Asalamualaikum dan salam Khamis buat kawan2 semua..
hari ni ade sedikit kerajinan nak mengupdate dapo maya kak rose ni... home made tomyam paste ni kak rose buat beberapa hari lepas, tapi nak jugak tepek kat sini kan... sangat memudahkan kerja memasak bila dah ada paste yang ready cam ni kan. walaupun kak rose jarang sangat nak masak nasik, dengan adanya home made paste ni boleh lah masak tomyam untuk ratah ratah gitu je..
Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.
3 comments:
waa tak pernah buat sendiri tomyam paste...lepas ni boleh cuba guna resepi kak rose ni!
Terima kasih akak sharekan cara buat paste tomyam ni... nanti bolehlah saya cuba.
Terima kasih kak rose resepi ni.
Selalu beli yang peket kat kedai je hehehe
Post a Comment