Lanai Kijang

Saturday, July 31, 2010
Pulut n rendang ayam
Friday, July 30, 2010
Som som pandan.... lagi.
Bahan-bahan
Cara-cara - 100 g tepung beras
- 100 g tepung jagung
- 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
- 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
- 1 sk garam atau secukup rasa
- sedikit pewarna hijau (opt)
- SIRAP GULA MELAKA :-
- 500 g gula melaka
- 1000 ml air
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
- Sajikan bersama sirap gula melaka.
Rendang ayam
Bahan-bahan
500gm daging - hana gune ayam (kak rose guna ayam gak)
2 sudu kecik serbuk kari
1sudu kecik serbuk kunyit
*2biji bawang bsr sederhana
*3ulas bawang putih
*2inci halia
*2batang serai kalo kecik letak 3 btg k
*2cm lengkuas
*2cm lengkuas
*cili padi ikut kepedasan ok amy taruk 6bijik (kak rose guna cili blend)
Daun limau purut 7-8helai dipotong halus2
kerisik
250ml santan
asam keping skit jer
garam dan gule secukup rase
1. Blend bahan2 bertanda *. Pastu masukkan serbuk kari dan kunyit dan sebatikan. Kemudian tumis. Myk sndiri adjust k.
2. Bile dah naik bau masukkan santan separuh dulu. Kacau2 skit. Biarkan sehingga pecah myk.
3.Kemuadian masukkan daun limau purut tadi, kacau lg. Kemudian masukkan kerisik.
4. Kamudian masukkan daging then gaul rata.
5. Bila da digaul sebati masukkan lebihan santan td.
6. Last sekali masukkan garam dan gule secukup rase. Biarkan rendang masak. Amy tggu dlm sejam jgk la nak suh kering. Tapi kene kacau selalu tau.
7. Siap dihidang!
Thursday, July 29, 2010
Dadar lauk samarinda
Selamat petang semuanya..... dah minum2 ke.... jom mai kita minum teh O dengan dadar lauk samarinda ni..... tengok kat rumah hana dan nor nganu tu sungguh lah terliur nak makan.... dan dengan rajinnya ari ni kak rose pun buatlah.... dengan inti sadin.... x tau kenapa sadin ni jadi lauk samarinda lak kan? .... x kisahlah kan asalkan sedap... tu yang teringin sangat nak makan tu.... buat 2 kaler.... mulanya nak buat macam nor tu ada jalur2 gitu.... tapi dah malas belasah je lah jadi 2 kaler... lagi pun botol mayo yang diidamkan belum ditemui..... nnti nak g ke Daiso pulak la.... bila dah dapat nanti boleh buat yang kaler maler tu.... kalau x keras tangan lah....
dan resepinya kak rose copy dari rumah nor secubit garam yang asalnya amik dari izahdaut dan juga hana.... tima kasih suma ya.... mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya.....
DADAR LAUK SAMARINDA
copy dr rumah Izah Muffin
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN
Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)
Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.
Jalan2 semalam....
Tuesday, July 27, 2010
Gulai nenas dengan ikan masin
ok ari ni kak rose masak lemak cili api nenas dengan ikan sepat masin.... jarang sangat makan ikan masin yang ni.... tp terasa nak makan pulak kali ni so belilah 4 ekor dan buat gulai ni.... ok ... not bad jugak.... sendiri masak dan sendiri makan jadi kenalah kata ok kan.... resepi pun main belasah jer.... seperti yang selalu kak rose masak lemak cili api....style negeri 9... x de bawang segala.... betul ke wahai orang2 nogori?.... maaflah kalau tersilap ya....
Saturday, July 24, 2010
Ayam masak merah
jadi ari ni mama buatkan ayam masak merah lauk kegemaran busu..... mama tunggu, nanti kita makan sama2 ya....resepi ni mama amik kat rumah ummi dan minta izin nak cnp kat sini ya.....
Bahan A:-
- 1 ekor ayam (kak rose buat 1/2 ekor je...)
- 1 labu bwang besar (dipotong gelang)
- 2 sudu besar sos tomato
- minyak masak
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk kunyit
Bahan B (dikisar):-
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 2 batang serai
- 4 biji tomato
Cara Memasak:-
- Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
- Masukkan ayam tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Gaulkan ayam dengan bahan lada hingga rata.
- Hidangkan.
Friday, July 23, 2010
Bawal masak lemak cili api
masak lemak cili api ikan bawal dengan kacang bendi ni kak rose masak semalam lagi.... cuma x postkan kat sini..... nikmat sungguh dapat makan gulai yang berlemak2 ni.... dan lemak akan segera kembali berkumpul dibadan yang sedia bambam nih..... camner la nak maintain kan... apa pun tetap sendiri mau ingat.... setelah berusaha selama sebulan and go down by 6kg.... harap boleh kekal at this weight, tapi dalam kepala macam2 benda nak makan sebelum menjelang bulan posa yang hanya tinggal 2 minggu je lagi..... huiiiihhh kenalah banyak bersabar!!!!!
Sagu bronok
SAGU BRONOK
Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]
Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.
Thursday, July 22, 2010
Roti jala
roti jala yang sempoi untuk dinner malam tadi...
Kek pisang
Wednesday, July 21, 2010
Jalan jalan cari makan
salam semuanya..... hah dah tengah malam baru nak masukkan entry baru.... ada sesapa nak baca ke?..... x sahlah kan kalau hanya untuk catatan sendiri apa yang berlaku sepanjang hari ini..... seawal pagi jam 10 pagi kak rose dah keluar rumah saja nak hilangkan boring duk rumah je kan..... tujuan? naik tren komuter ke Sogo.... nak soping lah konon tapi yang sebenarnya nak g makan nasi beryani kat insaf.... ya lah dah lebih sebulan tak amik nasik jadi untuk kali ni nak la yang spesel sikit.... tapi malas nak masak tu yg g cari kat Insaf je.... janji ngan abang kul 12 selepas dia abes meeting.... tungggu punya tunggu hingga lah pukul 1 baru sampai.... ha apa lagi terus ke insaf dan order ni...... dan mango juice yang sangat pekat tu.... eh... x enter frame lak.
Tuesday, July 20, 2010
Apam balik
bahan2 nya
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1½ cawan air
- Sedikit mentega/planta untuk mengoles
- Bahan tabur : Kacang tanah dikisar (kak rose tambah ngan jagung krim, gula n butter)
Cara-cara
- Mesin gula bersama telur hingga kembang,
- Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
- Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
- Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
- Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
Monday, July 19, 2010
Puff tuna kelopak
BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula
BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus (kak rose x letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
Sunday, July 18, 2010
Vadai
Vadai
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
kak rose buat banyak ni..... belum digoreng... macam2 saiz ada.... maklumlah keras tangan!
goreng half-cook dan simpan dalam zipper plastic.... and off to the freezer.... sok lain kali kalau nak makan tinggal goreng jer.
Saturday, July 17, 2010
Pisang sira & diet hari ke 32
selamat berhujung minggu semua.... tentunya tengah berehat2 bersama keluarga la kan..... ari ni kak rose penat berblogwalking.... nak cari idea nak masak apa?.... sebenarnya untuk lunch tadi g beli nasi bungkus jer..... maklumlah pemalas..... dan petang ni pulak kak rose buat sira pisang..... kegemaran abang masa bulan posa.... ni kira praktis untuk buat juadah bukak posa nanti lah ni... huh posa x lagi dan ingat juadah bukak posa lak kan.... apa pun resepinya kak rose amik kat blog kak wan yang masakannya cantik2 sekali! tima kasih ya kak wan dan mintak izin nak kopipes resepinya kat sini ya...
Sumber : resipi citarasawan
Bahan-bahan
10 biji pisang nangka (kak rose guna pisang montel... lembik pulak bila dah masak)
100gm gula
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
250ml air
daun pandan
Cara-cara
Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan bahan rempah dan pisang. Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.
today is my 32nd day of dieting dan harap boleh continue lagi... semangat kena kuat.... tapi hari ni pagi2 lagi dah cannot tahan carving for roti bakar.... so this is my bekpes after 1 month tak sentuh roti..... ohhhh sungguh nyaman sekali dapat makan roti bakar sapu butter ni dengan strawberry jem tu.... 2 keping rasa macam x cukup lagi.....
Friday, July 16, 2010
Brinjal in hoisin sauce
INGREDIENTS:
2-3 Long Brinjals - halved & cut
2 Red Chilies*
2 Shallots*
2 cloves Garlic* (* pounded)
2 tbsp Dried Shrimps - soaked & chopped
1 tbsp Hoisin Sauce
1 tbsp Oyster Sauce
METHOD:
1. Heat up few tbsp oil & sautee the brinjals until golden.
Put aside.
2. Heat up few tbsp oil & fry pounded ingredients & shrimps fragrant.
Add in sauce & brinjals.
Dish out.
Thursday, July 15, 2010
Sewa rumah

Wednesday, July 14, 2010
Rumah sewa?
so pas tampal notice tu kak rose pun balik rumah... tak brapa jam pas tu ada banyak call yang nak sewa..... x nak jadi macam dulu kali ni kena berhati2 sikit lah.... ada yang terus datang rumah untuk nego dan terus kompem esok gak nak masuk! bila dah setuju kita g tengok rumah..... balik terus kak rose emailkan surat perjanjian dan kejap ni called nak prepare bayaran untuk downpayment dan sewa sekali!.... at least terubat jugaklah ati yang kena tipu dengan budak sengal tu!..... wati dan yanna, jagalah rumah tu macam rumah sendiri ya.... dan selamat berpindah.
Tuesday, July 13, 2010
Kuih lapis tradisi
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
Monday, July 12, 2010
Limau kasturi
salam semua..... murah rezeki kak rose hari ni..... jiran sebelah yang baru balik dari kampung bagikan kak rose limau kasturi ni.... banyaknya dan fresh dari pokok lagi..... mereka memang rajin berkebun dengan segala macam buah2an juga beberapa ekor lembu.... setiap hujung minggu diaorang akan balik kekampungnya di melaka... menguruskan kebun kesayangan nya.... begitulah berbudi pada tanah dan kak rose juga dapat merasa hasilnya.... terima kasih sal n basiron bagi kak rose limau ni..... banyak tu.... kak rose x tau selain buat air nak buat apa lagi ya?.... nak buat acar.....try pok cik google, tp banyak resepi yg gunakan limau nipis.... kang kalau guna limau kasturi lain plk jadinya..... ada sapa2 boleh bagi cadangan?.... kalau rajin nak gak buat laksa johor selepas abes program ni..... bila tak tau lagi.
Sunday, July 11, 2010
Yearning for popia basah
salam semua.... this is the popia basah that I really yearn for.... dari semalam asik teringat je dah lah bila nak g beli hari pulak ujan lebat sangat... jadi kiranya semalam memang x dapat makan lah..... and today I went to pasar tani searching all the way for this popia basah.... and finally setelah penat pusing dapat jugak nak melepaskan geram nak makan ni.....(may be tak leh selalu2 watch afc channel tu kot?) beli 4 ketul je... tapi mak ai.... besar2 nya .... 2 biji pun dah kenyang for my lunch.... hope lepas ni x lah lagi bagai orang mengidam nak makan yang not suppose to while on diet! kena kuat semangat nak kontrol nih....
Subscribe to:
Posts (Atom)