la rupa paras apam ni...
mekasih pada yang sharekan resepi apam beras yang jadi pebret kak rose ni....
Bahan-bahan
sangatlah nyaman bila dapat makan apam
cicah dengan kelapa bersama nescafe o kurang gula!
mekasih pada yang sharekan resepi apam beras yang jadi pebret kak rose ni....
Bahan-bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
- 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
- blend nasi dan air sehingga hancur.
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
Saturday, November 2, 2013
Happy Deepavali....
Perayaan cahaya. happy deepavali to all indian friends dan semua yang menyambut perayaan deepavali ni... pada yang x menyambutnya tapi sama2 bercuti panjang, kak rose ucapkan selamat bercuti dan kalau balik kampung atau pun berpergian berhati2 dijalan raya....semuga semuanya selamat pergi dan kembali. Happy deepavali to all sekali lagi.
cuti2 deepavali sambil melayan jeruk buah kaler kaler ni....
Friday, November 1, 2013
Apam belang
selamat petang dan salam satu november.... dah petang sangat baru dapat mengadap menda ni... pagi tadi ada jemputan yasinan kat rumah jiran taman ni, balik dari yasinan ziarah kawan yang baru kuor sepital jadi balik pun dah menjelang tengahari....hujan pulak selebat2nya dengan kilat n guruh yang sangat kedebooommmm, off kan unifi la kan.... kang dibuatnya kilat tu strike kat situ dah naya dibuatnya...cari jalan selamat, so x de la ngadap komputer, rehat jugak frozen shoulder ni dari asik mengetik kibod n mouse!
buat apam belang ni semalam lagi....teruja sangat bila nampak kecantikkannya kat blog masam manis tu, so gagahkan diri nak buat la...walaupun rasa n texturenya sangat sedap n lembut, x kan dapat buat secantik ita punya tu.... huwaaaaa....tp mmg sedap, x rugi mencubanya. sila ke blog ita kalau nak tengok keayuan apam belang ni ya.....
mintak izin kak rose kopi kan kat sini resepinya ya...mekasih semua yang kongsikan resepi ni.
buat apam belang ni semalam lagi....teruja sangat bila nampak kecantikkannya kat blog masam manis tu, so gagahkan diri nak buat la...walaupun rasa n texturenya sangat sedap n lembut, x kan dapat buat secantik ita punya tu.... huwaaaaa....tp mmg sedap, x rugi mencubanya. sila ke blog ita kalau nak tengok keayuan apam belang ni ya.....
mintak izin kak rose kopi kan kat sini resepinya ya...mekasih semua yang kongsikan resepi ni.
APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan
selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.
(Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
Subscribe to:
Posts (Atom)

