
kes x leh nampak orang buat.... pagi td ternampak kat rumah
Yat easybakes tu, dan baca komen2 kat situ mmg sangat melelehkan air liur... mmg teringin sangat nak mencuba dan yg penting nak makan la kan.... so kak rose cnp dari rumah Yat, yg asalnya dia dapat resepinya dari rumah Ummi dan resepi asal dari Notabilia. terima kasih semua yg sharekan resepi mudah n sedap ni.... tp biasala, rupa kuih kak rose ni tentu x memenuhi piawaian, tp yg pasti rasanya sangat lah umphhh!
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi :
Notabilia
Source :
Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.