Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 22, 2010

Samosa inti daging n kentang

salam semua..... kali ni nak tepek keja keras tangan kak rose ni.... langsung x berseni nak melipat kulit samosa ni.... puas lah mereka2 tetap jugak tak dapat seperti yang sangat diingini.... ari tu tengok kat rumah yani.... cantik sangat lipatan nya... so semalam g beli kulit popia dan dengan berkobar2 nya nak buat.... tp itulah kejadian yang terbaik dari hasil keras tangan kak rose.... intinya kak rose amik dari blog Resepi Raidah.... tp kak rose ada tambah parutan carrot dalam tu.... biar ada sayur sikit... sedap gak. meh tengok resepi intinya.... sama cam inti karipap kot....

Inti:
2 cawan daging kisar
500g ubi kentang ~ potong dadu dan direbus sehingga empuk, toskan
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1-2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari (optional) (kak rose x letak)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula ~ secukupnya
(kak rose tambah carrot yang disagat)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat samosa.

guna kulit popia yang saiz besar..... jadi la besar2 gedabak samosa ni....

agaknya kena praktis banyak kali cara nak melipat samosa ni baru jadi cantik macam orang lain buat tu.... hissshhh x berseni langsung!

Psssttt... sesapa yang nak belajar camner nak melipat samosa yang cantik tu leh tengok kat blog Bro Rozzan.... sungguh exact dan cantik jer... jeles taw! tima kasih ya ajar cara melipat tu dan mintak izin share kan kat sini....

10 laluan bagi insan


salam pagi Jumaat semuanya.... Alhamdullilah, syukur yang teramat kita masih diberi peluang dan kesempatan menghirup udara segar pagi ini.... walaupun dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu... terima kasih Tuhan..... dan ini kak rose nak kongsikan satu artikel yang kak rose baca ari tu dan sangat bagus untuk kita jadikan panduan .... muga kita sama2 mendapat kebaikan daripadanya.... dari blog Cute Oven..... terimakasih ya.

1-LALUAN MENUJU KE KUBUR

Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W

10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

dari blog terapi-alfatah.blogspot.com

terima kasih untuk Maria Rahman dari Cute Oven.... tazkirah pagi Jumaat untuk renungan bersama......

Thursday, October 21, 2010

Som Som pandan

salam semuanya..... ni kes suker sangat makan som som yang sejuk2 gitu.... terasa macam baru abes rewang kenduri kawen kat kampung..... macam satu kemestian bila dah siap kenduri sambil rewang kemaskan pinggan mangkuk mesti tuan rumah sediakan bubur som som ni... itu dolu2 la..... sekarang ni kurang pasti sbb ramai yang dah gunakan katering jer.... xde lagi tukang idang yang ramai2 pakai baju sedondon dan ada pinkan munge kat dada.... makan buffet je.... x de dah rewang2 gotong royong tu sumer..... x pe la kan x dapat makan kat kampung, kita wat dan makan sendirik.... sedap, pd yang tekak macam kak rose ni la kan..... orang lain x tau le.... sbb selera memasingkan....

dah banyak kali buat dah... tp tetap nak lagi..... resepinya kak rose amik dari rumah hana yang asalnya dari fida kat Myr tu.... leh tengok kat sini... ya... tima kasih pd semua yang share resepi ni....

jemput makan...sejuk2 sedap ni, lemak manis..... ada banyak nih..... ni pun buat 1/2 daripada adunan tu.

Wednesday, October 20, 2010

Terung in hoisin sauce, ikan percik.

salam dan selamat petang..... masak apa hari ni?.... dah 2 hari malas nak masak so ari ni kenalah rajinkan diri.... sebab nak makan kan?..... apa yang ada dalam fridge ya?.....terung ni beli pun dah lama, nasib baik masih segar lagi.....so korek resepi lama yang penah buat dulu dan sedap.... resepi dari Along Roz, boleh gak tengok sini kak rose dah penah tepek dulu.....

ikan percik versi orang malas..... ropa pun pucat lesi jer!

dan ikan..... teringin nak makan ikan percik tp malas nya nak bakar arang segala.... maka jadilah ikan percik kelantan versi orang malas.... bakar dalam oben jer.... kalaulah MIL nampak ni... sah menantunya tersangatlah malas dan nnti bila balik kg mek pasti akan buat untuk kami..... sedapnya yang Mek buat! resepinya kopi dari blog Rinn Chan... makasih ya kak rose nak tepek resepinya kat sini....

IKAN KEMBUNG PERCIK ALA KELANTAN

Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.



dan pecal emergency..... mana yang ada jer, kuah tu pasar tani mari punya.

Tuesday, October 19, 2010

Muffin banana chocolate

salam hari selasa ya..... x baik membazir kan..... so dari melakukan pembaziran baiklah kita buat sesuatu untuk mengelakkannya..... bila membeli x teringat sapalah nak ngabiskan pisang tu... makan dua tiga biji dah yang lain terbiar jer.... so jadilah dia muffin nih....tp yang lebih ialah rasa cekelatnya..... so chocolatey... sbb dalam adunan ada serbuk dan chocolate bar jugak. tenggelam manisnya dek cekelat tu.... untuk yang x suka manis sangat memang sedang elok... jom kita tengok resepinya yang kak rose kopi dari rumah izah yang muffin lover tu. asal dari sifu Myr, Yani.... terima kasih semua.

Banana Choc. Muffin
Sumber : Yani Myr

Bahan-bahan
• *170g tepung gandum
• *30g serbuk koko
• *130g gula
• *1 sudu kecil baking powder
• *secubit garam
• *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
• >2 biji telur
• >75ml minyak masak
• >100ml susu segar
• >sedikit vanila esen
• >2 biji pisang

Cara-cara
Panaskan oven sehingga 170C.
Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor.
Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok) Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.
Cedukkan ke dalam cup muffin.
Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.


Nota : maklang campurkan sekali bahan kering, gaul sebati pastu baru curahkan bhn cecair...
(kak rose pun ikut cara yang ni... senang, x yah nak kuorkan mixer bagai....malas sebenarnya)

jom minum petang dengan muffin ni... betul kata izah... terasa cokelat yang amat!

Monday, October 18, 2010

Pulut panggang

petang tadi cuaca agak redup dan x lah panas sangat.... pagi tadi hujan sikit sekadar membasahkan persekitaran dan jalanraya pun menjadi sangatlah jemnya....shah alam ke KL in 2.5 hrs.... abang kata boleh tido dlm keta ..... nak naik moto ari ujan, drive keta jalan jem.... apa pilihan yang ado?

x pe, kak rose duk rumah masak2 dan makan2 jer..... petang ni pulak buat pulut panggang , sbb abang kata nak makan yang masin pulak instead of yang manis jer.... jenuh nak menggulung nak bagi cantik tapi cam tu le kejadian nya... kira ok la kan keja orang yang x berseni macam kak rose ni.... resepinya kak rose amik kat rumah Ummi kuantan dan serunding tu dari rumah CMG... tima kasih pada anda berdua.....Ummi kak rose nak copy resepinya ya....

Bahan Pulut:- (8 biji)
1 cawan beras pulut - rendam 2 jam
1 cawan santan pekat
sedikit garam
Beberapa helai daun pisang - layurkan atas api, lap dan kerat ikut saiz nak balut nnt
Lidi - kerat 1 1/2 in (guna stapler jer)

Bahan Inti - refer di Sini ya. (kak rose ikut resepi CMG - leh tengok sini)

Cara Membuat:-
Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan campurkan santan dan garam. Masak dengan api sederhana dan kacau2 selalu. Bila kering, biarkan pulut benar2 masak atas api paling kecil sebentar. Sejukkan sikit. Ambil daun pisang yang telah dipotong selebar 1 jengkal, letak pulut atas daun pisang, letakkan inti ditengah pulut dan gulung daun pisang biar kemas. Tekan2 bahagian hujung daun agar pulut kemas dan selitkan lidi. Buat hujung satu bahagian lagi. Panggang atas api sederhana dan balik2kan pulut selalu. Bila daun telah hangus2 garing sikit, bolehlah diangkat.

dapat 5 ketul besar gedabak.....

Roti jala

salam pagi isnin semua..... harap2 semuanya ok je dan kembali bertugas dengan ceria.....yang duk rumah macam kak rose ni pun kira bertugas jugak.... ya la duk depan pc mengalahkan orang keja pejabat..... dari pagi sampai malam..... office hours pun 8 jam je kan....puas jenjalan rumah kawan2 layan fb lak..... kekadang chatting x hengat donia...... pepun pagi ni rajin sangat... (rajin ke atau sbb nak makan?) ngadap pc jap je pas tu g buat roti jala ni..... yes pagi ni sarapan roti jala, merangkap lunch sekali kot..... malas nak masak dah, abang g meeting sampai petang. resepi nyer kak rose amik kat rumah nor secubit garam.... yang dia buat kaler maler tu.... CANTEEEEK je. mekasih juga pd Ummi ..... meh tengok resepinya...

ROTI JALA by Ummi

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

roti jala berpacaran dengan kari ayam yang tinggal koret koret... habis hancus dah ayam kak rose....

ps: kak rose dah dapat bli botol mayo tu.... ari tu g 100 yen tp ada satu jer.... so semalam g kedai runcit kat sini ada plk.... amik lagi satu. abang suh amik 2, tp sbb dah ada kat umah kira ok la tu.... tup2 pagi ni bila nak guna... tu dia kuor selepuk macam lempeng..... cis nyesal je x amik 2 semalam.... tp x pe nnti leh g lagi.... (ni yang abang bising ni... x dengar kata!).... aik?

botol dah ade tapiiiiii...... ish.... x reti nak buat cantik2 macam nor punya tu.....