Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 13, 2015

Kuih lapis cokelat

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua.... buat kuih lapis ni untuk buah tangan majlis harijadi anak kawan kat sini... bagitau dah tengahari dan majlisnya petang tu.... jadi kuih pun tak sempat nak sejuk betul dah nak kena potong... sememeh jer la jadinya....  resepi dari special moments, mekasih ya... kak rose kongsikan kat sini pulak...

1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
pewarna kuning dan Coklat Emulco (kak rose tambah 1 tsp nescafe)

Cara:
sapu loyang dgn sedikit minyak masak dan panaskan dlm kukusan.
campurkan semua bhn dan tapis,
selepas itu bahagikan kepada 2 untuk warna kuning dan coklat.
Kukus setiap lapisan selama 8 minit. (buat 6 lapis) 


goodies untuk anak2.... kisses special dark , fererro rocher, daim, kisses almond, chocolairs.

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rajin jugak Kak Rose melapis tu..
Kalau saya buat puding ajer utk buah tangan..
Mana yg cepat dimasak hehehe..

Mesti sedap kuih lapis.. ada rasa coklat..