Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 10, 2010

Pasta in creamy sauce

selamat petang semua..... ni lunch kak rose tengahari tadi.... huh.... lunch makan pasta macam mat saleh pulak.... x taulah tekak jawa ni nak merasa pulak menu yang cenggini.... sebenarnya semalam masa menunggu nak g jumpa doktor ada beli The Star.... hari selasa memang ada column masak2 Amy Beh tu.... (tingat masa dulu2 x de intenet lagi selalu kumpul this column... siap buat fail lagi, tp x masak pun....he he he. masa nak pindah dulu fail tu dah kasi kawan yg kat Langkawi tu... Ina ada masak ke?) dan dia ada publish masakan ni. macam sedap jer....sementelah bahan pun x remeh sangat ari ni kak rose cuba buat.... meh tengok resepinya.....

Ingredients
    • 200g pasta
    • 1 tbsp extra virgin olive oil
    • 150g chicken breast meat, thinly sliced
    • 1/4cup sundried tomatoes, chopped (kak rose guna cherry tomato honey)
    • 3 pitted black olives, chopped (x de - x letak)
    • 185ml evaporated milk
    • 2 white button mushrooms, thinly sliced (kak rose guna sepeket enoki mushroom)
    • 3/4tbsp cornflour, combined into a paste with 1 tbsp water
    • Salt and pepper to taste

Method

    Cook pasta in a pot of boiling salted water according to packet instructions until al dente. Drain and leave aside.

    Heat olive oil in a non-stick saucepan and stir-fry chicken until cooked through. Add black olives and sundried tomatoes.

    Gradually pour in milk and stir to mix. Cook for 1-2 minutes. Add mushrooms and mix in cornflour paste. Adjust with salt and pepper to taste.

    Stir in cooked pasta to mix. Dish out and serve at once.

pasta in creamy sauce - enak dimakan panas2.... abang kata sedap, boleh makan but not to my liking, maklumlah tekak jawa.... kalau buh tempe agaknya sedap kot? he he he

Pancake mayo

dah lepas lunch baru nak tayang menu bekpes kak rose pagi tadi..... bila kehabisan roti mesti pagi2 pening mike nak sarapan apa..... hari2 asik roti bakar jer dan bila x de roti baru nak pk bekpes dengan yang lain..... so pepagi dah merempit rumah nor secubit garam selongkar dapur dia cari resepi nih..... wpun kak rose terlupa buh garam dalam adunan tu tp masih ada terasa masin nya dek mayo yang kak rose buh 2 sudu beso.... tamak la katakan.... meh kita tengok resepinya yang kak rose copy dari rumah nor tu... macih ya.

PANCAKE by Hajar

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


**utk jdkan pancaka mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan (kak rose bubuh 2 sudu beso)

makan dengan madu dan nescafe o panas2 tanpa gula. hmmmm.... best

Tuesday, November 9, 2010

Kerana malas...

ya kerana malas nak masak lauk, jadilah dengan nasik goreng jer..... suma taruh dalam.... dah jadi hidangan lengkap kan! inilah penangan orang x berapa rajin tapi nak makan.... goreng nasik, potongkan salad, zucchini n tomato, tuang sos cili n mayonis.... dah siap!

dan makan dengan cendol ni..... ok tak? x kesahlah kan asalkan kenyang pewot sudahlah!

betul2 x de mood nak masak..... bang, malam ni nak makan apa ya?

Monday, November 8, 2010

Kesian jiran mak di kg.....

Awal pagi semalam terima call dari mak dikg, katanya tetiba bekalan api terputus selepas saja mak habis mengaji, dengan tiada persiapan lilin /torch light.... tp bila terpandang kat luar nampak macam cahaya terang benderang dengan bunyi letupan bagai..... mak pun cepat2 cal ketua kampung w/pun masa tu dah tengah malam..... nak keluar tengok pun mak takut..... dan ini lah dia kisahnya.....kak rose amik dari sini... Takziah dan Al Fatihah....

Monday, 8 November 2010

Mati Rentung Berpelukan


LENNY MARIAYANA dan anaknya, Nor Sabihah Qasreena yang rentung dalam kebakaran semalam.

Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini hangus dijilat api awal pagi semalam.
Mangsa, Lenny Mariayana Daud, 29, ditemui dalam posisi sujud sambil memeluk anaknya, Nor Sabihah Qasreena Mohd. Nizam dipercayai bertujuan melindungi kanak-kanak itu dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tersebut.
Mangsa yang merancang untuk berkahwin hujung tahun ini dan anaknya ditemui bersebelahan katil di dalam bilik tidur mereka.
Ketika kejadian di rumah separuh batu dan papan itu, terdapat sembilan ahli keluarga termasuk tiga kanak-kanak namun semua yang lain selamat.
Adik bongsu kepada mangsa, Seri Rusidah Daud, 25, yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu turut berada di dalam rumah itu bersama suaminya, Asaari Mohd. Muji, 26.


muga cik tin tabah menghadapi dugaan yang besar ini.....

Mee kari

salam dan selamat petang.... ari ni kak rose nak tepek gambo mee kari yang diberi oleh jiran kak rose petang semalam..... kuah dia sooo rich dengan segala macam fish cake, fiah ball, tauhu, ayam kerang.... hmm sedap. tp kak rose cuma tau makan jer.... usah ditanya camner nak wat ya.... kena baca kitab dulu baru tau nak buat agaknya.... tima kasih kak pah dengan mee kari ni yang kak rose buat makan petang semalam sebelum anto busu ke stesen bas.....

banyak sungguh dia bagi kuah tu.... ada lagi 3/4 bekas dalam fridge, bila nak ngabiskan agaknya ya.....

Sunday, November 7, 2010

Ayam goreng madu

salam hari minggu semua..... ni lauk untuk lunch tadi.... dah x tau nak masak apa dengan ayam yang ada ni..... kesian dia terperuk dalam freezer tu lama2.... jadi kak rose menyelongkar sekalo lagi dapur kawan2.... terutama dapur nduk hana yang selalu jadi tempat rujukan.... dan jumpa dengan resepi ayam goreng madu nih.... rasa2 dulu dah penah buat dan sedap banget... dan ari ni cuba buat sekali lagi..... memang tidak menghampakan....ratah cam tu jer pun sedap.... dulu dah penah tepek resepinya kat sini.... dan sekali lagi kak rose letak ya....

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam yg sudah di rebus dgn sedikit garam - angkat dan toskan.
  • 2 inci halia - parut
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sk blackpepper - optional
Cara-cara
  • Perap ayam ngan semua bahan sekurang2nya satu jam.
  • Panaskan minyak. (biasanya hana guna kuali non stick ngan minyak yg sederhana sket)
  • Goreng ayam hingga keitam2an. itam bukan bermakna geseng yer! hihi... tkyah goreng lama2 sbb ayam dh masak! cume nk keringkan bhgn luar ayam tuh jer. bleh juga dbakar menggunakan oven.(cian kak rose nyer dah itammmmm geseng)
  • Enak dmakan dengan nasi ayam atau dratah begitu sajer!

ari ni kak rose makan ayam ni tanpa nasik.....dah 3 hari x makan nasik, tp mi kari belasah sampai 2 pinggan!

Saturday, November 6, 2010

Kuih ketayap

salam petang dihujung minggu.... hari yang panas di shah alam.... tapi kesian kan pada mereka yang di utara tanah air dengan banjir yang semakin buruk....esok anak akan balik ke Matrik, entah macam manalah keadaannya.... tp pihak kolej dah bagi assurance yg kat kolej tu x banjir.... Syukur Alhamdullilah..... bila tengok berita banyak jalan yang terputus tu risau jugak dibuatnya..... harap dipermudahkan perjalanan nya pada esok hari.....

wat kuih ketayap ni untuk minum petang bersama anak sebelum dia bertolak esok.... resepinya kak rose amik dari rumah izah dan pernah tepek dulu kat sini.....tp x pe kak rose copy lagi sekali kat sini ya.....

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: KAK Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

mari jom kita minum petang.... dengan kuih ketayap ni.