Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 4, 2010

Baby bread pudding, again

baby bread pudding again.... sbb sedap dan senang nak buat.... dan yang pentingnya nak menghabiskan roti yang dah tamat riwayatnya tu..... sayangkan kalau terbuang begitu saja, dan x baik membazir! wat untuk sarapan pagi tadi sebelum kami g ke Port Dickson untuk kenduri kat sana.... g kenduri kejap je tapi merewang2 sampai kepetang baru sampai rumah.

sebelum balik rumah singgah pulak ke SDMC g melawat subordinate abang yang terlibat kemalangan jalanraya ari tu... pada mulanya admit kat PPUM tp dah d pindahkan ke SDMC untuk rawatan lanjut. tiada kecederaan parah cuma luka2 dimuka dan tangan jugak kaki.... muga Iqeen cepat sembuh ya......sampai rumah udah capek deh..... makan malam kami tapau kat pasar malam jer.

baby bread pudding yang tinggal gambo jer.... udah pinis! resepi kat sini


Friday, December 3, 2010

pulut kuning n rendang


selamat petang semua..... banyak tempat yang asik hujan je kan, tp alhamdullilah di Shah Alam hari ni cuaca cerah jer.... baru balik dari kenduri, jadi ari ni adalah gantung periuk koli suma.... dan pulut kuning dan rendang daging ni adalah pemberian jiran sebelah rumah, dia buat untuk makan2 katanya..... terima kasih bebanyak la kan..... ya la bak kata orang rejeki jangan ditolak. so, ni la juadah kak rose minum petang ari ni. x yah bersilat didapur rezeki ada dah depan mata. jom..... nak bancuh nescafe o tanpa gula jap!

Apaan ini dong?

salam dihari Jumaat yang mulia ini.... dan diawal pagi ini kak rose menerima satu sms yang kayak gini..... (tetiba boleh cakap indon) coba baca itu diatas.... benerkah? sudah berapa kali kamu mengantar sms yang begini dan sudah berapa kali juga kena carutzzzz tapi masih x serik2... apakah kamu mahu aku terus saja merepot pada pak polosi.... supaya lain kali kamu tidak akan mengantar sms yang kayak gini lagi..... gue tidak mau itu uang.... cuma jangan ganggu no telpon gue lagi.

adakah kawan diluar sana pernah terima message yang sebegini.... apakah tindakan yang perlu kita lakukan dan bagaimana nak mengelakkan penipuan yang sebegini.... or just ignore it? bagi kak rose x usah dilayan sms yang seperti ini!

tengok tu no. sender... gi mana mau dipanggil itu nomor... capek gue mikirin!
ingatan kepada sender..... jangan lah buat keja yang x berpekdah, keja nak menipu jer!

Thursday, December 2, 2010

Kuih bakar keledek

salam semuanya..... hari ni kak rose mencuba buat kuih bakar keledek ni.... keledek dah lama beli tp x tau nak wat apa..... malas sungguh nak mentransformasikan (ade ke perkataan ni?) keledek ni menjadi sesuatu yg sedap! so sepagi ari ni menyelongkar dapur sifu2 masak diluar sana..... dan terjumpa resepi kuih bakar keledek ni kat rumah Ummi Kuantan tu.... so tung tang tung tang kat dapur dan inilah kejadian nya yang sangat sememeh.... siap melimpah lagi masa bakar tu..... aduiiii... kenapalah bila buat kuih bakar x pernah jadi elok.... pasti kat bawah tu ada gelembong dan membuak tumpah dari acuan! sifu2 masak diluar sana, tolonglah ajarkan agar len kali daku dapat membuat kuih bakar yang elok rupanya!

Ummi, kak rose cnp resepinya n mekasih ya.... tp kak rose buat 1/2 dpd adunan ni jer... sejak nursing my high cholesterol ni, sukatan santan tu kak rose tukarkan guna susu cair.

KUIH BAKAR KELEDEK
Sumber: Bro Rozzan

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun) -direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

kuih bakar keledek yang sedap biarpun rupanya...... ah! apa ada pada rupa? (ayat to please myself ) bolehkan?

Wednesday, December 1, 2010

Udang mamak

salam dan selamat petang..... huh sejuk hujan2 ni asik lapo jer kan....makan putri ayu berbijik2 pun macam x kenyang je.... so untuk dinner malam ni kak rose masak udang mamak hasil sekodeng resepi dari rumah hana lagi! macam2 resepi udang ada kat umah dia, apa lagi kopi je ya nduk!... lama jugak x makan udang ni sejak dapat result blood test ari tu. udang ni jenis seafood yang tinggi kandungan kolesterol nya.....tp sebab udang ada banyak masak jugaklah..... cuma makan tu sendri mau ingat la kan!

meh kita tengok resepinya yang kak rose cnp dari dapur hana. sekali lagi mekasih ya nduk!

Bahan-bahan
  • 1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan - lenkali nk lebihkan skit
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

ada sapa2 teringin nak makan? sila lah masak sendirik ya! aci x cam tu?

Kuih putri ayu

Salam december semuanya.... kejap je dah nak ujung tahun kan.... dah dekat setahun la jugak kak rose pindah ke Shah Alam ni....beberapa hari yang malas dan ari ni kena merajinkan diri sbb ari tu lagi terpandang kuih putri ayu yang sungguh ayu kat rumah hana, pas tu kat rumah mas pulak.... hishhhhh x tahan godaan tp masih malas nak buat. so ari teruslah merempit didapur buat kuih ni.... panas2 lagi dah ngap sampai 4 ketul! betul2 macam lepas kempunan.... tp sayang putri ayu ku sudah tidak lagi ayu... pucat lesi jer, kedekut kaler ijo!

biarpun rupa x cantik tp ttp sedap dan gebu, bila dah kemaruk nak buat rupa2nya santan x cukup jadi kak rose gantikan dengan susu cair.... x la lemak sangat tp dengan kelapa muda tuh..... jadi lemak manis jugak! suker sangat.

hana, kak rose kopipes resepinya ya, n mekasih daun keladi....

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • (kak rose gantikan dgn susu cair)
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
keayuan yg telah hilang... pucat lesi je yang tinggal.... wpun x de santan, tapi ttp lemak n gebu gitu!

Terkenang2 18R12 & 18R13

salam dan selamat pagi.... selepas subuh buat entry ni, rajin ke? sebenarnya tersangatlah malasnya nak mengupdate kan blog ni..... masak macam biasa gak tp nak amik gambo pun naik malas jugak. hari2 bw je dan jengah rumah teman2 yang begitu rajin tp jarang nak tinggal jejak jugak. harap2 pas ni boleh ilang rasa teramat malas tu kan......

dah dua hari asik g jenjalan jer.... semalam g putrajaya pulak, saja pusing2 nak ilangkan rasa bosan nih..... rasa tenang jugak bila tengok bangunan2 dengan lanskap yang cantik.... redup je mata nengoknya... beruntunglah kakitangan kerajaan yang disediakan kawasan dan rumah2 yang bergitu cantik dan teratur.... dengan kemudahan yang disediakan sebegitu rupa dengan tax-payers money harap2 sangatlah kakitangan kerajaan ni akan bertugas dengan penuh dedikasi! jangan buat sambil lewa dan corrupt lagi! ada banyak aduan kan? hah! kuliah subuh ke ni?

so bila jenjalan kat situ teringatlah kak rose pada kerja 5 tahun lepas..... buat purchasing untuk satu projek kat putrajaya ni.... 12 block, 1373 units of government quarters... kerja yang sangat hetic sbb semua nak cepat untuk mengelakkan delay.... tu pun ada banyak kali kena stop work order.... ada kongsikong yang jatuh mati pun ada tau! so sapa2 kakitangan kerajaan yang duk kat situ ada hantu2 berkeliaran ker? ishhhhh...... ada masa2 derang kerja 24 hrs..... concrete pun deliver non stop, masa kak rose nak berenti kerja tp pembinaan ni belum siap lagi total concrete yang dah deliver adalah rm12mil! masa tu pulak steel bar tersangat lah tinggi harganya wpun ada gov. control price tp supplier pun nak untung gak, so depa charge pd transportation....sampai rm356/ton... nak x nakkena purchase jugak kan! walaupun ada buat price comparison dari beberapa supplier, tp mmg susah nak nego! nasib baik masa tu harga cement masih dibawah govt control price. kak rose keluarkan purchase order je bukan kita bayar pun.... apa kesah! ni kalau bos tau mampuslah!

draft of purchase order.... semua file lama dah corrupt.... x leh nak bukak... habis suma kenangan lama masa koje dulu..... hu hu hu..

masa nak order kaler dari Jotun Paint yang berbagai warna ni sungguhlah pening kepala! the color code really make me headache! nasib baiklah ada good teamwork.... dari site manager, site supervisors, qs, site clerks semua ok....the closest is the QS, Darren, where are u now? heard that u already left the company?

and finally.... Lot 18R12 & 18R13, Percint 18..... suka tengok bangunan yang cantik dengan berbagai warna ni.... harap2 ia akan kekal cantik dan bersih sesuai dengan Putrajaya yang gah itu! ada juga hasil keringat kak rose kat sini kan....ada kawan2 blogger duk kat sini sila la jemput kak rose datang ya.