Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 11, 2013

Lunch dengan sup ayam

sebesen  fresh fruits... star fruit, sunkist orange n granny smith green apple

salam kawan2 semua.... maaf ya kawan2 yang jengah kat rumah kak rose ni asik hidang buah jer, tp x pe kan, buah2an tu x basi dan elok untuk kesihatan... sebenarnya tuan rumah sangat malas nak mengupdate rumah ni tp sayang pulak kalau biar ia bersawang....makan merajinkan diri walaupun dengan entry yang merapu meraban ni.... bila duk kat rumah sorang2 ni mmg malas sangat la nak masak kan, so santap je la dengan apa yang cepat dan mengenyangkan... ya lah nak masak x de sapa nak makan, kang cuma dapat penat jer....lagi pun kununnya nak shed the extra lemak2 yang degil kat badan tu kan... alasan malas nak masak je ni sebenarnya.... tp buah2 ttp jadi hidangan utama.

ari ni ada sikit rajin so masak la su ayam special ni... meratah sup jer, tp kalau sampai 2 mangkuk beso n sebesen buah, apa kes nak shed the lemak2 tu kan?...as long as x  de nasi kira ok la tu....nak sedapkan ati sendir jer sebenarnya! ...resepi sup ni dari Myr oleh tulip77... mekasih ya. sedap meghirup panas...

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16(kak rose wat 1/2 portion je)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (kak rose omit aji n stok ayam)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Saturday, June 8, 2013

Kalaulah ada dusun sendiri....

 salam hujung minggu buat kawan2 semua.... pagi hari kami dah ke sdmc untuk follow-up busu's collarbone fractured, Alhamdullilah dah sembuh sepenuhnya dan yang tinggal adalah scar yang panjang....mmg amik masa lah agaknya nak hilang bekas operation tu.. ada cream doc tu bagi tp malas nak apply, asik lupa je katanya! and next appoiment is in one year time, harap2 x la lupa dengan date tu nanti kan...
balik dari sdmc, singgah kat kedai buah kat subang jaya ni... dari dulu kedai ni lah yang jadi tempat persinggahan kalau nak top-up stok buah, tp yg sllu bli je kat c4 atau tesco je, sbb dekat kan..

apa pun buah fresh ni agaknya bolela tahan untuk stok dua minggu... kalau dengar health talk, sllu dipesankan jaga makan minum dan jaga kesihatan....banyakkan makan buah2an n sayur2an, sllu buat exercisesla..... tapi yg pasti dengar jer, amalkanya jauh sekali! camner tu? sendiri mau ingatla kan!

Thursday, June 6, 2013

Teringin nak makan yg ni....

 Syawarma Raihani kebab. tetiba lak teringin nak makan kebab ni. tapi tidak le rajin nak melangkah kan kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sibuk tu... yang ni masa kak rose g kl ronda2 ari tu, nak bli 3 pca jer, tp berbaris tengah panas tu ada gak la dalam 30 minit... masa ni toke kebab tengah melayan take-away order yg ditulis kat notice board... siap delivery time lagi, so kami pelanggan yang berbaris ni semakin panjang kebelakang, nak makan punya pasal kena lah sabar berbaris n tunggu....

 akhirnya dapat lah jugak kebab yang sangat diidam2 kan ni... nampak macam senang jer nak buat intinya tu, agaknya kalau kita grill jer ayam tu instead of bakar ditiang yang pusing2 cam kat gerai dia tu pun ok gak kot... nnti2 lah kalau rajin boleh soh cik google carikan resepinya, bila dah boleh buat sendiri, x yah nak melangkah keluar kalau nak makan kebab cam ni kan....

syawarma raihani kebab yang tinggal gambar. ishhhhh!!!! teringinnya nak makan!

Wednesday, June 5, 2013

WW: ini je yg ade

 
nasi goreng + kerabu.

Tuesday, June 4, 2013

Soto... x cukup bahan!

 salam dan selamat petang semua... mee hoon soto yang x kecukupan bahan, tp actually cuma ayam carik2 tu jer yg x de sbb tiada kerajinan nak goreng n siat2 ayam tu! tapi masih sangat memuaskan hati dan perut kak rose la kiranya ni. buat untuk lunch tadi. guna mee hoon jer sbb cepat dapat nak ngapnya kan. kalau ada nasik impit lagi sedap. kuah dan pegedil kak rose dah sediakan awal2, so tadi cuma nak kena siapkan bahan sampingan nya je kan... trasa macam nak siapkan jamuan raya macam ari tu pulak!

resepi kuah ni masih guna yg pernah kak rose buat dulu iaitu dari CMG, mmg serasi dengan tekak kak rose ler... pegedil guna resepi yg ni, dan sambal kicap resepi dari sini pulak. huh berpoloh2 menghirup kuah soto yang sedap dengan sambal kicap yg kaw tu.... bertambah2 makan wpun x cukup bahan!kak rose tepek sekali lagi resepi kuah soto dari CMG ni. mekasih ya.

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu (kak rose guna mee hoon jer!)
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus (x letak, x rajin  nak goreng ayam tu)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..

Monday, June 3, 2013

Sadin puff

sadin puff yang sempoi untuk minum petang aka dinner sekali....boleh kan sbb tiada kerajinan nak masak nasi segala. jadilah dinner dengan puff ni jer. punya lah malas, amik gamba pun dalam loyang pembakar jer. tp jangan tenung lama2 loyang kak rose yg sangat cantik tu!

resepi puff ni dah banyak kali kak rose buat dari CMG tu, pada sapa2 yang nak mencuba kak rose cnpkan resepinya kat sini. mekasih ya Mat.

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Sunday, June 2, 2013

Putu Bambu Juriah Air Hitam

 putu bambu juriah air hitam @2.50/pack of 6 biji

salam hari minggu untuk kawan2 semua.... pasti ramai yang memenuhi undangan kenduri sana sini kan....dan kak rose jugak tak terkecuali. kalau minggu lepas kami g kenduri di Melaka, semalam pulak di Batu Pahat, Johor...menghadiri kenduri sepupu yang melangsungkan majlis perkahwinannya. kira selepas majlis teruslah balik kampung. dan kerana takut terkena jam macam minggu lepas tu, so kami amik keputusan bertolak pagi dari kampung, 3 jam dah sampai rumah dah.... minggu lepas dari melaka ke shah alam amik masa sampai 4 jam. ada kalanya macam parking di tengah highway tu. rasa x nak bayar tol jer taw!


on the way balik, bila lalu kat pekan air hitam tu nak jugak singgah kat gerai putu bambu yang sangat femes ni... rasa pun ok la pada kak rose.... sekali bli mmg nak selalu je rasanya... pagi lagi dah ramai pengunjung yang datang membeli, ada yang tapau dan jugak yang menikmatinya panas2 disitu... ada 3 set pengukus macam kat atas tu dengan putu yang sedang dikukus diatasnya.... masa kak rose sampai, banyak yang dah siap dan dipack dalam bekas polysterin.... memudahkan pembeli yang ramai dah berbaris...x payah nak tunggu lama2 kan.

one of the pengukus dengan putu yang sedang dikukus diatasnya... so, kawan2 kalau g ke batu pahat dan lalu kat air hitam ni jangan lah lupa singgah n menikmati putu bambu panas2 yang sedap ni...