Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 17, 2011

Brokoli goreng ikan masin

sayur simple.... cepat dimasak dan sedap dimakan. kesiankan brokoli yg bli dah beberapa hari tp x termasak. nasib baik je masih fresh dan krup krap bila dah dimasak... tambah ada ikan masin ni..... walllaaaahhh sedap banget. resepinya kak rose cnp dari Myr oleh cindaibiru.... terimakasih ya share resepi simple ni..... cuma kak rose x de cendawan tu jd kak rose lebihkan ikan masin n tabur atas sayur tu.... sedap dan dah selamat pun makan tengahari td!

Bahan-bahan
  • Brokoli saiz kecil
  • 1 batang carrot
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ekor ikan masin gelama (Blh guna ikan lain juga)(kak rose guna ikan kurau masin)
  • Sedikit cendawan butang (x de la pulak!)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong brocoli, cendawan dan carrot ikut suka. Hiris bawang merah dan bawang putih. Gunting ikan masin kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan tambah sedikit garam. Biar ikan kering garing sedikit.
  4. Masukkan semua sayur dan kacau rata.
  5. Jangan masak sayur terlalu lama. Selamat mencuba.

sedap.... boleh ratah jer, ikan masin pun best!

Botok ikan tenggiri

salam semua.... ni botok bukan sebarang botok ya.... botok yg enak dimakan dan akan membuat kita bertambah tembam kerana lemaknya.... kalau nak botok yg tu x dapek lah nak melayannya! ari tu ada bli seekor ikan tenggiri tp x masak lg.... so soh la pakcik google ni tolong carikan resepi ikan tenggiri ni.... jumpa yg ni lak under label resepi masakan indonesia.... eh! masakan indon ke ni... tekak jawa ni x pernah lak wat cam ni dan terus mencuba.... not bad, sedap gak.

meh tengok resepinya kak rose cnp dari sini, mekasihya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong (kak rose buat 3 keping jer...)
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa
kak rose tambah perahan asam limau

since kak rose buat guna 3 keping ikan jer, so kak rose ejas bahan2 sesuai dgn ikan...


Cara Penyediaan:

Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
Kukus selama 30 minit.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Sharing is caring

Asalamualaikum dan salam semua.... sharing is caring kan, so di pagi Jumaat yang mulia ni kak rose nak share info yang sangat bagus ni untuk sam2 kita amalkan dan mudah2an mendapat menafaat daripadaNya... dan kepada yang menjalankan ibadah puasa dibulan Rejab ni kak rose ucapkan selamat berpuasa dan semuga ibadah kita diterima olehNya. Amin.

Thursday, June 16, 2011

Selamat berpindah kak Arah

ari ni kak rose dan rakan2 kejiranan kat sini mengadakan jamuan perpisahan untuk kak Arah yang akan berpindah ke rumah baru. walaupun kak rose baru je duk kat sini tp keramahan kawan2 semua membuatkan terasa macam dah lama kami bersama2… enjoy the moments…. sama2 memasak dan buat jamuan bersama2. bermacam2 juadah dan kuih muih tp bila dah ramai2 mmg x ingat nak snap satu gambo pun.... seronok sangat…. layanzzz je la sedikit gambo sekitar jamuan tadi.......

teary kak Arah semasa memberi sedikit ucapan.... sedihkan berpisah setelah bertahun2 bersama....

usatzah, kak Arah yg nak berpindah, norma yg akan ke Penang dan Salbiah yg akan ke Kota Kinabalu.... selamat jalan buat kawan2...

terimalah hadiah seadanya dari kami semua.... harap kak Arah suka.

baby Muhaimin Nazran yg dah beso.... sangat suka bila mama rose suap buah tembikai... x nak berenti lak!

tepung pelita yang kak rose bawak untuk jamuan td .... resepi leh tengok sini

Wednesday, June 15, 2011

Pulut serunding

ni dia lanjutan dari kisah membuat serunding ari tu.... baru ari ni berkesempatan nak memasak pulut untuk digandingkan dengan serunding ni.... dan jadilah juadah kami anak beranak untuk minum petang td. terus skip dinner dah! mmg saja buat lebih, dapatlah jiran sebelah rumah merasa pulut serunding ni....

sepiring pulut serunding untuk ibu.....

Buah sukun di tepi jalan....

ari tu masa g briskwalk pepagi nampak buah sukun gugur tergolek ditepi jalan nak ketaman permainan tu.. rasa nak amik je daripada terbiar dia tergolek cam tu je… tp kan, takut nnti ada tuan yg claim tu dia punya kan ke malu je walaupun pokok tu kat tepi padang…. balik rumah punyalah teringin nak makan sukun goreng ni mengalahkan orang mengidam..... hissshhhh!!! bila g pasar nampak buah ni terus je bli sebijik dan petang tu terus goreng, nikmatinya dengan sambal kicap, jawala katakan! …. x la kempunan tengok buah sukun yg tergolek kat tepi padang tu lagi…. masa bli tu punyalah tamak, amik nak yg beso jer.... dan sekarang ada separuh lagi dalam fridge, bila nak masak, entah le.... jangan nnti rosak gitu jer sudah la kan....

Tuesday, June 14, 2011

Muffin cokelat kukus

hasil jalan2 dan sekodeng rumah kawan2 maya.... dapatlah resepi muffin cokelat kukus yang sangat sedap n gebus ni.... lembut sangat dan sangat moist gitu.... ngap masa masih hangat2 tu ... alangkah sungguh nikmatnya...

ternampak kat rumah Anna Qawina yang sangat menggoda terus lah kak rose nak mencubanya. tp sayang sekali ada saja yg x nak kembang mekar... malah macam senyum sumbing mengejek jer. mencik taw! tp terubat hati jugakla sbb rasa yg sangat mabeles walaupun separuh daripadanya rupanya mmg out! mekasih Anna dan izin kan kak rose nak cnp kat sini ya...

MUFFIN COKLAT (KUKUS)

Bahan A :
  • 2 cawan susu cair/susu segar *Ana guna susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter cair *Ana guna minyak masak
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur

Bahan B : Ayak bersama

  • 250 grm tepung gandum
  • 50 grm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C :
  • 1 sudu besar coklat emulco


Cara-Cara :
  • Panaskan kukusan dengan api kuat.
  • Satukan semua bahan A, kacau sebati menggunakan spatula/whisk je.
  • Masukkan bahan B, gaul rata hingga semuanya sebati.
  • Tambahkan coklat emulco
  • Masukkan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 lebih (hampir penuh cup)
  • Kukus selama 10 minit (lebihkan masa jika menggunakan cup saiz besar)
  • Angkat & sejukkan

tengok yg belakang tu... senyum sumbing macam kerang busuk je!