Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, June 4, 2011

Kuih ketayap wana wani

terpikat dengan kuih dadar dot dot wana wani kat blog Ummi, kak rose pun nak mencuba jugak… tp instead of dot dot kak rose buat jalur2 jer sbb x punya kesabaran nak menitik dot dot wana wani tu! apa pun rasanya cam kuih dadar yg biasa tu cuma rupa telah bertukar menjadi jalur2 gitu….

meh kita tengok resepinya yg kak rose copy dari blog Ummi, tp maaf ya Ummi, dot dot nya dah hilang, yg tinggal jalur2 jer! dan nama pun dah tuko!

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
  • 2 helai daun pandan (kak rose x letak)
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan) (kak rose guna susu sepenuhnya)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)
Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg) (kak rose buh kaler merah dan guna botol mayo muncung satu)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah) (kak rose buat jalur merah dulu baru tuang adunan ijo)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

Nasi goreng daging

ni la kalau tukang masak dah jadi malas.... nasik goreng adalah penyelamat keadaan. cepat dimasak dan sedap dimakan! nasik goreng daging ni mmg sedap. x payah nak sediakan lauk dan sayur mayur bagai... semua gedebuk dalam nasi ni... dah lengkap dengan lauk dan sayur kan... hidangan lengkap untuk keluarga tukang masak yg sangat malas hari ni....

resepi nasi daging yg sedap ni amik dari dapur AlongRoz, mekasih ya long dan akan buat lagi dan lagi dan lagi..... leh jugak tengok kat sini kak rose dah penah tepek...

close-up sket.... nasik goreng daging makan ngan salad timun jepun, celery, cherry tomato n mayonis + keropok ikan nganu mari. hmmmm..... nyam nyam!

Friday, June 3, 2011

Hakka cheen loong pau

hari ni buat kuih dengan nama cina yang sangat panjang.... sebenarnya sbb dah ada buat inti kacang merah dan x tau pulak nak buat kuih apa, mula tu nak buat pau tp macam x yakin jer sbb penah buat tp kembang ciput jer, so g bw cari resepi yang guna inti kacang merah ni dan mudah nak buatnya.... terjumpalah resepi kuih ni kat dapur Madiha.... baca dia punya komen tu mmg kuih ni kegemaran orang2 cina... tp kak rose x pandai nak buat nipis2 macam tuan resepi tu buat!

pada Madiha, kak rose ucap terima kasih dan mintak izin nak cnp resepinya kat sini lak ya....

Ingredients for the skin:

200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:

Mix all together:

100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

(kak rose x buat yg ni sbb guna homemade inti kacang merah)
I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

keratan rentas dia.... x pandai nak buat nipis2 tu... apa pun mmg sedap.

Method:

(1) Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.
(2) Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.
(3) Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.
(4) Leave to proof for another 45 mins.
(5) Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides.

Sup fishball

Salam hari jumaat yang mulia dan juga selamat menyambut bulan Rajab. tentu ramai yang berpuasa hari ni kan... ada juga yang dah mulakan dari semalam dan bersambung ke hari ini, tp kak rose baru nak mula dan sambung esok, insyaallah... so oleh kerana mama nya berpuasa makanya buat sup fishball yg simple ni untuk anak berserta dengan ayam goreng untuk dia lunch hari ni.... cukup la tu kan..... petang nnti baru nak masak..

resepi kak rose amik dari Myr oleh rulien, mekasih ya share resepi yg sempoi ni dan kak rose sharekan kat sini lak...

the preparation....
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 peket fishball (160g)-Basuh dulu
  • 2 biji kentang - dipotong kecil/dadu
  • 1/2 biji carrot - dipotong bulat
  • 2 kelopak daun salad – siang sederhana (kak rose gantikan ngan celery)
  • 4-5 cawan air
  • sedikit minyak utk menumis
  • 3 ulas bawang putih-Tumbuk
  • 1 biji bawang besar-Tumbuk
  • 2 ulas bunga cengkih ,2 ulas bunga lawang & 1 btg kecil kulit kayu manis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama-sama bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis.
  2. Apabila bhn tumis wangi & nampak garing masukkan air & ubi kentang tunggu hingga mendidih.
  3. Bila dah mendidih , masukkan fishball dan carrot pastu tunggu hingga kentang empuk.
  4. Bila dah empuk, masukkan salad pastu tutup api

Thursday, June 2, 2011

Buah melaka

bersalut kelapa muda yg sangat kasar parutannya!

kuih buah melaka ni dibuat di Shah Alam untuk minum petang.... walllaaahhh terasa macam dah bulan posa lak... ya la esok dah masuk bulan Rajab pas tu Syaaban dan bulan Ramadhan lak ... so ni macam praktis. selalu kuih2 lama ni akan banyak keluar terhidang untuk juadah berbuka puasa... tentunya ramai yg akan berpuasa esok ni kan dan bersambung kehari sabtu lak...yala kan bila berpuasa pada hari jumaat mesti ada gandingannya kan... either khamis jumaat or jumaat sabtu gitu.

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh SuriHati.... simple jer tapi sedap dan mudah sangat nak menyediakannya.... kak rose sharekan kat sini lak ya..

Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

Alhamdullilah dapat menikmati kuih buah melaka buatan sendiri yg sedap ni.... meh semua jemput minum dengan teh o panas2.... skip dinner dah!

Kung pao chicken

lauk lunch td yang sangat bes.... dah banyak kali buat sbb sedap dan kali ni nak tepek lagi kat sini. resepi asal kak rose cnp dari rumah hana, pd sapa2 yang nak cuba dan tengok kung pao ciken dia yg sangat cantik tu bolehlah jenguk kat blog dak hana nih ya... kak rose punya dah jadi itam semacam jer... x menarik langsung dipandang mata tp rasa ttp mabeles gitu...

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis (kak rose sedikit kicap pekat)
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
(kak rose tambah bawang besar yg dimayang n capsicum hijau)

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

walaupun kejadiannya sangatlah hitam hingga hilang biji2 gajus tu, tp rasa ttp mabeles...

ni dia sekilo biji kacang gajus yg dipesan pd kawan yg datang dari langkawi.... sangat fresh.

Wednesday, June 1, 2011

Kuih putri ayu

kuih untuk minum petang ni.... dan buat sangat lah banyak jadi dapatlah nak bagi2 jiran kak rose merasa... resepi cnp dari rumah hana yg sekarang bz dengan tugas mengajar anak murid tu... mekasih ya.


Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • (kak rose gantikan dgn susu cair)
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
dua piring untuk jiran2 sebelah rumah...